FOREVER

FOREVER

Khamis, 5 Februari 2015

UBAH SUAI DEKORASI RUANG TAMU


Eh...aku buat ubah suai ke....rasanya tambah sikit2 je. Tapi biarlah dengan tajuk tu. Bagi nampak gempak sikit. LOL. Padahal buat penambahan bantal2 yang comel je kat atas sofa di ruang tamu....hehhehhehe.

Biar gambar je lah yang berbicara yeee.....




See....apa yang lain????
Just table runner dan kusyen peluk comel jeee.





Aku beli satu table runner, bantal empat segi sama 2 biji dan bantal peluk panjang 1biji.
Saje gatal tangan nak beli...just nak ubah rasa keboringan hati. Hahahah



Beginilah keadaanya bila dh di susun


Kalau korang perasan atas meja kopi tu sebelum ni tempered glass hitam tapi aku dah tampal pvc wallpaper putih corak leaf.  Sebab apa???

Sebabnya, bila warna hitam....cepat sangat nampak berhabuk walaupun dah lap hari2. Penat weeehhh. Aku pula jenis tak boleh tengok kotor...mula la nak mengelap walaupun keletihan. Bila dah letih, mula lah nak membebel. Laki pula jenis yang sakit telinga bila dengar isteri dia merungut letih....nanti dia akan cakap " Siapa suruh buat".

Jadi ini lah jalan penyelesaiannya. *_________*



Aku beli semua ni kat Jusco. Pergi kat sini tak dirancang. Singgah kat sini selepas pergi kenduri doa selamat rumah kawan sempena anak dia nak ke oversea.

Asalnya masa pergi Jusco tu tak ada niat nk beli apa2.
Tapi pepaham je la orang perempuan ni....bila dah pergi shopping tu...mesti akan ada hasil tangkapannya. Rabak poket ku....dush...dush...rasa nak tumbuk diri sendiri je.

Bang...ganti balik duit ai.
Kira semua ni u yang belanja lah yeeee.
Huwawawa....@_________@




Tulus Kasih,
Qasih Mama





Tiada ulasan:

Catat Ulasan