FOREVER

FOREVER

Khamis, 5 Mac 2015

DADIH UNTUK KIDDOS


Sibuk tau anak akak ni nak makan dadih. Maknya yang tak berapa rajin ni pun terpaksa la gagahkan diri untuk memasak.....demi anak3 lah katakan.

Operasi buat dadih ni akak buat sebelah malam. Lau buat belah siang, kejap-kejap diorang akan buka peti tengok dah boleh makan ke belum. Tak sampai 5 jam rasanya mahu tercabut pintu peti ais tu. Lau buat malam...diorang tidur. Pagi esok...bila mereka buka peti konpem terjkejut sebab dadih kasih sayang dari mak dia dah siap dan boleh dimakan.

Biasa akak buat buat dadih perisa coklat. Kali ni anak3 request nak makan perasa jagung lak. Meh kita tunaikan hasrat kiddos.




In progress. Saja buat tak penuh satu bekas coz satu tu untuk sekali ngap je. 


So, ini versi yang dah siap untuk dingap.
Selamat menjamu mata semuanya yeee.


Bila dah jadi mak2 ni camni la yeee....cuba penuhi setiap permintaan anak3 walaupun diri dah penat dan waktu dah larut malam.


Ok...nanti kita bercerita lagi dilain siaran yeee. Nak start buat kerja dah ni...dah kul 8.00 pg ni. Offis work dah bermula....mana boleh curi tulang. Hehehe.


Ok. Bye


Tulus Kasih,
Qasih Mama

Rabu, 4 Mac 2015

IKAN PELIHARAAN


Dah lama kan akak tak jengok laman ni......
nak cakap busy tak juga tapi lebih kepada mood yang tak berapa rajin. Bila dah berusia ni....maca ni lah jadinya.....huhuhu tetiba lak salahkan usia.

Alang-alang dah jenguk kat laman ni...meh la akak story sikit....bukan pasal orang lain...tp anak2 akak ni la.

 Seperti yang diketahui...Aniq ni pets lovers sikit. Kat rumah aku ni ada sebiji akuarium.....dalam tu ada la lebih kurang 8 ekor ikan kut. Aniq bising kat bapanya suruh bapanya cuci akuarium....dah berkeladak hijau. Dia kata kesian kat ikan, hidup dalam dunia kotor. Oleh kerana bapa dia sedikit busy...maka asyik bertangguh je la nak cuci akuarium tu. 

Hujung minggu bulan lepas, bapanya pun cuci la akuarium. Setle je cuci.....ikan2 tu pun dengan gumbiranya berenang kehulu ke hilir....tetiba 2 ekor ikan macam pening dan tak boleh berenang...
Husband pun masukkan tangan ke dalam akuarium untuk betulkan oksigen...sekali rasa tangan macam kena karen. Rupa2nya motor oksigen tu rosak....bagi menyelamatkan ikan yang ada kat rumah tu, maka suami ambil keputusan untuk lepaskan kat parit besar di kawasasan perumahan aku tu. Apa lagi....terus la Aniq sentap..... sedih la dia sebab bapanya nak lepaskan ikan dia. Terus nangis dan masuk mandi hampir sejam kat dalam bilik air. Konon lepas perasaan la tu.

Sedih pula aku tengok gelagat si Aniq. Hari minggu berikutnya terus bawa Aniq cari ikan yang tak guna oksigen. Bukan main happy lagi dia dapat ikan baru.


Taraaaa....inilah ikannya...comelkan. Ada la lebih kurang 15 ekor anak ikan


Siap beli perhiasan dalam mini akuarium ni lagi. Ehhh...ini mak yang over.


Muka budak happy. Mama pun tumpang happy bila kamu happy sayang.


Sekian kisah kami.



Tulus Kasih,
Qasih Mama





Jumaat, 6 Februari 2015

POKOK BERBUNGA HATI GEMBIRA

La..la...la...la....
Lari2 anak sambil bawa bekas penyiram......

Heyyy overnya...perasan muda remaja sangat dah ni...nak nyanyi dengan kaki terhenjut2 sambil berlari anak.

Abaikan mood perasan akak tu yee. Kita berbalik kepada tajuk.

Oleh kerana sekarang musim panas, maka banyak la pokok yang dah mula berbunga....
Sebelum bunganya berguguran jatuh ke bumi...akak ambil kesempatan ambil gambar untuk di tepekkan dalam blog. Sukurang2nya ada kenangan.

Nah akak belanja korang bunga yang sedang mekar berkembang dihalaman umah akak.






























Ok itu je nak kongsi.




Tulus Kasih,
Qasih Mama






Khamis, 5 Februari 2015

UBAH SUAI DEKORASI RUANG TAMU


Eh...aku buat ubah suai ke....rasanya tambah sikit2 je. Tapi biarlah dengan tajuk tu. Bagi nampak gempak sikit. LOL. Padahal buat penambahan bantal2 yang comel je kat atas sofa di ruang tamu....hehhehhehe.

Biar gambar je lah yang berbicara yeee.....




See....apa yang lain????
Just table runner dan kusyen peluk comel jeee.





Aku beli satu table runner, bantal empat segi sama 2 biji dan bantal peluk panjang 1biji.
Saje gatal tangan nak beli...just nak ubah rasa keboringan hati. Hahahah



Beginilah keadaanya bila dh di susun


Kalau korang perasan atas meja kopi tu sebelum ni tempered glass hitam tapi aku dah tampal pvc wallpaper putih corak leaf.  Sebab apa???

Sebabnya, bila warna hitam....cepat sangat nampak berhabuk walaupun dah lap hari2. Penat weeehhh. Aku pula jenis tak boleh tengok kotor...mula la nak mengelap walaupun keletihan. Bila dah letih, mula lah nak membebel. Laki pula jenis yang sakit telinga bila dengar isteri dia merungut letih....nanti dia akan cakap " Siapa suruh buat".

Jadi ini lah jalan penyelesaiannya. *_________*



Aku beli semua ni kat Jusco. Pergi kat sini tak dirancang. Singgah kat sini selepas pergi kenduri doa selamat rumah kawan sempena anak dia nak ke oversea.

Asalnya masa pergi Jusco tu tak ada niat nk beli apa2.
Tapi pepaham je la orang perempuan ni....bila dah pergi shopping tu...mesti akan ada hasil tangkapannya. Rabak poket ku....dush...dush...rasa nak tumbuk diri sendiri je.

Bang...ganti balik duit ai.
Kira semua ni u yang belanja lah yeeee.
Huwawawa....@_________@




Tulus Kasih,
Qasih Mama





Rabu, 4 Februari 2015

SUSUN ATUR BAHAGIAN DALAM KABINET DAPUR


Haaaa..................
Ari ni Chef Jah nak kongsi cara susun atur dalam ruang kabinet dapur ye adik-adik. Adik jangan salah sangka...bukan nak share pasal ilmu masakan yeee...just ilmu susun atur kabinet dapur jeee. Oleh kerana bunyi nya ada dapur...bolehlah akak letak cheff kat depan pangkal nama tu. Lau nak tanya pasal resipi...sila tanya orang lain yee...ni syef perasan je yeee...hukhukhuk.

Sebenarnya akak seronok tengok orang duk share tentang susun atur kabinet masing2. Akak pun gatal tangan la nak share juga. Terima kasih kepada blog http://susunatursioca.blogspot.com/ kerana memberi sumber inspirasi   



 Meh la kita terjah menerjah kedalam ruang kc akak.


 Ini ialah tall unit tempat akak simpan stok makanan


Rak atasnya akak letakkan pelbagai jenis gandum


 Rak kedua pelbagai jenis makanan dalam tin, botol dan kotak


Rak ketiga adalah seperti yang korang nampak lah yeee


Ini pula rak keempat iaitu stok bihun, keropok ikan dan sebahgainya



Dan rak terakhir akak letakkan stok minuman dalam kotak dan mee segera.


Inilah rupa parasnya. Rak stainless steel tu boleh ditarik


Seterusnya kita pergi pula ke bahagian laci tiga beradik. 
Rak pertama akak letakkan sudu, garfu, sudip, alat pemotong dan sebagainya.


Laci kedua pula akak letak pinnggan mangkuk.


Laci ketiga pun masih lagi pinggan mangkuk


Kat bahagian atas laci pula ialah dishwasher


Kita terjah disebelah laci tiga beradik tadi pula.... iaitu kabinet bawah singki.
Kat bahagian ni segala jenis barang akak letakkan kedalam box.


Zoom in sikit dalam box tu.



Yang ni pula ialah singki sebelah kanan....pun tetap akak letakkan perkakas dapur seperti periuk dan bekas plastik ke dalam box. Saje nak bagi kemas dan nampak bersih. Lagi satu mengelakkan kehadiran lipas kedalam bekas2 tersebut.


Kat sini akak simpan barangan seperti kat dalam tuu. Nampak nau malas nak cerita kan?


Yang ni pula yang sebelahnya tadi.



Ini pula ialah ruang sebelah dapur.


Kat bahagian atas tu ialah periuk dan perkakas elektrik manakala bahagian bawah (bekas warna merah) ialah tempat akak letak bawang putih, merah, dan kuning. Bekas merah yang besar tu pula tempat akak simpan beras.


Sebelahnya lagi tempat tong gas.


sebelah tong gas pula tempat akak simpan rempah ratus. Nampak tak....semua tu akak labelkan sebab akak taku akak tertukar. Nampak tak di situ akak ni orang yang rajin memasak sampai rempah ratus pun boleh tertukar.


Sebelah bawah pula akak simpan serbuk kunyit, asam jawa, asam keping, belacan dan sebagainya.


Inilah rupa bentuknya.


Yang ni memang akak minta orang kc buat laci tiga beradik yang comel. 


Kat bahagian bawah sekali akak letakkan kitchen towel


Bahagian tengahnya tempat letak pelbagai serbuk dan perencah


Dan yang bahagian atas sekali tempat letak serbuk perasa, serbuk lada hitam, sebuk lada putih, mix herb dll.


Atas table top sebelah kiri tempat akak letak rice cooker dan rakan2nya.


Inilah dia rakan2nya.
  

Penapis air coway pula di atas table top sebelah kanan.


Yang ni pula diletakkan kat atas mini counter bar.


Aku saja je letakkan gelas dan pinggan mangkuk ikea dan tisu tu kat situ sebab senang nak capai bila nak makan...sebabnya meja makan aku ni betul2 sebelah counter bar.



Dan yang ni pula ialah hiasan yang diletakkan atas table top sebelah singki.



Okey ...itulah dulu yang akak mampu kongsikan apa yang akak dah susunkan didalam kc akak.

Nanti kita cerita lagi ye bab susun atur ni...
(Kalau rajin la)....hishhh..aku ni memang malas betul nak update.


Ok uollsss...tata




Tulus Kasih,
Qasih Mama