FOREVER

FOREVER

Selasa, 31 Disember 2013

PLASTER SILING

Banyak-banyak entry pasal umah, entry plaster siling yang belum ahkak kongsikan. Betul ke idok??? Sebenarnya plaster siling umah akak simple je...but look modern...gitu.***gila poyo puji rumah sendiri***

Akak tak buat yang berpulau tu sebab bila akak servay dari tenet dan kawan2, ramai yang kata jenis cam tu akan perangkap habuk. Jadi meh kita buat yang simple je...tak ada island bagai...just buat longkang n letak ayeball je dalam tu untuk pantulkan warna warm.


Bila on lampu LED tu...cahaya dalam longkang tu nampak warna kuning


Yang ni pula Lampu LED tak di "on" kan...warnanya more light than gambar satu lagi


Simple je kan..


Yang ni lak kat ruang keluarga...masih buat pattern sama cuma berbingkai sikit.


Inilah yang akak cakap berbingkai tu....nampak kan?


Yang ni lak buat kat dining....pun simple gak...bulat kat tengah tu ngam pula ngan lampu...


Yang ni lak kat dapur kering


Kasi zoom sikit...kat dalam tu lampu LED


Yang ni lak kat dapur basah


Kami just letak lampu bulat je...Yang ni pun pattern sama dgn dapur kering cuma berbeza sikit coz ada bingkai 


Yang ni lak kat porch....nanti nak gantung kipas kat situ...actually, laki den tak berkonan sangat..tp itu je yang ado pada masa tu...maka ambil lah juga. Lau nak yang lain, kena order...paling copek seminggu....Tak dapek den nak nunggu...


Sebenarnya kami hanya nak baiki plaster siling yang retak kat dapur.....kontraktor yang buat renovation rumah kami dulu buat agak teruk bahagian plaster siling...*mungkin bukan kepakaran dia, plus nak cut bajet, jadi dia tak sub kepada yang pakar buat plaster siling*. Tak sampai setahun dah ada rekahan. Dengar pula berita yang plaster siling di sebuah Hospital runtuh, buat kami takut. Daripada menyesal di kemudian hari, lebih baik kami baiki dari sekarang. Kalau dah runtuh baru nak menyesal, tak ada gunanya. Dah la dapur tu tempat kita anak beranak asyik kuar masuk. Jadi, bila difikir dan dibincang bersama suami, kami ptuskan untuk buat balik apa yang tak kena tu. 

Yang buat dan baiki plaster siling umah akak ni sebenarnya adik jiran sebelah umah. Kami just beli barang dan bayar upah sahaja. Kalau sub kepada kontraktor memang mahal la...dan nak buat semua ni mesti akak pikir 100 kali. Oleh kerana barang2 yang dibeli tak adalah mahal sangat, jadi kami minta dia buatkan sekali bahagian ruang tamu dan ruang keluarga. Itulah ceritanya.


Sekian Al kisah tentang plaster siling.









Isnin, 30 Disember 2013

LAYAN KERENAH ANAK

Balik dari kerja, bawa anak3 ke Tesco...nak beli barang dapur sikit. Kalau dah ke Tesco tu, opkos la singgah makan sekali. Gambar makanan memang ahkak malas nak snap...sebab ramai warga emas kat sebelah kami. Nanti apa pula diorang kata.....tak pasal2 nanti aku dituduh syco. Jadi marilah kita cover semua itu padahal kadang2 tu memang ada syco sikit.








Anak2 request nak naik benda alah ni...meh la kita layan depa sekejap. Aku tanya kat kakak...dia nak naik ke tak...sekali kakak cakap, "mama kalau nak tanya pun agak2 la". Hahaha

Aku bukan apa.....takut dia kata aku pilih kasih...tak pelawa pun dia naik sekali. Manalah tahu dalam diam dia teringin ke...jadi aku tanya la...tak salah kan??? Biasalah aku kan good mother...hahaha.

Kalau betul2 dia nak naik....memang aku pusing sebelah lain la.....tak pun buat jalan2 kat tepi kedai sebelah. Tak sanggup orang mengata aku.....huhuhuhu.


Kau orang agak2 ok tak lau dia naik mainan tu.....hahahaha


Ok bye...kakak jangan marah yeee.




Jumaat, 27 Disember 2013

AYAM GOLEK

Rasanya gambar ni masa zaman tok kaduk lagi ni * ayat mesti mau over baru real*....tapi tak pe...ai tetap nak story gak. Ahpaknya cakap nak balik malam tuu...dia kata dia ada beli ayam golek@panggang kat tengah jalan. Bila aku call, dia kata dah nak sampai.


Siapkan pinggan terus...letakkan atas kerusi batu. Masa ni aku pun konpius...tengah tunggu suami balik ke, tengah tunggu ayam golek


Paksa kakak buat air siap2


Akhirnya...ayam golek telah kunjung tiba....


Ahpaknya beli 2 ekor...habis kami makan...keluarga raksasa sungguh. Memang best....masa duk pahang dulu...selalu je beli tapi bila dah pindah ni...jarang2 boleh jumpa yang kat kedai tuu....itu yang memasing bertukar menjadi raksasa.

Masa ni malas nak ambil gambar muka setiap orang...muka memang tak semengah,comot...rambut jatuh kat muka pun terpaksa biarkan sebab tangan kotor. Sah2 kalau ambil gambar aku waktu tu kau orang akan keliru....itu qasihmama ke hantu kak limah....muka memang saling tak tumpah...dengan kat tangannya tengah pegang peha ayam...mesti scary tengok muka ai yang gojess kan?


Hahhaha...malam tu aku berjaya lagi tambahkan lemak kat badan. Abang...kalau u tengok belon  tiba2 teringat kat ai...jangan salahkan ai tau....siapa suruh beli sampai 2 ekor...malam lak tuu.. U memang kejam. U yang bersalah dalam hal ni!!!!!!








Khamis, 26 Disember 2013

TENGOK WAYANG CITER THE HOBBIT

Tahun lepas dah janji ngan anak3 (masa citer the hobbit 1)...nanti lau citer the hobbit 2 keluar tahun depan, kita tengok kat wayang lagi. So...harusla mak tunaikan janji. Lagi pun kesian kat depa tuuu...cuti sekolah tak pegi ke mana2 pun...minggu lepas pegi ke Port Dickson pun sebab temankan maknya yang ayu ni pergi run program kat sana...kalau tak, nan adoooo.

Sebenarnya malam tu, kami laki bini mengemas rumah selepas buat plaster siling n tilekan dapur basah. Memang penat oiii...pukul 2 pagi baru siap. Nasib baik dapat laki pun sama sewel...mengemas malam2 buta...tak boleh tunggu esok. Memang pasangan yang secocok sungguh.

Jadi, sempena menghargai penat lelah sendiri...maka esoknya kami keluar bergumbira. Perjalanan hari tu agak panjang...mula2 pergi setlekan keperluan sekolah anak....kemudian beli sedikit keperluan dapur. Selepas setle semua, baru kami menuju ke AEON Bandaraya. Masa sampai sana ialah 9.00 malam. Tengok Show time chart...citer the hobbit  start kul 9.20 mlm dan 11.00 mlm...dalam hati kata memang tiket kul 9.20 memang tak ada...lau ada pun mesti seat depan sekali...kalau nak tengok kena dongak 90 darjah...tak mau la.

Nak beratur satu hal la pula....kemain ramai lautan manusia...maklumlah musim perayaan krismas. Tapi harungilah juga...demi sebuah janji...**gila tak boleh belah dengar ayat cam tu...macam poyo je kan**

Dan...memang sah tiket yang ada ialah kul 11.00 malam. Tanya anak3 diorang sanggup ke? Kalau masuk dalam panggung setakat nak buat taik mata, baik tak payah...rugi duit je. Masing3 janji tak nak tidur...tapi dalam hati aku tak berapa yakin...kalau tak mereka, mungkin aku...hahahaha.


Oleh kerana waktu tayangan lambat lagi....kita jalan2 cari makan dulu. Waktu ni lebih kurang pukul 10.00 malam...tapi mak dengan rasa tak bersalah telan KFC....camana tak mokk lau memalam pun bedal ayam goreng. Ya Allah...bantulah hamba mu ini kurangkan 6 kilo.....mau badan macam sebelum pindah ke Melaka. Minta pandai, usaha nan adooo.


Masing2 dengan gaya gedikkss...yang paling gediksss ialah sifu yang bertudung itu....paksa anak buat free stye...sekali aku punya style...kembangkan tangan kat muka jeee...tak kreatif langsung.



Apa yang Adam bagi warning tuu. 


Adam minta nak naik rusa...aku cakap mana boleh...itu untuk hiasan jee. Nasib baik dia dengar...lau tak urut dada mak kau ni.


Jom la kita naik layan citer lak.


Sepanjang tengok movie ni, nasib baik kami berjaya tengok dengan jayanya....kalau tak memang rugi. Yang buat taik mata ialah Adam sorang jee. Cerita ni habis kul 1.45 pagi...gila kematu bontot. 

Apa2 pun anak3 memang happy...dan sekali lagi mereka paksa aku buat janji nak tengok the hobbit 3 tahun depan...last episode katanya. Nanti kauorang tunggu la aku update citer ni lagi tahun depan yee. Apa2 pun citer ni memang best untuk di layan.



Tata

Rabu, 25 Disember 2013

LAPARRR...JOM CARI MAKAN


Minggu lepas, satu minggu ahkak tak masak tau sebab ada orang tengah buat plaster siling kat dapur. Bolehlah ahkak mengelat untuk masak...tepuk satu kali untuk diri sendiri. Gila.....bangga bila tak payah masak.*bukan bangga tapi suka*.

Hasil dari renovation plaster siling ahkak akan cerita lain entry yee.
Oleh kerana tak boleh masak, maka aku hanya bungkuskan makanan je bila balik kerja. Bila laki eden ada kat umah, kitaorang pegi makan kat kedai...senangkan. Dasar pemalas sungguh.


Duduk jeee...makanan ni dulu yang sampai. Otak2


Antara air yang di order


Budak nakal


Tengah aku ambil gambar...ada ke dia kata aku robot...dan dia pegang remote kereta untuk gerakkkan aku supaya aku ambil gambar dia. Aku ingatkan aku je yang sewel...rupanya anak sekali...hahaha


Tauke pada malam tu. Belanja hasil daripada duit mengajar katanya.


Anak daraku yang makin manis. Kalau bab posing bagi kat dia la.


Mak dara.


Nampak tak....pakai selendang, siap buat bunga kat tepi....kau mampu???


Kononnya nak jadi Zara dalam Mr Arrogant. Siap tanya laki.....ada gaya Zara tak......yang pasti dia kena jawab yaaaa...kan aku dah kata...penyakit sengal dah datang.



Tom Yam Pok Tek....memang sedap


Siakap stim


Penambah perisa ialah telur dadar dan sayur kailam kan masin.


Wallaweeiii...sedap gilllsss. Cukup rasa dan penuhi selera. Malam tu kami makan kat Rahman Seafood. Berhadapan dengan AEON Bandaraya Melaka. Memang recommmmand la. Tempat yang cantik, selesa, makanan cepat sampai...dan yang penting sedap.





Selasa, 24 Disember 2013

KE TAMAN PERMAINAN


Cuti sekolah tahun ni tak bawa anak3 jalan ke mana2 lagi pun. Belum ada masa yang sesui lagi. Bercadangnya nak ke Pangkor...kalau jadi la. Apa2 pun tengok keadaan dulu. Oleh kerana mereka bosan asyik duk memeruk kat umah, balik dari tempat kerja...mereka request nak main kat taman mainan depan umah. Layan kan je laaa......


Kemain seronok korang yeee


Taman ni kecik jeee...tapi dah cukup buat mereka happy


Anak daraku yang pada mula2nya malu nak naik buaian sebab ada orang....bila tak ada orang, dia pula yang berebut nak naik


Ada budak2 lain juga tengah main


Tengah boring tengok anak main....tangkap gambar kaki pun jadilah


Muka boring tengah menunggu...tapi tetap kontrol ayu



Mak tengah menggaru pun kau tangkap gambar ye kakak...tak sempat mama nak cover cun tau.

Hari dah hampir maghrib....jom balik semua.



Isnin, 23 Disember 2013

ANAKKU DAN GIGI PALSU

Setelah lama menyepi...baru hari ni nak tonjolkan diri. Sebetulnya ahkak sibuk yang amat sejak dua menjak ni. Minggu lepas tu dah tak busy sangat la....tapi nak cari mood menulis pula yang payah. Mood tu liat pula nak datang (padahal malas). Pasti ada orang yang rindu blog merapu meraban ahkak ni kan. Laki ahkak cakap, ahkak ni suka merapu....blog entah apa2...padahal blog merapu ni la yang dia duk jengok hari2.

Minggu lepas tak tahu kenapa mood untuk merapu dalam blog tak kunjung tiba. Dah elok buka blog, tangan dah kat keyboard, tiba2 perasaan malas melanda...mood jadi lemau, so tutup balik blog...paling tak pun duk baca blog orang je. 

Panjang pula mukaddimahnya. Meh hari ni akak cerita pasal anak2 dulu yeee. Story mory memang banyak nak diceritakan...tapi kita cerita satu2 ye.

Waktu ni Adam demam, aku pun cutilah sebab nak jaga dia. Bawa dia gi ke klinik. Mak aiiii ramai gilos tu orang yang nak dapatkan rawatan. Dah letih menunggu tapi nombor giliran lambat lagi, jadi aku bawa anak2 ke kedai sebelah klinik. Belikan apa yang diorang nak.


Budak demam dapat gigi palsu. Aku tanya dianak apa, dia cakap nak benda yang dalam kotak.
Aku pun sebagai ibu yang prihatin, maka belilah. Sekali dapat benda ni. Terus pakai masa tengah menunngu kat klinik. Tanjat mak gegirl tau.....gigi hantu ponti tu.



Sekali abang dia pun teringin...dah dia minta yang adik dia... nak cuba pakai katanya.
Aku kata gigi palsu mana boleh nak gilir2. Dah tak pasal2 kena pegi sekali lagi kat kedai tu.


Dan....yang ni Aniq punya.... versi gigi kuning tak gosok setahun


Sekarang saya ada 2 orang anak ponti.Hahahahahahahahha. Semua orang kat klinik tu asyik duk pandang kat anak ai tau.


Ok....ini cerita permulaan ye...nanti ahkak up lagi entry yang lain yaaa. Ini cuma pengubat rindu jeee.

Sebelum tu ahkak nak ucapkan TAHNIA BUAT ANAK SAUDARA AHKAK IAITU ABDUL MUIN DAN KHAIZURAN, ANAK SAUDARA SEBELAH SUAMI KERANA BERJAYA DAPAT 8A DALAM UPSR BARU2 Ni.

Tak lupa juga anak saudara MAMACIK yang sorang ni iaitu ABAK kerana mendapat result yang cemerlang iaitu CGPA 3.98. TAHNIAH BUAT KALIAN SEMUA.

SEMOGA MAJU JAYA>>>LEBIH MAJU DAN LEBIH BERJAYA






Selasa, 3 Disember 2013

POKOK DAN TANAMAN

Jom cuci mata pokok yang ahkak tanam dulu dah makin subur, ada yang dah berbunga dan ada yang dah berbuah.


Pokok Kemboja Pink dah berbunga....pokok Kemboja Putih lupa nak snap lak


Ini aku tak tahu pokok apa...tp aku panggil pokok sejuta daun. Masa beli, pokok ni kecik cinonek je...tp sekarang kemain merimbun


Pokok bongsai laki ai


Pokok ong atau duit2. Masa beli dulu hanyalah dua batang sahaja...sekarang rasanya nak kena tukar pasu dah ni.


Ini pun aku tak tahu pokok apa...tp biasanya orang letak kat tepi kolam


Pokok lada besar pun dah berbuah


Pokok lada ni aku semai benihnya.....bila dah tumbuh banyak, aku beri lah kat jiran2 dan kakak iparku


Pokok bendi...


Lada burung pun dah berbuah.



Nanti lau ada masa, aku tepek la gambar kebun buah-buahan kami kat belakang rumah, gambar pokok bunga kat depan rumah dan gambar serai, kunyit dan halia pula.



Ok, itu dulu cerita untuk hari ni.