FOREVER

FOREVER

Rabu, 4 Februari 2015

SUSUN ATUR BAHAGIAN DALAM KABINET DAPUR


Haaaa..................
Ari ni Chef Jah nak kongsi cara susun atur dalam ruang kabinet dapur ye adik-adik. Adik jangan salah sangka...bukan nak share pasal ilmu masakan yeee...just ilmu susun atur kabinet dapur jeee. Oleh kerana bunyi nya ada dapur...bolehlah akak letak cheff kat depan pangkal nama tu. Lau nak tanya pasal resipi...sila tanya orang lain yee...ni syef perasan je yeee...hukhukhuk.

Sebenarnya akak seronok tengok orang duk share tentang susun atur kabinet masing2. Akak pun gatal tangan la nak share juga. Terima kasih kepada blog http://susunatursioca.blogspot.com/ kerana memberi sumber inspirasi   



 Meh la kita terjah menerjah kedalam ruang kc akak.


 Ini ialah tall unit tempat akak simpan stok makanan


Rak atasnya akak letakkan pelbagai jenis gandum


 Rak kedua pelbagai jenis makanan dalam tin, botol dan kotak


Rak ketiga adalah seperti yang korang nampak lah yeee


Ini pula rak keempat iaitu stok bihun, keropok ikan dan sebahgainya



Dan rak terakhir akak letakkan stok minuman dalam kotak dan mee segera.


Inilah rupa parasnya. Rak stainless steel tu boleh ditarik


Seterusnya kita pergi pula ke bahagian laci tiga beradik. 
Rak pertama akak letakkan sudu, garfu, sudip, alat pemotong dan sebagainya.


Laci kedua pula akak letak pinnggan mangkuk.


Laci ketiga pun masih lagi pinggan mangkuk


Kat bahagian atas laci pula ialah dishwasher


Kita terjah disebelah laci tiga beradik tadi pula.... iaitu kabinet bawah singki.
Kat bahagian ni segala jenis barang akak letakkan kedalam box.


Zoom in sikit dalam box tu.



Yang ni pula ialah singki sebelah kanan....pun tetap akak letakkan perkakas dapur seperti periuk dan bekas plastik ke dalam box. Saje nak bagi kemas dan nampak bersih. Lagi satu mengelakkan kehadiran lipas kedalam bekas2 tersebut.


Kat sini akak simpan barangan seperti kat dalam tuu. Nampak nau malas nak cerita kan?


Yang ni pula yang sebelahnya tadi.



Ini pula ialah ruang sebelah dapur.


Kat bahagian atas tu ialah periuk dan perkakas elektrik manakala bahagian bawah (bekas warna merah) ialah tempat akak letak bawang putih, merah, dan kuning. Bekas merah yang besar tu pula tempat akak simpan beras.


Sebelahnya lagi tempat tong gas.


sebelah tong gas pula tempat akak simpan rempah ratus. Nampak tak....semua tu akak labelkan sebab akak taku akak tertukar. Nampak tak di situ akak ni orang yang rajin memasak sampai rempah ratus pun boleh tertukar.


Sebelah bawah pula akak simpan serbuk kunyit, asam jawa, asam keping, belacan dan sebagainya.


Inilah rupa bentuknya.


Yang ni memang akak minta orang kc buat laci tiga beradik yang comel. 


Kat bahagian bawah sekali akak letakkan kitchen towel


Bahagian tengahnya tempat letak pelbagai serbuk dan perencah


Dan yang bahagian atas sekali tempat letak serbuk perasa, serbuk lada hitam, sebuk lada putih, mix herb dll.


Atas table top sebelah kiri tempat akak letak rice cooker dan rakan2nya.


Inilah dia rakan2nya.
  

Penapis air coway pula di atas table top sebelah kanan.


Yang ni pula diletakkan kat atas mini counter bar.


Aku saja je letakkan gelas dan pinggan mangkuk ikea dan tisu tu kat situ sebab senang nak capai bila nak makan...sebabnya meja makan aku ni betul2 sebelah counter bar.



Dan yang ni pula ialah hiasan yang diletakkan atas table top sebelah singki.



Okey ...itulah dulu yang akak mampu kongsikan apa yang akak dah susunkan didalam kc akak.

Nanti kita cerita lagi ye bab susun atur ni...
(Kalau rajin la)....hishhh..aku ni memang malas betul nak update.


Ok uollsss...tata




Tulus Kasih,
Qasih Mama

23 ulasan:

  1. Balasan
    1. Thankksss awak...ni pun saya cedok idea awak juga...hhehehe

      Padam
  2. untungla dapat dapur secantik ini..nk jgk :,(

    BalasPadam
  3. kak mana beli pinggan mangkuk bunga2 tu cantik sgt da la nak cri 1 set mcm tu. tak jumpa la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pinggan mangkuk munga2 tu akak beli kat Langkawi 8 tahun lepas

      Padam
    2. Pinggan mangkuk munga2 tu akak beli kat Langkawi 8 tahun lepas

      Padam
  4. kak mana beli pinggan mangkuk bunga2 tu cantik sgt da la nak cri 1 set mcm tu. tak jumpa la..

    BalasPadam
  5. Sis..tempat beras tu beli kt mane ye..& brape RM..tq

    BalasPadam
  6. Sis..tempat beras tu beli kt mane ye..& brape RM..tq

    BalasPadam
  7. Dapur yg kemas & bersih. Boleh dijadikan panduan kepada yg lain.

    BalasPadam
  8. Dapur yg kemas & bersih. Boleh dijadikan panduan kepada yg lain.

    BalasPadam
  9. Suka lihat . Boleh puji kemas dn bersih

    BalasPadam
  10. Kemas...saya pon suka sgt tgk dapur yang kemas dan bersih

    BalasPadam
  11. ingin membuat kabinet dapur? wardrobe?tv kabinet? dan lain2 lgi ??
    kami mempunyai package menarik untuk anda !!
    HANYA UNTUK ANDA !!
    LIKE&SHARE FB : https://www.facebook.com/AZ-Interior-Design-Sdn-Bhd-1707424542809816/
    for more information.
    atau call 03-80527813

    BalasPadam
  12. Kemasnya... Hihihi kita bookmark yee

    BalasPadam
  13. Kemasnya n teratur..tq kongsi idea

    BalasPadam
  14. Kemasnya! terus teruja nak susun kabinet kemas2 jugak.hihi tq share.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah tq sangat bermanfaat, tengah survey2 nak buat kabinet 🥰

    BalasPadam