FOREVER

FOREVER

Rabu, 23 April 2014

ROMBONGAN SEKOLAH


Hari Selasa minggu lepas Melaka cuti. Sekolah kakak (Aufa) ada buat rombongan sekolah. Trip diorang akan pergi ke Kilang Chocolate Bairys, Waterworld dan i-ct. Mula-mula aku tak kasi sebab bukanya dia tak biasa pergi. Tapi bila dia pujuk berkali-kali, akhirnya aku mengalah. Lagipun dia dah boleh berdikari. Biarlah dia rasa seronok pergi keluar beramai-ramai ngan kawan2 sekolah. Harap dia enjoy moment indah zaman persekolahannya.


6.45 pg dah kena ada kat masjid. Masa aku sampai dah ada parent n ustazah2nya


Parent...sambil tunggu bas sampai, sambil borak. Aku lak terperap dlm keta je sebab aku pakai baju tidur masa hantar kakak. Malu nak kuar.


Budak yang tengah mood happy


Ustazah dah suruh beratur untuk buat semakan kehadiran


Tak sabar tunggu bas tiba


Akhirnya bas yang di tunggu2 pun sampai


Ini lah basnya. Sebenarnya ada satu lagi. Satu bas untuk pelajar lelaki dan satu bas lagi untuk pelajar perempuan.


Tengahari tu Aniq kata lapar. Rasa sunyi...tak ada Abah dan tak ada kakak. Kesian pula aku dengar.
Aku pun ajak Aniq n Adam makan kat tesco...lagipun memang nak beli selipar baru untuknya. Selipar lama dah putus. Dan yang penting nak hilangkan rasa sunyi diorang.


Aniq makan nasi goreng ayam


Aku just order ABC special


Garlic bread n soup pun aku punya....tapi yang habiskan ialah Adam n Aniq


Adam lak pilih Nasi chicken grill blackpapper

Setle makan2, bawa diorang merayap beli selipar. Setle beli selipar, masuk kedai alat tulis lak....belikan alat tulis yang dah hilang dan yang dah habis.

Tapi hari tu memang terasa sangat sunyinya bila kakak n hubby tak ada. Yang tinggal hanya kami tiga ketul je.

Kat kepala mula la terfikir...andai aku tua2 esok, anak semua dah ada kehidupan sendiri....mesti akan rasa lebih sunyi. Oh tidak....aku tak nak fikir lagi....biarlah saat itu hadir dengan sendiri di kemudian hari...tanpa ku fikirkannya.




Tulus Kasih,
Qasih Mama





Selasa, 22 April 2014

SEPI


Over sangat ke aku ni....
bunyi maca perempuan miang yang terdesak je kan. Padahal cerita bukan gempak pun...dan rasanya tak relate dengan tajuk pun....kenalah sikit, sipi-sipi.

Weekend minggu lepas, aku ajak hubby temankan aku uruskan beberapa perkara urusan keja. Dah alang2 keluar tu, bawa lah anak jalan2 sekali. Lagi pun hari Sabtu mala tu laki aku dah nak berangkat ke Perlis sebab ada game bolasepak kat sana.

Ajak laki pergi Bandar Hilir. On the way tu singgah beli coconut shake Klebang...my peberet tuu (gambar lupa ambil).

Cari barang2 aku dulu...pusing punya pusing tak jumpa. Last ajak laki ke  Kaison di Mahkota Prade. Siap urusan aku, anak ajak pergi beli Handmade candy kat Dataran Pahlawan.

Kita layan je request mereka.


Ini lah candy tu....Sticky...traditional hand made


Mahal nak mam tau. Harga botol kecik cinonet tu ialah RM 16.90. Rasa dia tak ada lah kalau kita makan boleh sawan...tapi dia punya rasa tu uniq dan tak ada kat candy lain.

Itu je yang boleh aku explain. Kalau nak tahu, kena pegi beli sendiri n rasa. Aku pernah cerita kedai dia yang cantik n uniq kat entry yang lepas.

Setlle tunaikan hasrat anak, kami ke Tesco lak...menyinggah makan mee sizling. Gambar nando ye....sebab masing2 dah kelaparan. Sampai je makanan,  terus ngap. Sedar2 dah tinggal sisa. 

Nak ambil gambar n pose kat sini pun rasa bersalah la pula.....sebab licin pinggan tu. Mesti korang nangis lau tengok ahkak post juga gambar tu.Mesti korang pikir kami anak beranak ni dah tak jumpa makanan sebulan.

Setle semua hal, kita orang pun balik


Sampai je kat rumah, tengok si kecik ni dah selamat belayar kat seat belakang.


Kepenatan jalan2.

Sampai je rumah. Aku siapkan barangan suami yang nak berangkat malam tu. Kemaskan apa yang patut. Pastikan tidak ada yang tertinggal.


Akhirnya siap..... bila tengok beg2 ni...rasa sayu la pula hati...
Nanti aku akan rasa sunyi sebab dah tak ada kawan nak borak, kawan nak gaduh..kawan nak bermanja.

Dalam pukul 10.30 mlm suami aku pun berangkat beramai2 dengan team bola dia wakil UiTM Melaka. Masa dia duk Pahang dulu dia wakil Pahang. Bila dah pindah sini dia ingat tak nak aktif bola lagi...tapi last minit dia kena pergi gak...sebab geng2 baru dia tahu yang dia dulu pernah wakil Pahang.

Nak halang pun, itulah satu-satunya sukan yang dia minat. So, kita as a wife, bagi lah support.

Tapi dia tak adil tau, masa aku nak join team futsal wanita dulu dia tak kasi. Dia kata aku lembik la, poyo la. Kalau tendang mesti bola tak gerak...kalau lari mesti macam itik. Siap buat gaya lari terkedek-kedek lagi tu. Kejam sangat tau statement dia. Padahal dia dengki. 


*_________________________*





Tulus Kasih,
Qasih Mama



Isnin, 21 April 2014

CAT RUANG MENONTON

Sekarang ni tengah duk pikir nak tukar kaler cat kat ruang menonton. Agak2 la...apa colour apa yang sesuai. Nak minta jasa kawan2 semua suggestkan . Kepala dah buntu la.


Seperti yang sedia maklum, kat ruang menonton akak ni pun ada wallpaper, warna dia dark grey.


Ini ialah ruang yang nak dicat. Ada dua ketul lukisan abstrak kaler campur2 tp more to biru rasanya. Agak2 la...kaler apa yang sesuai cat dining tu.


Perlu ke match kan warna wallpaper ni atau guna cat kaler contra


Ini pandangan dinding dan wallpaper


Tolong bantu insan yang keliru ini..... Kak Zila, lau ada idea bernas tu tolong kemukakan cadangan anda yeee. Cadangan u biasanya meletopppsss





Tulus Kasih,
Qasih Mama

Jumaat, 18 April 2014

JUMAAT...SETENANG DAN SECANTIK BUNGA


Busy...busy....busy......tak tahu nak cakap macamana tahap busy aku sekarang ni. Nak buat program besar...melibatkan seluruh negeri. Sakit kepala tak payah dicerita la, tidur malam pun tak berapa nak lena.

Tapi minggu ni dah setle banyak perkara......tinggal sikit2 je lagi. Memandangkan hari ni adalah hari Jumaat....marilah kita tenangkan mata dan minda kita dengan benda2 yang boleh mengembirakan kita.


Bunga rumah ahkak tau....no copy2 from cik google. Balik petang semalam, masak kat dapur basah, sekali terpandang bunga kat bahagian tangga nak naik ke kebun sedang berbunga riang.
Apalagi....cepat2 la ahkak tangkap. 


Ni pun sama....i love....i love.......suka sangat...happy sangat....boleh tenangkan minda dan terapi hilangkan stress.





Salam Jumaat semua....have a good day...n enjoy your weekend.




Tulus Kasih,
Qasih Mama

Rabu, 9 April 2014

MAIN LAYANG2 @ PANTAI KLEBANG

Ok, semalam aku dah cerita pasal fotoshoot poyo aku kan, so hari ni kita cerita pula kisah main layang2 kami anak beranak. Gambar banyak...maka layan gambar je lah yee.


Layang2 yang berbagai bentuk dan warna


Perbincangan anak beranak


Posing dulu


Angin kuat...letih duk pegang tudung...silap2 haribulan boleh terangkat tudung 


suasana


Jalan2 tepi pantai dulu


Budak yang tak sabar nak naikkan layang2


Kakak


Akhirnya layang2 kami terbang di angkasa...(ayat mesti over) padahal terbang tak sampai 50 kaki pun


Layang2 kami berbentuk burung helang


Aniq dan Adam tengah berusaha naikkan layang2 mereka


Horeee...layang2 kami


 Giliran ahpaknya pula naikkan layang2



Kakak dan cengkerang


Posing jangan tak posing kak


Nak terbang ke mana tu kak


Me n with my gegirl


seronoknya dia


Adam lak yg kontrol layang2



Letih berdiri duduk pula


Peace sokmo


Jangan kacau....dia tengah khusyuk


Sampai terangkat baju. Nasib baik mama kasi korang pakai baju basahan je...kalau tak lunyai baju


Mama pun nak juga tau....maklumlah, masa zaman kecik2 dulu mama tak ada layang2 cam ni.


Hari minggu kami yang terisi dengan aktiviti baru


Sebelum balik, meh kita bergambar berdua dulu.


Masa ni nak ambil gambar sambil lompat...tp tak jadi.


Lompat tak boleh, macam ni pun jadi la.... 


On the way pulang...sempat lagi main pasir


Konon lau ambil gambar cam tu nampak macho la.....ada2 je la Aniq ni.

Sekian kisah kami dan layang2. Kalau ada masa kami akan datang lagi. 
Bye.




Tulus Kasih,
Qasih Mama