FOREVER

FOREVER

Isnin, 23 Jun 2014

IKEA

Dua minggu lepas, kami sekeluarga ke Ikea. My Hubby yang beria-ria ajak ke sana. Dia ni memang jenis tak boleh sunyi atau tak ada aktiviti, mulalah sel2 otaknya bersambung....maka tercetus lah idea nak jalan2 ke Ikea. Kebetulan 2 days before aku ada jenguk2 website Ikea n buat list barang apa yang berkenan. Bila aku buka mulut je cakap pasal barang yang aku nak....terus dia cakap "Jom kita ke Ikea". Sah sewel laki aku ni. Tapi tak pe coz mak suka +___________+



Ini mama punya

Sampai je Ikea, tempat petama yang harus di tuju opkos la foodcourtnya. Nak pusing2 dalam Ikea perlu lah bagi tenaga kat badan dulu.


Aniq n Adam order menu yang sama


Request nak makan nugget n fries je


Apaknya yang punya

Aniq yg punya


Setle beli barang2 kat Ikea...kami terus melencong ke Shah Alam pula. Rasa rindu sangat dengan Shah Alam. Manakan tidak......di sinilah tempat aku belajar, bertatih dalam kehidupan berumahtangga, tempat anak2 membesar....semua itu adalah nostalgia.....



Pergi The Store ....nak mengimbau kenangan masa bercinta ngan Hubby......hahaha makcik2 sangat kan, dating kat sini masa zaman belajar dulu....hahaha


Kita isi perut lagi.....pekena Ani Sup Utara....peberet laki ai ni


Mihun sup for my Kiddos


Set Nasi Sup Campur for Hubby


Amboi abang Aniq...kemain lagi gumbira dapat jalan2 kat Shah Alam....


Adam tak membesar disini......dia dilahirkan di Kelantan, bertatih di Pahang dan membesar di Melaka

Masa kitaorang pergi IKea ni, kakak tak ikut sebab kakak balik bercuti kat kampung...ikut cousin dia. Katanya rindu dgn granny...nak lepas rindu lama2 sikit sempena cuti sekolah.


Apak n telefon tak dapat dipisahkan


Barang yang sempat dirembat di Ikea.


Yang ni memang tak ada dalam list...tapi disebabkan kecomelannya, maka terbeli sudah.

Ada sesetengah barang laki ai dah masukkan dalam store, so malas nak pergi ambil semata2 nak snap gambar. Jadi tengoklah gambar mana yang ada yeee.


Ok tu je dulu cerita yang dapat dikongsi....nanti esok kita sambung lagi yeee.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan