FOREVER

FOREVER

Khamis, 13 Februari 2014

DAPUR BASAH

Semalam akak ada janji nak share pasal dapur basah kan? So ari ni janji akan ditunaikan. Jangan salah paham ye kawan2, apa yang diceritakan ini bukan niat nak menunjuk ke apa...just nak sharing. Sebelum aku masuk rumah baru dulu, banyak ilmu yang aku dapat melalui blog kawan2 ........ dari check list, langsir, perabut, kitchen kabinet, hiasan dan sebagainya adalah aku kumpul idea dari kawan2 blogger yang lain. Aku berterima kasih banyak2 kepada kawan2 blogger yang tak kedekut nak berkongsi idea. Jadi, sekarang tibalah masanya aku sharing kepada yang orang lain dan kawan2ku yang bakal naik umah baru. Sharing is caring...tak gitu. so, tak yah la nak bersangka buruk yeee. Moga apa yang kita sharing akan memberi manfaat kepada orang lain pula.

Tak nak berceramah...jom kita terus kepada tajuk dia atas.





Proses menebuk sedang dilakukan


Habis bersepah den punya perkakas


Pemasangan tile pula sedang dilakukan


Sikit je lagi.....


Aku pilih kaler light grey. Asalnya nak ambil warna gelap...tp owner kedai kata better ambil warna light sebab aku nak letak kat dapur basah yang terbuka. Kalau ambil kaler gelap, nanti akan mudah nampak comot tapak kaki n sebagainya. Maka hamba pun bersetuju. Lagipun nanti nak pasang kabinet kaler gelap...tak pasal2 semua nampak gelap la pula kan?


Akhirnya......siap sudah dapur basahku. Kat sini la tempat aku berkungfu pagi2 or petang2 kalau hari minggu. Sebelah malam biasanya aku akan masak kat dapur didalam. Kami anak beranak suka lepak sini n main masak2 kat sini coz angin yang sepoi2 bahasa bertiup...nyaman. Akhirnya impian ku untuk ada open kitchen tercapai.



Pandangan dari atas tangga. Kat dapur basah tu aku ada lekatkan penyidai baju boleh laras. Senang sikit kalau hari kerja, sidai je kat situ...so tak payah nak risau kena hujan ke apa.


Pandangan dari atas bukit. Kalau perasan sebelahnya ada balkoni.


Inilah balkoninya. Ingat nak buat tempat tanaman herba. Tunggu waktu rajin lah. Bila tu????
Wayar yang berjuntai itu adalah untuk siram pokok dikebun. Abaikan kolam renang anakku yang jatuh dihujung sana tu yeee. Kena tiup angin la tu (ayat cover belakang umah bersepah). Apa tak bersepahnya....mak nenek alat berkebun laki aku longgokkan kat hujung situ...dengan cangkulnya, dan lain2 peralatan yang aku tak tahu namanya.


Kalau dapat rezeki lebih, ingat nak pasang pintu kabinet tuu. Tunggulah...nak kumpul duit dulu. (Ini adalah salah satu motivasi untuk bekerja lebih keras lagi). Rak peach yang bertingkek2 tu laki den punya tools.Macam2 alat pertukangan dia sumbatkan kat situ. Kabinet oren tu pula dari aku zaman duk kat Shah Alam, pindah ke Pahang, pindah ke rumah sewa di Melaka dan akhir sekali pindah kerumah sendiri....tetap aku angkut. Nak buang sayang...elok lagi tu. Kalau ikut laki ku...dia nak buang je. 


Ini my cinta hati punya hobby. Dulu dia letak kat ruang menonton...menyemak je aku tengok. Aku paksa dia alihkan kat dapur basah...senang sikit nak cuci dan tukar air.


Nampak tak ikannya. Gila laju ikan ni berenang...susah aku nak snap tau.


Ini aku punya hobby


Kedua2 pasu n pokok ni beli kat Tesco...clearence stok...RM 1 lebih je.


Sepasang sejoli gitu.


Aku tenggekkan pokok aku ni kat atas akuarium laki ku. Dia kata buat menyemak je..tapi ada aku kesah??? Orang laki ni bukan pandai sangat pasal seni.....pokok itu adalah seni alam. Hahahaha...pandai tak ahkak berfalsafah.


Sekian kisah dapur basah ku. 



Tulus Kasih,
Qasih Mama



5 ulasan:

  1. wadus...puas hati betul ada tempat memasak begini...dpt amek udara luar skali..pehhh syiokkkk =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang pastinya, sekarang ni asyik duk masak kt luar je...Hubby tanya kitchen kabinet buat cantik2 kt dalam tu nak buat hiasan je ke? Dah kita syok masak kt luar...nak buat camana kan?

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah......selesa la untuk keluarga kecik mamacik ni.

      Padam
  3. open macam tu tak risau tong gas hilang ke? mungkin boleh ditambah dengan pemasangan gril kot. mmmm. tapi konsep ni saya suka sebab dapat kurangkan bau masakan dan asap dalam rumah

    BalasPadam