Lambat benar nak update....mood malas melanda....citer ari ahad lepas...ari Jumaat baru terhegeh2 nk update. Aku bukan apa, malas nak transferkan gambar itu yang jadi pekasam dulu.
Korang dah sedia maklumkan yang aku naik umah sebelum puasa hari tu. Oleh kerana dah dekat masuk bulan puasa, maka kami tak buat house warming lagi la....sebab kami fikir lebih baik buat house warming sekali dengan majlis rumah terbuka. Majlis ni aku tak buat secara besar-besaran pun....just panggil officemate, jiran tetangga dan saudara terdekat jee.
Kerusi meja sampai kat umah pada pukul 12.00 tgh. So kami pun bergegas la menyusun coz majlis umah kami bermula pada pukul 3.30 petang.
Anak daraku tengah menyiapkan meja juadah
Kami juga susun kerusi tambahan
Pandangan dari arah pagar
Proses susun atur dah siap
Tetamu dah mula datang
Selepas makan, sesi borak2...jumpa sahabat2 lama
Kemain seronok lagi budak2 ....sampaikan mangkuk pun diorang jadikan topi
Tanah tepi yang belum ditanam rumput....orang nursery dah datang ukur keluasan tanah tepi sebelum puasa hari tu, sebab kami ada minta koatation dengan nursery tersebut.
Yang tengah dokong anak tu ialah bos ai....baik sesangat tau...cukup sporting.
Yang perempuan tu anak dia...dah chop untuk jadi bakal menantu
Suami melayan tetamu yang baru sampai
Yang ni pula majoritinya adalah sahabat daripada Pahang....buat reunion kat Melaka coz masing2 dah pindah ke Melaka macam aku la tuuu
Geng Pahang datang satu van
Makanan lupa nak snap....dah tetamu datang tak putus2....semua jadi lupa...gambar2 yang ada ni pun aku sempat snap yang datang kul 6.30 petang....mana yang datang awal2 tu semua aku tak snap...maklumlah tuan umah sibuk. Cikgu2 anak aku pun majoritinya datang....tapi lupa nak ambik gambar.
Masa orang tengah buat bacaan Yassin dan doa selamat aku tak snap coz takut jemaah2 yang hadir terkejut....nanti dia cakap bini siapa la yang over tuuu.
Makanan boleh dikatakan semuanya aku tempah. Aku ada tempah nasi dagang, mee kari, rendang. Yang aku masak dan sediakan sendiri ialah nasi impit, agar2, buah-buahan dan air jeee...yang lain semua tempah....pandai tak ahkakkkk.
Itu je cerita tentang open house kami...ada masa kita gembang lagi ye. Bye...