FOREVER

FOREVER

Rabu, 25 Jun 2014

TENGOK WAYANG BERJEMAAH

Masa ni anak3 nak tengok citer spiderman 2 kat pawagam. Janji dengan anak3 nak bawa mereka waktu weekend. Kebetulan anak buah aku kata nak datang Melaka minggu tu. Dah alang2 dia datang, aku cal lak adik aku yang tgh belajar gak untuk datang...best sikit tengok wayang beramai2. Seperti yang dirancang, hujung minggu tu semua berkumpul.

Malam minggu tu kami pun kuar. Saja pilih waktu malam untuk tengok wayang....sebab dah terbiasa kut.



Sementara tunggu ahpaknya beli tiket, meh kita bergambar dulu. 
Yang perempuan (pejam mata) tu adik aku, yang lelakinya tu anak buah aku.


Sekarang akak pula menyelit. Tinggi nya anak sedara aku sorang ni....ke memang aku yang katik


Dah setle beli tiket, kita pergi isi perut dulu. Sementara tunggu waktu tayangan, sempat la dulu bersembang.


Makanan yang diorder


Giliran tuan blog pula bergambar


Waktu ni tengah khusyuk makan....jangan nak pandai2 minta akak posing.


Setle makan, naik semula kat atas . Aniq sempat posing sebelum masuk.


Dua beradik yang teruja nak tengok spidy. 


Adam bergaya macho....tapi tangan tetap gaya yang sama.
Semua anak2 aku paksa bawa sweater. Dah la masuk panggung...malam lak tu. Jadi, bagi mengelak mereka kesejukan...memang aku paksa. Suka ke tak suka ke...lantak lah....janji aku tak dengar perkatan "Mama...sejuk la..."


Kakak pun nak posing gak....ambil gambar kenangan katanya.


Aku lak gi posing kat kedai Daiso sementara menunggu bapaknya beli popcorn.

Jangan terpedaya ye semua....cerita spidy ni lau tak silap aku bulan Mei....tapi aku yang baru nak terhegeh update cerita. 

Jangan kauorang salahkan aku lak. Kang tak pasal2 korang gi minta nak beli tiket citer spidy...memang tak ada la....


Hahaha.....memang best bila layan cerita anak2...pergi lak beramai2.

Indahnya kehidupan...dapat bersama menikmati saat indah dalam hidup.



Nanti kita nyembang lagi ye...akak nak buat kerja sikit.



Tulus Kasih,
Qasih Mama



Isnin, 23 Jun 2014

IKEA

Dua minggu lepas, kami sekeluarga ke Ikea. My Hubby yang beria-ria ajak ke sana. Dia ni memang jenis tak boleh sunyi atau tak ada aktiviti, mulalah sel2 otaknya bersambung....maka tercetus lah idea nak jalan2 ke Ikea. Kebetulan 2 days before aku ada jenguk2 website Ikea n buat list barang apa yang berkenan. Bila aku buka mulut je cakap pasal barang yang aku nak....terus dia cakap "Jom kita ke Ikea". Sah sewel laki aku ni. Tapi tak pe coz mak suka +___________+



Ini mama punya

Sampai je Ikea, tempat petama yang harus di tuju opkos la foodcourtnya. Nak pusing2 dalam Ikea perlu lah bagi tenaga kat badan dulu.


Aniq n Adam order menu yang sama


Request nak makan nugget n fries je


Apaknya yang punya

Aniq yg punya


Setle beli barang2 kat Ikea...kami terus melencong ke Shah Alam pula. Rasa rindu sangat dengan Shah Alam. Manakan tidak......di sinilah tempat aku belajar, bertatih dalam kehidupan berumahtangga, tempat anak2 membesar....semua itu adalah nostalgia.....



Pergi The Store ....nak mengimbau kenangan masa bercinta ngan Hubby......hahaha makcik2 sangat kan, dating kat sini masa zaman belajar dulu....hahaha


Kita isi perut lagi.....pekena Ani Sup Utara....peberet laki ai ni


Mihun sup for my Kiddos


Set Nasi Sup Campur for Hubby


Amboi abang Aniq...kemain lagi gumbira dapat jalan2 kat Shah Alam....


Adam tak membesar disini......dia dilahirkan di Kelantan, bertatih di Pahang dan membesar di Melaka

Masa kitaorang pergi IKea ni, kakak tak ikut sebab kakak balik bercuti kat kampung...ikut cousin dia. Katanya rindu dgn granny...nak lepas rindu lama2 sikit sempena cuti sekolah.


Apak n telefon tak dapat dipisahkan


Barang yang sempat dirembat di Ikea.


Yang ni memang tak ada dalam list...tapi disebabkan kecomelannya, maka terbeli sudah.

Ada sesetengah barang laki ai dah masukkan dalam store, so malas nak pergi ambil semata2 nak snap gambar. Jadi tengoklah gambar mana yang ada yeee.


Ok tu je dulu cerita yang dapat dikongsi....nanti esok kita sambung lagi yeee.



Jumaat, 20 Jun 2014

MEE BANDUNG MUAR

Rasanya ada yang dh tahu kut yang laki aku ni dah pindah ke Melaka kan?
Suami aku kerja kat Jasin....jadi dah tak jauh sangat dengan Muar tu. So, pernah la dia pergi makan Mee Bandung Muar bila luch hour.

Balik je rumah terus dia riakkan kat aku cakap dia pergi pekena mee bandung muar. Aku cakap la dia tak aci, makan sorang2 tak bawa bini. Terus sentap....coz dh hampir 3 tahun kat sini tapi tak pernah rasa kut. Dia yang baru berapa bulan dah makan....sob....sob...nangis tau. Nasib baik bukan mengidam.

Dia dah janji ngan aku nak bawa aku makan kat situ. Kebetulan weekend bulan lepas kitaorang pergi ke Batu Pahat rumah anak saudara Hubby, actually mereka baru pindah ke rumah baru. So, masa balik tu menyinggah la kejap.


Ini lah kedainya.....bukan restoran mewah....just biasa2 jee.
Pasal makanan aku ulas jap lagi yeee...kita order dulu.


Sementara menunggu makanan sampai, sempat la mata ni melilau tengok gambar yang ditampal di dinding kedai.......Ini adalah gambar orang2 kenamaan dan artis yang pernah datang makan kat kedai ni.


Hubby yang berusaha tunaikan hajat isterinya yang gediks ni.


Muka tanpa sebarang solekan.....suami minta jadi nature beuty....padahal dia tak sanggup tunggu aku bersiap...buat la permintaan macam tu. Kalau ikutkan, andai kata aku bersolek sekali pun...just bedak n lipstik je...aku bukan jenis yang akan pakai bedak berlapis2, blusher dan seangkatan dengannya. Saja je laki aku nak kenekan bini dia ni.



Ini ialah mee bandung yang ditunggu-tunggu. Rasanya bagi aku biasa2 sahaja..
Tapi mungkin siapa penggemar udang, dia akan suka la kut...sebab rasa dia memang very the prawn sangat.
Dan salah satu faktor ialah, bila dah menjadi sebutan....orang pasti ingin cuba..



Kat kedai ni juga ada satay


Rasa kuahnya boleh tahan


Di minum pula bersama teh o ais....hilang terus dahaga.


So hajat dah tertunai sekarang. Andai kata nak pergi sekali lagi ke Muar semata2 nak makan mee bandung rasanya tidak lah. Tapi kalau dah lalu tu mungkin akan singgah lagi. Itu je apa yang aku boleh rumuskan.

Lain orang lain deria rasanya...tak gitu. Jadi aku tak nak komen lebih2. Kalau nak tahu kena cuba sendiri.


Bye...muah2.



Rabu, 18 Jun 2014

KISAH MAKAN....CERITA TERTANGGUH

Ini pun cerita bulan lepas juga. Masa ni hubby baru balik main bola kat Perlis. 
Dah lama tak makan sama2 (padahal baru seminggu), maka kami anak beranak pun kuar dinner kat Pizza.

Banyak cerita yang nak diceritakan...anak, bapa semua berebut2 nak bercerita. Almaklumlah bila lama tak berjumpa...macam2 cerita masing2 nak sampaikan. Marilah kita bercerita sambil makan2....santai sikit.


Peberet anak3


Nampak tak muka insan yang tak cukup kasih sayang...almaklumlah laki tinggal seminggu....gitu la jadinya


Tuan blog yang control ayu.


Me n Hubby....


Anja + gedikss tak sudah


Taukeh yang belanja dinner malam tu...... Insan yang ditunggu kepulangannya.


Anak dara hamba. Cari pula gambar Aniq n Adam tapi tak jumpa. Cerita dah lama tapi baru nak update...gitu la jadinya...semua hilang. Eh tiba2 teringat lagu Najwa Latif lak....Hilang......hilang.....







Tulus Kasih,
Qasih Mama

Selasa, 17 Jun 2014

AKHIRNYA...

Akhirnya.....dapat juga aku update blog. Ni pun bermacam cara aku buat untuk download balik gambar2 yang ada. Sait hati tau. Lama gilsss tak sentuh blog. Windunyaaa....banyak cerita yang terpaksa delay nak cerita. Jangan berlengah masa lagi....meh la akak nak story.

Seperti yang sedia maklum, bulan Mei memang ahkak busy sikit. Kerja bersambung-sambung. Habis satu program, sambung program lain lak.Bila semua kerja dah setle, akak pun bawa la anak2 jalan2. Kesian nengoknya...semenjak mamanya busy, anak3 semuanya tak terurus. Mereka kata bosan bila mama busy. Suami pun asyik duk merungut...sunyi katanya bila akak tak ada kat umah....rasa kosonggggg je. Alololo...anja sangat tau anak ngan apaknya  ni.

Petang tu, hubby dan anak3 ajak kuar makan2. Meh la kita gumbirakan hati mereka pula. Lagi pun bolehla ahkak release tansion sikit. Bila kerja semua dah setle...rasa freedom sangat tau.





Nampak sangat kan???? Ada aku kesah...dah laki aku. Kakak yang tolong snap gambar nii. Anak3 terpaksa terima yang mamanya ni tersangatlah over.


Anak3 buli bapaknya. Mereka minta ahpaknya buat duckface...sekali...ambik kau.....muncung bapa itik yang keluar.


Selesai makan...maka jom la kita bershopping lak.


Masa kami tengak melangkah la bapaknya nak snap gambar...dah gambar tu tak cantik....bergegar.Hmmmmm


Lain kali lau nak ambil gambar, bagi tahu...pandai la kami anak beranak nak posing.
Tapi sayang...posing dah cantik, tapi gambar still bergegar....salah siapa tu???? Abang ni dah kenapa...kena penyakit pakinson ke apa...


Sebelum bayar meh kita posing dulu. Abang Aniq tu dah kenapa....hahahha....macam tak cukup zat je.


Kakak pun sibuk nak shopping barang dia.


Ini opkos akak yang punya.


 Semua ni akak nak letak kat loundry n dining.

Dah setle beli kehendak masing2...kami pun pulang. Dah habis.....

Meh kita sambung buat keja.





Tulus Kasih,
Qasih Mama