Petang Jumaat lepas, anak aku si Aniq nak makan nasi kerabu...so aku n hubby pun singgah la kat pasar malam pergi cari nasi kerabu. Tapi bukan rezeki Aniq, ptg tu makcik yang selalu meniaga nasi kerabu tak meniaga la pula...sian dia...suruh pilih makanan lain tak nak. Sebenarnya dah berminggu dia minta nk nasi kerabu tapi aku yang tak tertunai lagi...ada2 je masalahnya...hujan la...lupa la....Adam aku belikan bubur nasi dan kakak pula pilih nasi tomato....aku pula beli jagung bakar. Aniq request nak makan kt Tesco....jadi kami pun gerak la ke Tesco lak dan makanan yang beli kat pasar malam pun planning makan kat sana jeee....
Aniq : Abah cukup duit tak?
Abah : Nape, Aniq nak makan apa?
Aniq : Chicken Chop...
Abah : Ingatkan nak apa....
Aniq : Senyum kambing. Ngada2.
Adam tgh makan rojak bapanya. Bubur dia dah licin...tgh orang tunggu order, dia balun sampai habis makanan dia ...nak ambil gambar pun tak sempat...tgk2 dah habis...budak ni memang....
Budak yang ngada2 nak makan westernfood. Tapi Aniq ni memang suka makan western....lau makanan melayu...ya ampuuunnnn susah bebenor nak pujuk makan. Lau masak western...laju jeeee...tekak mat salleh...muka jawa.
Aku minum ni jeeee...diet la katakan.
Makanan kakak pun x sempat nak ambil sebab dia dah makan awal2 sekali ngan adam. Dia ni lau bab makan mana boleh bertangguh....tak sanggup nak tunggu orang lain.
Ok...nanti kita sambung......ramai student nak jumpa ari ni...Bye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan