Rasanya ada yang dh tahu kut yang laki aku ni dah pindah ke Melaka kan?
Suami aku kerja kat Jasin....jadi dah tak jauh sangat dengan Muar tu. So, pernah la dia pergi makan Mee Bandung Muar bila luch hour.
Balik je rumah terus dia riakkan kat aku cakap dia pergi pekena mee bandung muar. Aku cakap la dia tak aci, makan sorang2 tak bawa bini. Terus sentap....coz dh hampir 3 tahun kat sini tapi tak pernah rasa kut. Dia yang baru berapa bulan dah makan....sob....sob...nangis tau. Nasib baik bukan mengidam.
Dia dah janji ngan aku nak bawa aku makan kat situ. Kebetulan weekend bulan lepas kitaorang pergi ke Batu Pahat rumah anak saudara Hubby, actually mereka baru pindah ke rumah baru. So, masa balik tu menyinggah la kejap.
Ini lah kedainya.....bukan restoran mewah....just biasa2 jee.
Pasal makanan aku ulas jap lagi yeee...kita order dulu.
Sementara menunggu makanan sampai, sempat la mata ni melilau tengok gambar yang ditampal di dinding kedai.......Ini adalah gambar orang2 kenamaan dan artis yang pernah datang makan kat kedai ni.
Hubby yang berusaha tunaikan hajat isterinya yang gediks ni.
Muka tanpa sebarang solekan.....suami minta jadi nature beuty....padahal dia tak sanggup tunggu aku bersiap...buat la permintaan macam tu. Kalau ikutkan, andai kata aku bersolek sekali pun...just bedak n lipstik je...aku bukan jenis yang akan pakai bedak berlapis2, blusher dan seangkatan dengannya. Saja je laki aku nak kenekan bini dia ni.
Ini ialah mee bandung yang ditunggu-tunggu. Rasanya bagi aku biasa2 sahaja..
Tapi mungkin siapa penggemar udang, dia akan suka la kut...sebab rasa dia memang very the prawn sangat.
Dan salah satu faktor ialah, bila dah menjadi sebutan....orang pasti ingin cuba..
Kat kedai ni juga ada satay
Rasa kuahnya boleh tahan
Di minum pula bersama teh o ais....hilang terus dahaga.
So hajat dah tertunai sekarang. Andai kata nak pergi sekali lagi ke Muar semata2 nak makan mee bandung rasanya tidak lah. Tapi kalau dah lalu tu mungkin akan singgah lagi. Itu je apa yang aku boleh rumuskan.
Lain orang lain deria rasanya...tak gitu. Jadi aku tak nak komen lebih2. Kalau nak tahu kena cuba sendiri.
Bye...muah2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan