FOREVER

FOREVER

Khamis, 22 Ogos 2013

KOLEKSI CADAR ANAK PEREMPUANKU


Cadar ni jenis cotton 100%, beli di Akemiucchi...lau tak silap masa ni ada sale sehingga 70%


Pilihan hati dia...tak sah lau tak purple n pink


Sweeet kan????


Nak kena beli gak kaler ni untuk bilik sendiri...jeles ngan anak sendiri punya pasal...mak pun nak pink purple gak....
Abang, tolong la penuhi impian isterimu ini....jom kita tukar tema bilik kita nak tak??????


Rabu, 21 Ogos 2013

GUNUNG GANANG

Sejuk je mata memandang semasa perjalanan dari Kelantan ke sini....perjalanan yang dihiasi gunung ganang dan kabus waktu pagi.


Tengok....gunung yang dihiasi kabus mengiringi perjalanan kami


Tenang je rasa


Indahnya ciptaan tuhan


Kali ni, aku keluarkan tangan melalui cermin keta lak...nak bagi clear sikit gambar
kemain bergegar tangan dek kerana ditiup angin...nasib baik phone cap ayam ku tak terjatuh tau. Kalau jatuh aku akan salahkan laki ku sebab ini idea dia, suh aku ambil gambar ikut luar tingkap.


Dan hasilnya....bestnya....


Hebatnya...tak tergambar dengan kata2. Perjalanan yang cukup indah.






Selasa, 20 Ogos 2013

PINTU ALUMINIUM

Ini idea laki ai. Ai redha je walaupun dalam hati menadah tangan syukur (matakeatas). Asalnya pintu untuk bilik stor kat dapur laki ai dah beli tau...cuma tak sempat cat je lagi...tetapi otak laki ai ni tetiba terkena virus...terus programingnya bertukar...dan tak pasal2 rancangan terpaksa ditukarkan. Dan ini lah hasilnya.....



Pekerja yang tgh drill bingkai pintu


Ini pula taukehnya....yang tak pakai baju tu, tak tahu la pula laki siapa


Pintu setelah siap dipasang


Aku pilih corak pokok berdaun....


Laki ai yang beria2 nak tukar pintu stor ni daripada kayu kepada aluminium...katanya nak matchkan dengan kitchen kabinet...baru nampak sama hitam...apa2 je la...(ku tumpang gembira jeee)


Pintu kayu yang telah dibeli tapi belum sempat dicat...belum guna tap telah ditukar...kesian dia.


Isnin, 19 Ogos 2013

THE SMURF 2

Hari sabtu petang kita satu family gi tengok citer The Smurf 2.....dah janji ngan anak3 masa bulan puasa lagi, so terpaksa la tunaikan...lau tak pagi petang siang malam la mereka dok cakap benda yang sama. Kemain lagi kami rushing ke GSC mahkota Prade....citer start kul 6.15, kul 5.15 kami masih kat umah...rasa cam dah malas, tapi anak3 beria pula ngajak...pegi jugalah demi anak3. 

Sebelah pagi, aku n laki aku mengejat bahagian dapur basah...siap buat deko kat bahagian tu, aku pegi masak2 lak....dah setle masak2, kami sekeluarga pun melantak lah....bila dah melantak, paham2 je lah...mata pun mula la mengantuk...jadi masing2 terbongkang dalam bilik masing2. Sedar2 jam dah dekat kul 5...apa lagi, kelam kabut la semuanya bersiap. Masa nak pegi dah la kena menempuhi byk trafik light, jem lagi, mana nak cari parking lagi....nasib baik sampai kat kaunter tiket ngam2 kul 6.15...sempat la anak3 tengok citer tu.

Kami tak sempat nak bergambar sebelum citer bermula cam biasa...tapi kami tetap bergambar...kali ni selepas habis citer lak....hahaha...dasar gila bergambar sungguh keluarga aku ni.


My Heros


3 Lelaki pujaanku 

 

Demi anak3, bapa terpaksa layan tgk citer kanak2 riang


Aniq


Adam


Aufa


My Kiddos


Pengarang jantung hati mama


Penambahan permintaan dari anak3...nak tgk citer planes lak.....(garu kepala yg tak gatal)


Dah besar anak3 mama


Rileks jap kat dataran sambil makan ice krim...gaya paling macho la tu konon


Suka sangat lepak malam2


Bapa lak rilek jap untk smoking


My gegirl...kemain lagi




Jumaat, 2 Ogos 2013

BALIK KAMPUNG SAMBUT RAYA 2013

Hati gembira nak balik kampung..............

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Selamatkan dan permudahkanlah perjalanan ku untuk pulang ke kampung Ya Allah,
Semoga aku sekeluarga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Saya juga doakan agar perjalanan kawan2 juga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Pandu berhati-hati dijalan raya.






Perjalanan balik kampung.



Moga kita akan bertemu lagi.

Bye

Rabu, 31 Julai 2013

MAKANAN

Bulan puasa ni hari2 nak kena masak...sampaikan kepala pun dah wengggg tak tahu nak masak apa....otak aku memikirkan nak masak apa tiap2 petang, rasanya macam tgh pikir nak jawab exam spm....gila streeesss wehh. Korang pun mesti sama kan...atau aku sorang je yang macam ni...poyo lebih...masak tak seberapa, gaya mengalahkan peserta masuk pertandingan master syef.

Bulan puasa ni, rasa cam dah tak tahu nak makan apa...kalau ada hubby baru rasa meriah sikit...sebab dia ni bernafsu bab makan...nak yang best2 je...kalau setakat aku dua tiga beranak je...masak so..so je lah...atau beli kat kedai lagi senang. Bukan alasan malas masak tau, tp sebab anak laki aku ni, asyik nak makan nasi goreng cina atau nasi ayam je. Yang tinggal, aku ngan aufa, takkan nak masak kot....buat susah2 nak basuh kuali je...jadi marilah kita beli makanan berjemaah...kan senang.

Tapi, jangan cakap aku tak masak langsung, ada gak aku masak tau....tp tak byk la gambar yang aku ambil....almaklumlah kalau hari bekerja dah balik umah dekat pukul 6 ptg, solat n terus masak. Siap masak, hidang je atas meja, azan dah berkumandang...jadi takkan aku nak kejam sgt kan, tak bagi anak2 nak makan padahal dah azan....itu psyco namanya. Kalau aku sempat ambil gambar pun, masakan yang hujung minggu je sebab aku masak awal sikit dan masa nak tunggu azan tu lama....jadi bolehlah snap kejap....kalau aku lupa, laki aku pula yang tolong snapkan...laki aku dah berjangkit penyakit ambil gambar makanan cam aku....hahaha..itu la, dulu kemain kutuk aku sengal la, tak cukup vitamin la bila aku ambil gambar makanan....sekarang????? Ermmmm tak tahu nak cakap.






Masakan puasa ke berapa aku tak ingat...yang pasti hujung minggu


Ikan patin masak tempoyak


Cendawan goreng bersama telur (favourite Hubby)


Sayur campur...pun fav dia


Daging goreng kicap


Ini masakan awal ramadhan rasanya...lupa arrr


Ikan bawal goreng kicap...pun fav laki...apasal semua fav dia ni....asyik paksa aku masak masakan fav dia je ....sentap mak tau...


Ayam goreng fav anak3


Sayur lemak putih petola


Ayam goreng adalah menu wajib tak boleh tak ada....adik2 tak kisah sgt terutama adam memang tak makan lauk...makan nasi janji ada kuah je....tapi kalau kakak....memang tak boleh berpisah dengan ayam (dah macam buddys pula) sebab dia hanya makan lauk ayam je....


Sekian entyr masakan untuk kali ini. Kita jumpa lagi diepisod akan datang pada hari dan waktu yang sama. (mood: perasan dalam program masakan).





Isnin, 29 Julai 2013

CADAR BARU

Hari minggu lepas, mood rajin mengemas melanda diri....jadi aku pun terajin lah pula menukar cadar bilik tidur aku. Aku pernah terbaca tau, kalau kita nak rasa sentiasa rasa tenang dalam bilik...kita kenalah rajin menukar cadar tempat kita tidur...baru lah kita akan rasa mood romantik. Adussss...sukax3.


Ini lah cadar baru ituewww...laki ai yang belikan...dia yang pilih....balik bagi je kat aku. Syabasss buat suami ku kerana berjaya membeli barang seperti ini tanpa aku di sisi...tapi ini pun jenuh dia menelepon...nak yang macamana, corak apa, kaler apa?..............Orang laki...lau tak de bini sebelah dia, nak beli barang macam ni bukannya pandai sangat.


Apa2 pun, terima kasih my dear, kerana hadiahkan cadar ini buat isterimu yang banyak songeh ini. Cadar ni dia beli kat Sogo masa dia nak balik ke Melaka. Siap beli 3 beg...beli untuk bilik anak2 sekali. Masa nak bawa naik kereta, ada orang tanya nak buat meniaga ke?....Berasap je laki aku....hahaha.

Tq very much dear...lain kali beli lagi yeee. Kain dia sedap sangat, jenis microsatin, tak berbulu dan kaler tak pudar bila dibasuh...very the soft and sejuk. Nak beli lagi la....boleh tak bang?

Orang beri betis, dia nak paha.......ehhh tak kisah la janji dapat beli satu lagi. Mau aku kena menari depan dia ni...nak pujuk beli cadar punya pasal aku sanggup....nak tarian apa...semua boleh. Hahhaha....gila psyco bini abang ni kan...

Hhahahhahaa...k, nanti kita ketemu lagi dilain siaran ya. Bye.