FOREVER

FOREVER

Khamis, 13 Jun 2013

REWARD UNTUK ANAK3

Hari Sabtu lepas, mak mertua, kakak ipar sekeluarga, abang ipar sekeluarga and anak buah sekeluarga ada datang kat umah. Sebelum mak mertua balik, dia ada berikan duit untuk anak3 aku. Kemain gembira lagi anak3 aku bila dapat duit...masing2 dah ada planning nak beli apa. 

Hari Ahad, anak3 buat permintaan nak pergi ke EAON....so aku pun tunaikanlah permintaan mereka. Sampai je kat sana, kami terus menuju ke foodcourt untuk mengisi perut dulu sebelum aktiviti seterusnya dijalankan. Aku, Aniq dan Aufa order nasi kerabu (memenuhi hasrat Aniq nak makan nasi kerabu) manakala bapanya pula makan asam pedas daging. Gambar lupa snap sebab masing2 dah kebulur...habis makan baru teringat, tp takkan la aku nak ambik gambar pinggang kosong lak kan...kejam sangat tuuu.

Habis je makan aku tanya Adam nak apa? Tapi aku awal2 lagi cakap jgn beli altramen....mak kau dh fobia sgt dgn benda tuuu. Dia janji x nak beli tomen...aku pun fine...n bawa dia pergi tempat mainan....kauorang tahu apa yang dia pilih............................


Spesis yang sama juga...cuma lain nama jeee....anak aku sorang ni memang....nak kena lempang tau!!!!!Tapi beli juga la sebab dia kata nak guna duit nenek dia bagi, x nk guna duit mama...kesian la pula.

Lepas beli barangan Adam...aku tanya kat Aniq n Aufa lak dia nak beli apa ngan duit nenek bagi tuuu...masing2 cakap nak beli buku kat kedai Popular (lega).....jadi kami pun berangkat la pula kesana.


Ini buku pilihan anak dara ku.....bila dia masuk jeee, terus menuju ke bahagian novel...aku ikut je dari belakang...bapanya pula ngikut si Aniq ke bahagian buku cerita. Aku dok perhatikan si Aufa ni duk belek2 buku novel remaja....bagi aku dia tak sesuai lagi nak baca buku novel macam tuuu...jadi aku suruh dia ke bahagian novel awal remaja. Setiap sinopsis buku cerita yang dia pilih, aku tapis dulu...baru boleh beli.
Aku perhatikan kakak dah nampak ke arah alam remaja sekarang ni...suka tgk cerita yang cintan cintun....nak beli buku pun yang ada cintan cintun.....cuma kita yang kena pandai tapis apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Jadi aku putuskan dia beli buku yang berunsurkan persahabatan.


Ini Aniq yang punya...bukan Ahmad Albab yang punya. Dia pilih buku cerita yang bergambar n ada lebih kurang 10 cerita dalam satu buku lau tak silap. Bapa dia pula suruh Aniq beli buku cerita yang tebal macam buku novel tuuu tapi Aniq x nak. Dan aku pun datang menyelamatkan keadaan dan terangkan kat bapanya...dia baru darjah satu...budak lelaki lak tuu...biarlah sesuai dengan usia...betul lah apa yg Aniq pilih tu...buku yang bergambar dan berwarna....janji dia tertarik nak membaca...kita sebagai orang tua memang nak mendidik anak untuk suka membaca....dan di usia dia, memang buku macam ni lah yang dia cepat tertarik untuk membaca...janji membaca. Selesai dan muktamad...buku ini yang dibeli.

Selesai membeli belah, bapa dia pula yang minta nak masuk dalam Jusco....nak beli secret katanya...kami pun ngikut je la......


Secret la sgt kan......tp yg dlm plastik tu aku punya....mana boleh kuarkan.....kita ambil gambar yg dia punya jeee...hahahaha


Setelah selesai beli apa yang dihajati...perut rasa lapar semula...jadi kita pun turun bawah dan makan lagi.


 Bersepahnya

 Dua beradik yang kegembiraan

 Tgh khusyuk makan

 Budak superhero

Makan...jgn tak makan



Kami mencekik kat burger king....selesai makan, kami pun bergerak keluar untuk balik.....sampai je kat luar, ada ekspo botanik lak...dah aku n laki terembat pokok lak....kami beli 3 jenis pokok iaitu mangga, limau kasturi dan limau purut. Selain tu kami beli biji benih lada, kacang panjang dan kacang botol...tak sabar nak bercucuk tanam hari minggu ni.

Cerita pasal pokok2 ni nanti aku publish lain entry yeee. Itu saja cerita setakat ini. Byeeee...muahx3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan