FOREVER

FOREVER

Isnin, 15 Disember 2014

ICT SHAH ALAM


Hujun bulan November, aku n family BIL berkunjung ke Shah Alam kerana anak dia nak konvo.
Memandangkan dia tak biasa area Shah Alam dan kebetulan kami pula dah lama tinggal di sana dulu, maka dia ajak family aku join sekali.

Aku booking homestay kat Seksyen 19.


Ini lah rumahnya. Semua kelengkapan cukup cuma rumahnya agak lama. Kalau diberi pilihan sama ada aku nak booking lagi atau tak...jawapanya memang tak la sebab tuan rumahnya terlalu berkira dan tak profesional.

Lepas kami check out, boleh dia mesage aku yang meja makan basah ada kesan air, ada habuk rokok terjatuh kat lantai, dan satu hanger baju patah...padahal kami tak guna pun hanger. Pasal meja makan basah tu aku nak tergelak terguling-guling rasanya. Memang la basah sikit sebab aku lap nak bagi bersih...takut2 ada kotoran yang tertinggal.

Aku cakap sebelum keluar, aku dah sapu bersih rumah tu...habuk rokok tu mungkin terlepas pandang dan pasal hanger lak aku cakap aku akan hantar baru satu dozen petang nanti...ambik kau.
Trus terkedu cakap....tak apa la..... benda kecil. Yang dia duk meroyan mesage aku tu apa cerita.

Kalau orang lain aku rasa usahkan nak sapu rumah bagai....silap hari bulan pinggang mangkuk pun tinggal tak berbasuh. Dia patut bersyukur dapat costomer macam akak ni tau....rajin. Satu rumah aku sapu. Lagi pun kami tinggal satu malam je kat situ...mana sempat nak kotor bagai. Datang just untuk tidur je. yang selebihnya merayap, esoknya majlis konvo dah berlangsung.

Aku rasa dia ni nak belasah duit deposit aku la tu. Tapi memandangkan aku balas mesage dia secara berhemah...dengan secara tak langsung dia malu la tuu.

Ok...tersasar jauh pula ceritanya. Bukan apa, nak lepas geram. Berbalik kepada cerita ICT, anak2 BIL aku nak ke sana sebab mereka tak pernah sampai. Walaupun kami dah kerap berkunjung ke sana, tapi kami layankan lah juga. Lagi pun anak3 aku tu, pergi lah berbelas kali pun diorang tak menolak...suka lagi adalah.

Entri kat bawah kita layan gambar je lah. Malas nak menaip rasanya.




Ambil mood dulu sebelum masuk.


Tengah tunggu mak saudaranya beli tiket.


Aku, suami, dan BIL tak masuk. Biras aku dan anak2 dia + anak2 aku je yang masuk.
Aku dah malas nak masuk sebab selalu dah masuk. Anak2 aku boleh la.... Mana dia reti istilah boring....40 x masuk dalam rumah salji tu pun dia tak kisah...happy je memanjang.


Aku dan hubby layan perasaan kat luar. Hahhahak tuiii. Layan perasaan la sangat kannnn.


My loving


Anak buah aku yang tolong ambil gambar mereka. 


Muka happy je masing2.




Antara yang masuk kedalam malam tu. Anak2 aku biras yang tolong jagakan.


Kakak dan cousinnya...Kak Fatin


Kemain lagi korang yee.



Asal sejuk je...mereka keluar kejap...lepas tu masuk balik.



Ok, sekian dulu kisah ICT, esok akak upkan entry konvo lak yee.





Tulus Kasih,
Qasih Mama






Jumaat, 12 Disember 2014

TEMAN HUBBY


Hari Ahad Hubby ajak aku n kiddos teman pergi ke tempat kerja dia coz dia nak habiskan silibus bola sepak... kelas ganti katanya. Hari minggu pun terpaksa kerja la nampaknya.

Aku n anak-anak lepak dalam bilik dia je. Kul 12 tengahari, setle je kelas, dia ajak kami merayap ke bandar hilir lagi. Jom anak3.

Singgah makan kat Foodcourt dalam Mahkota Prade. Kami just makan yong taufu. 





Apa-apa pun bergambar dulu ye my kiddos.
Masa ni dah masing-masing berebut nak pegang hadiah krismass


Makan Yong Taufu kat sini....boleh la


Habiskan mee yang bawa bekal pagi tadi.
Anak dara saya dengan telefon tak boleh dipisahkan


Aniq minta ambil gambar dengan gaya mulut cam tu. Heeeiii macam-macam.


Setle makan, kami menuju pula ke Mr. D.I.Y. mula-mula niat nak cuci mata. Tapi lau dah sampai tu...tak ada maknanya nak cuci mata...dengan poket-poket sekali habis dicuci.

Masa nak balik, hujan dan ribut kemain kuat. Takut pula nak pergi ke tempat parking. Decide pergi lepak kat Mc D. Hujan2 macam ni layan ais krim sambil perhatikan anak-anak main kat taman.

Agak2 hujan dah reda, kami pun gerak pulang. Sampai rumah dah petang.
Hujung minggu kami minggu ini amat padat dengan aktiviti jalan2 dan shopping2. Penat tapi seronok.
Biar la anak3 happy sikit....cuti sekolah ni tak bawa mereka kemana-mana pun....mak apak busy. So bila hari minggu je, penuhi la hasrat mereka, layan kehendak mereka.


Mama sayang uollssss ketat-ketat.



Tulus Kasih,

Qasih Mama


Khamis, 11 Disember 2014

BAWA KIDDOS JALAN-JALAN MALAM MINGGU


Ini kisah Hari Sabtu. Kami keluar awal dari rumah coz dah dapat agak yang jem akan berlaku dimusim cuti sekolah + malam minggu di Melaka. Petang kami gerak dari rumah.

Tempat pertama yang dituju ialah di Mahkota Prade, nak beli kasut untuk Aufa, dan nak ke Kaison beli alat rumah utuk mama.


 Biar bapa yang pilih...mama nak posing jap


 Jangan muntah...entry kali ni memang muka gojes ai yang banyak. Ek eleh...siapa pula yang main sorok-sorok belakang pintu stor kedai tuu.


Gambar tak jadi pun akak tepek juga kat sini. Malas akak nak pilih.


Dan lagi...hehhee...bersama tangkapannya. Ekceli, yang kat tangan tu adalah untuk dihadiahkan kepada anak buah yang baru, anak kakak aku.

Penantian bertahun akhirnya termakbul. Sebelum ni dia dah lahirkan tujuh putera dan yang terakhir ni adalah puteri. Aku tumpang happy untuk kakak aku.


Aku dan hubby....auwww gila berat tangan dia kat bahu akak. Ini makan nasi ke makan besi.


Setle beli apa yang dihajat...kami ke uptown pula.
Budak hero tu yang nak sangat datang sini. Nak beli apam nipis katanya.


Laki akak posing dengan kereta drift. Oleh sebab dia dah posing dan tolong promote, maka dapatlah sekeping tiket percuma untuk menyaksikan drift di Durian Tunggal


Kemain lagi eksen


Perut dah kenyang, pakaian dah beli, maka kita melintas ke Menara Taming Sari lak.
Layan Kiddos main pistol belon. Kemain happy diaorang.


Sambil layan anak, layan perasaan jap.


Kakak Aufa


Me n peace


Aniq dan mainan bergerak. 

Lebih kurang pukul 11.30 malam, kami pun bergerak pulang. Esok pagi2 nak teman bapanya pergi habiskan silibus...buat kelas ganti untuk student kokurikulum bola sepak.



Tulus Kasih,
Qasih Mama

Rabu, 10 Disember 2014

MITC # SATU DAERAH SATU INDUSTRI

Alololo...lindunya kat blog ni....sorry cayang, mama teramat lah busy. Sampai nak update pun tak mampu. Hari ni baru lega sikit....boleh la nak belek-belek blog. 

Story banyak...tapi kita story aktiviti yang terbaru lah yeee. Story lama nanti lain kali. Itu pun lau jumpa gambar2nya. Malas nak cari sebenarnya.

Hari Jumaat petang, husband ajak pergi cari peralatan sekolah anak coz hujung bulan nanti nak balik kampung, takut tak sempat pula. Meh la kita menyoping. Setle shopping, suami ajak aku ke MITC...tempat dia beli seluar tidur kat aku. Masa dia beli tu dia tak bawa aku...just pergi ngan kawan2 ofis dia je. Dia belikan untuk aku satu, untuk dia satu. 

Berangkatlah kami ke sana pula. Rupa-rupanya ada ekspo Satu Daerah Satu Industri. Macam2 ada...yang berkaitan semua negeri di Malaysia. Ada Food, pakage pelancongan, homestay, kraf dan macam2 lagi la. Maka gigih la kami menjelajah dari satu negeri ke satu negeri. Amboiiii...bunyi cam jauh benor pengembaraannya, padahal dalam dewan je...hehhehe.


Bergambar dulu di pintu masuk


Masuk je dalam, terjumpa pula maskot. Sibuk je budak3 ni nak bergambar


Ke booth Negeri Perak....


Yang lain semua penakut...kecuali Adam je. Terbaik lah dear. Mama pun tak berani tau...yang abang lagilah...terjerit-jerit bila orang nak letakkan ular kat tangan dia.


Yang ni kat booth Negeri Sabah lau tak silap



Anak3 sibuk je perhatikan binatang tu...unit katanya.


Posing jap


Kesayangan hamba


Anak dara hamba...dia lagi besar dari mak sekarang ni.


Booth Negeri Kelantan. Kat atas ni ialah kain songket yang berharga 12 ribu. Mampu tengok je la nampaknya.



Singgah  main jap sementara tunggu mama shopping


Di booth Serawak



Setle membeli, maka kami pun blah. Sampai je rumah, gairah anak3 susun dan agihkan barangan masing


Malam tu hanya sempat beli beg dan kasut sekolah je. Baju kena pergi next week la nampaknya.


Hasil tangkapan anak3


Muka happy


Hasil tangkapan mak dan bapa. Baju batik sepasang seorang from Kelantan ke Terengganu ai is lupa.


Kain tudung for me. Hehehehe


Yang sempat di beli di ekspo


Trawbery n choclate from Cameron Highland


Jeruk from Penang


Kraf from Pahang



Itu kisah Jumaat. Kisah Sabtu ai story esok lak yee.


Bye.

Tulus Kasih,
Qasih Mama