Masa mula2 pindah dulu...bilik ni kaler dia putih, dinding kosong. Oleh kerana ingin mengisi kekosongan tersebut, maka aku buat buatlah sedikit dekorasi tempat aku mencari rezeki ni supaya nampak cantik, kemas dan tenang. Aku jenis manusia yang tak boleh tgk bilik/ rumah bersepah...mula la aku sakit kepala.
Demi mencari ketenangan dalam melaksanakan tugas, maka tercetuslah deko2 ni. Bukan lawa sangat pun, janji aku tak sakit mata. Untuk bilik aku, aku pilih kaler purple (gila perasan remaja riang kan?) Fedulik apa aku, janji aku bahagia...hahaha. So, meh kita layan.....
Demi mencari ketenangan dalam melaksanakan tugas, maka tercetuslah deko2 ni. Bukan lawa sangat pun, janji aku tak sakit mata. Untuk bilik aku, aku pilih kaler purple (gila perasan remaja riang kan?) Fedulik apa aku, janji aku bahagia...hahaha. So, meh kita layan.....
Bunga hidup sebagai penyeri
Atas laci serbaguna aku letakkan hadiah yang student berikan kepada aku

Bunga plastik tapi cantikkan???

Bunga hidup di atas meja ku

Bunga plastik lagi...tapi yang ni aku letakkan atas meja komputer aku

Dinding sebelah kiri aku letakkan ayat al-quran jam dan gambar gedikss aku n hubby

Kasi zooommm sikit

Di dinding sebelah kanan aku lak aku letakkan gambar pemandangan dan gambar insan2 yang menceriakan perjalanan hidupku

Atas printer lak aku letakkan gambar my lovely family...kalau perasan, aku ada letakkan cermin didinding

Inilah cerminya...almaklumllah cermin dan wanita tak dapat dipisahkan

Gambar aku dan hubby atas meja komputer...penguat semangat untuk buat kerja

Gambar aku n family dalam wallpaper komputer
(adakah aku psyco...semua tempat ada gambar)

Lagi gambarnya..biasala lau orang bajet retis, semua tempat nk letak gambar...konon2 glamour la sgt

Pandangan dari arah pintu

Meja ku...tempatku memerah keringat...ada keringat ke keluar dalam econ?Apa2 jelah.

Pandangan dari arah pintu

Pandangan dari luar...epat ke dalam

Pandangan dari dalam menghala ke pintu lak

Bila mata penat dan letih...aku suka pandang keluar jendela...tenang dan sejuk je mata memandang
Member2 aku yang datang siap tanya ini tempat kerja ke rumah....hohohoho....bagi aku, tempat kerja mesti nampak macam rumah supaya kita selesa. Tapi awas juga ye...lau dah macam rumah sangat..takut kerjanya asyik nak membuta jeee....hahahaha.