FOREVER

FOREVER

Jumaat, 29 November 2013

MELAKA RIVER CRUISE

Ini cerita Ahad malam pula. Malam tu asalnya nak bawa anak2 ke Ayer Keroh, tapi tempat tu tutup lak, jadi kami pun ubah fikiran, bawa semua family naik Melaka River Cruise . Layan gambar je lah yeee...malas pula nak membebel hari ni.



Mari kita menapak beramai2


Apa2 pun kita bergambar dulu


Lintas jalan 


Suami and anak Kak Mah


Sayang, nape ai tak boleh peluk penuh badan u tu????



Anak buah n my mertua


Along n suaminya


Sesi beli tiket



Inilah keluarga yang datang...kuarga abang yang kedua tak ada dalam gambar ni



Over tak ahkak


Manusia yang paling over tu haruslah ahkak....huhuhu


Hubby n his mom


Family Kak Mah


Pemandangan semasa dalam pelayaran


Auwww me again


Me n my lovely family


Apa adam buat tu?


Dalam pelayaran...masing2 dah ambil tempat duduk


Boleh dikatakan semuanya adalah familyku dalam kapal ni...riuh rendah jadinya.


Gambar gedikss


Auwww menyampah tengok diri sendiri...Perempuan Melayu Terakhir lah katakan


Konpem laki aku muntah ijau tengok gambar ni


Bergediks pula ngan anak buah



Tuuuuuuuuuuuu dia...posing habis gaya


Kak Ni n suaminya

  
 Last.......Me N Hubby!!!!!



Sekian kisah kami sekeluarga pada hari minggu.










Khamis, 28 November 2013

BBQ WITH FAMILY IN LAW

Hari Sabtu malam, keluarga sebelah suami datang berkunjung ke Melaka. Suami aku adalah anak bongsu daripada 6 adik beradik. So, semua adik beradik dia datang kecuali 2 org abang + mak + keluarga anak saudaranya. Memang meriah sungguh la umah aku tambahan pula masing2 ada anak kecil yang lebih kurang sebaya ngan anak aku.

Dalam otak tak tahu nak masak apa, jadi buat keputusan buat  BBQ je lah...senang.....perap n bakar je....hahhaha geliga tak ahkak.


Proses membakar ayam bermula


Buat di halaman rumah je


Aniq n cousin


Suku daripada anak buah yang ada


Tak menyempat...makan tepi longkang je


Kemain anak daraku sorang ni


Anak Kak Mah n Kak Ni


Adam n Damia


Kaum anak dara lak lepak kat rang santai


Geng anak bujang lak kat ruang menonton


Geng orang tua lak menyembang di ruang tamu


Gambar kakak2 ipar yang duk kat ruang makan n dapur lupa nak snap. Nanti esok lah pula ahkak tepek gambar mereka kat dalam blog ni yeee.


Tatatiti......bye!


Rabu, 27 November 2013

LEMAU

MATILAH LAU ORANG SEARCH BISKUT LEMAU KE ATAU APA YANG BERKAITAN DENGAN LEMAU MESTI KUAR BLOG AHKAK NI.Banyak benda yang nak di ceritakan, tp hari ni mood lemau sikit. Nanti esok lau mood dah ok kita cerita kat awak semua ye.

Kita tgh berazam nak kuruskan badan ni...tapi azam je yang lebih dietnya idok. Azam bukan main berkobar2, berapi2..... tapi bila tengok makanan, mesti simpan azam tu untuk esok. Lepas esok, esok, bila ni????Help me PLEASE!!!!

Tengok gambar dulu2 mesti jelous dengan diri sendiri.





Khamis, 21 November 2013

TANAMAN KU TELAH MENGELUARKAN HASIL






Happy sangat ....rasa berbaloi menghabiskan masa dikebun...bercucuk tanam. Apa yang diusahakan telah membuahkan hasil.


Kacang panjang 


Inilah dia hasil itu....akhirnya boleh dipetik....bersemangat nak goreng ni.

Harap cili merah dan cili padi yang aku tanam juga bakal mengeluarkan hasil. Amin.






Rabu, 20 November 2013

ENTRY JERUK CACAMARBA

Ok, hari nak citer kenapa byk entry yang aku buat pekasam....
Buat makluman semua, 3 minggu lepas aku ada program kat Puncak Alam...balik dari sana, terus buat persiapan untuk konvo dan hari Khamis lepas baru selesai Istiadat konvo. Jadi, hamba minta maaf byk2 lau entry pekasam yang hamba terpaksa buat ye. Cerita banyak, tp masa yang x ada....maka terjadilah jeruk pekasam.

Masa program kat Puncak Alam hari tu, aku tak stay kat sana tau, tp sewa hotel kat Shah Alam....saje nak jalan2 kat sini n mengimbau zaman kami menetap di sini....lama tau, 10 tahun...byk kenangan kami sekeluarga di sini....dari mula2 masuk Universiti, bercinta, berkahwin, anak satu...anak dua...dan barulah kami berhijrah. So, outstation kali ini aku bawa family sekali...urusan kerja sambil bawa anak2 jalan2.

Malam tu aku kena attand untuk program malam kebudayaan....bawa anak2 sekali.


Sebelum gerak, my kiddos posing dulu.


Tuan tanah pun nak posing gak....jubah baru beli...terus pakai....hahaha....teruk bebenau perangai


Persembahan bermula


Seronok anak2 ku...macam2 tarian dipersembahkan...

Selesai program, aku balik ke hotel tempat kami menginap.
Pagi esoknya aku ada Perasmian Jamboree Tahunan Komander Kesatria pula.


So hari tu ahkak kena la segakkan diri...terpaksa pakai uniform lak.

Selesai sahaja perasmian, aku balik semula ke hotel penginapan kami sebab malam baru ada program lagi. Tgh2 berehat, suami lak ajak pergi tgk suasana perlawanan bola sepak "Kelantan VS Pahang"


Menuju ke destinasi


Posing dulu di tengah terik mentari


Ahkak pun nak posing gak tau. Orang lain pakai baju ikut tema team yang mereka pilih...kami sekeluarga lak...baju ikut suka hati...kau mampu???


Yang penting, bergambar dengan trofi yang menjadi rebutan itu.


My hubby...muka gumbira jee pada sebelah petangnya...malamnya terus muka sedih sebab Kelantan kalah 


Ada gaya tak?


We Love Kelantan.


Suasananya...macam2 perangai, macam2 gaya, macam2 gelagat, macam2 fesyen


Siap tidur dulu sementara menunggu perlawanan bermula


Yang bawa anak kecil pun ada...aku pula yang seriau...ialah...ramai tu orang


Posing, jgn x posing

Habis je ronda2 tgk gelagat lautan manusia, kami pulang ke hotel semula kerana pada sebelah malamnya aku ada dinner. Program pada sebelah malam, aku tinggalkan anak2 bersama hubby.


Bersama rakan2


Masing2 kontrol ayu


Bersama team dari Melaka. Yang berdiri tu bos aku.


Sekian, entry cacamarba....macam2 cerita ada. Huhhh lega.