Aku memang ada perangai pelik. Alahhhh semua orang pun ada kan??? Kauorang jangan nak tipu lah. Malu la tu nak ngaku.
Antara perangai yang aku sendiri tak paham pasal diri aku ialah bila aku bawa kereta, aku tak boleh kalau tak tutup cermin. Aku akan pastikan semua cermin tertutup. Kalau terbuka sekejap je pun dah cukup buat aku cuak dan berdebar. Kalau cermin tertutup, aku rasa lebih selamat. Kalau cermin terbuka, aku rasa macam tak konfident nak bawa kereta.....rasa macam tak selamat. Mungkin sebab bunyi bising angin tu kut. Dan satu lagi, bila cermin terbuka, kita akan dengar bunyi kereta/ motor lain kat luar....buat aku rasa kecut perut. Takut mak tau.
Satu lagi perangai aku yang aku sendiri tak boleh nak terima kenyataan ialah....
Pada satu hari minggu, aku ada menonton satu program pertandingan menari kat tv (tertonton sebenarnya). Bila lama2 tgk macam best jeee....maka senmentara tak buat apa aku layan la program tu. Program tu ialah program tarian siaran zee kut sebab indian's mum dance (kalau tak silap la). Subtitle memang tak ada untuk program tu ...tp sebab menari, mak layan je lah. Sepatah haram apa yang dia cakap pun aku tak tahu.
Ada la seorang peserta tu menari....lepas menari, dia cakap2 dan menangis. Aku memang sumpah tak paham....tapi aku turut serta menangis padahal aku tak tahu apa yang dia tangiskan tu. Minah emo kan aku ni????. Kalau aku setakat berair mata aku boleh terima....tp beria pula aku menangis....dah aku tak boleh terima diri sendiri. Punya lah aku cover supaya laki aku tak tengok isteri dia tengah berduka lara tanpa sebab waktu tuuu. Ermmmmmm teruk kan aku. Itu baru program tarian...belum lagi cerita sedih.....mahu aku meraung sampai bengkak2 mata.
Pelik tapi benar.
Tulus Kasih,
Qasih Mama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan