FOREVER

FOREVER

Jumaat, 27 September 2013

PATTERN SAMA, WARNA DAN SIZE BERBEZA



Aku beli dah lama...dalam bulan puasa hari tu....tgk kat satu kedai tu...berkenan la pula ngan kasutnya cantik n homeeiii sangat. Masa aku nak beli utk aufa tu, aku pun tetiba nak juga...maka belikan lah satu lagi...tapi pilih kaler yang berbeza la...kan tertukar lak...tak pon orang cakap boria la pula khenn? Mak nya perasan muda remaja lagi...maka gedikss la beli juga.




Satu


Dua


Empat



Hahaha...korang tekalah sendiri mana kaki ku...n mana kaki anak daraku...kasutku size 6...anak daraku size 8....baru terfikir nak tukar2 pakai....sekali dia tak sama size daaaaa....




Apa pun tak boleh (*_*)





Khamis, 26 September 2013

MINUM PETANG

Petang hari minggu tak tahu nak buat apa coz laki dah balik Pahang...terasa la pula kesunyian di situ. Maka aku pun sediakan juadah minum petang n ajak anak2 jiran yang main ngan anak2 aku kat depan rumah...kita makan ramai2.


Gorengkan nugget n buat air Ribena


Nugget ayam


Sos n mayonis


Air


Masing2 penat bermain...tgh haus...sedang elok aku buatkan ais....


Sambil makan sambil main....seronok budak2 tu.


Jangan gigit jari tu...tau la sedap nugget mama goreng....chooii....haha overkan?...Setakat goreng je kut...bukannya buat pun.






Ada aku kesahhhh???


Janji aku goreng...hahahaha





Rabu, 25 September 2013

KISAH MALAM MINGGU

Hari Sabtu aku kerja dari pagi sampai petang. Balik umah, rehat n tidur jap...bangun memang dah agak petang....dalam kul 6.00 cam tu. My Laki ajak teman dia siram tanaman kat kebut...layanzzz je. Selesai menyiram bagai...tengok anak2 main depan rumah...kemain masing2 kegirangan....semua kawan2 berkumpul. Oleh kerana Aufa tak ada kawan yang sebayanya kat kawasan perumahan aku tu, jadi dia boring dan mulalah mengajak aku ke taman kat depan tu. Ajak bapak dia, bapak dia malas...tapi bila aku cakap nak teman Aufa....bersemangat pula bapaknya dan temankan sekali. Maka kami ramai2 pun bergerak lah ketaman....dengan anak2 jiran sakali ikut aku. Masa ni dah kul 6.30...so main kat taman tu tak lama sangat lakan...kul 7.00 kami balik umah. 

Anak3 masih tak puas main semuanyaa...masing2 cakap "alaaaahhhh dah nak balik ke?". Tapi sebagai parent of course la ada garis panduan...takkan magrib pun nak main lagi kat tengah padang tu. So aku cakap ngan diorang yang malam ni aku akan bawa diorang main kat Taman di Dataran Ayer Keroh....masing3 terloncat bila aku cakap cam tu. Lepas maghrib, anak3 bersiap semuanya. Hari tu adalah hari kelahiran Adam yang ke-4 sebenarnya. Kami planning nak beli KFC je utk makan kat sana....nak beli kek malam buta cam malas nak pusing la pula...lagipun kami bukannya jenis penggemar kek.


Hampar tikar...kita makan dulu


Anak daraku....aloollolo manisnya buat muka ngada gitu


Big boss tgh pantau anak main....
Bang...lau ai tanya jgn marah tau...U tu dah berapa bulan sebenarnya....pweettt mau mati kena tampar ni


Kat sini best tau...parent pon leh join main skali...outdoor gym
aku tgh tunggu giliran nii...nak tunggu kakak tu turun...aku nak naik lak. tapi mau tak dapat naik lagi ni...nak kena berebut ngan kanak2 rebena la pula...of course la dioarang laju gila berlari. Yang aku pula terkedek2 jalan....sah sah la tak dapat. Mau lepas ni aku tunggu sebelah kakak tu terus...sambil tgk dia main, sambil tengok jam...hahaha gila tak aku. Sah2 kakak tu sambil kayuh sambil nangis...takut kat orang gila disebelah dia.


Yang ni konpem aku tak naik la...bagi laluan kat anak3 je. Lau aku naik gak...aku yakin 100% laki aku tak ngaku ini bini siapa.Mau dia start enjin keta tinggalkan aku sorang diri duk main gelongsor tu. Choiii sangat.


Kat sebelahnya pula tempat air panjut.....ramai gila budak duk mandi...Adam asyik duk perhati jeee. Cuit air sikit2. Nak pegi main,takut mama marah. Yang aku pula tak bawa baju basahan.
Aku dah janji..next week datang lagi n bawa baju basahan utk main kat situ. Diorang seronok jee lau cakap nak bawa tempat ni.


Aku masih disini...menghabiskan apa yang ada....camana nak diet ni...tgk badan sendiri pun aku tak percaya yang itu aku. 


Tiga beranak tgh senaman


Adam n Frog



Mau patah pinggan katak tu anak oiii


Ada diorang kesah...bonceng jeee


Adam yang kegelisahan bila tgk budak lain main....air pula cantik...kejap tinggi...kejap rendah...kejap hilang...kejap kluar....


Tgk je lah


Kakak dibawah lampu hiasan


Adam lau ambil gambar dia, mesti mata pandang lain


Adam n Aniq


Sampai gitu sekali pose nya


Kakak pun nak juga


Peace. Selamat Hari Ulangtahun yang ke-4 buat anak ku Muhammad Syazwan Adam. Moga Kehidupan mu diberkati Allah di dunia dan di akhirat. Aminn


Posing jgn x posing


Mak gegirl n gegirl


Me n Kakak again


Mana satu anak, mana satu mak...cuba teka


Aku dan dia...auwwww lomantik sangat.


Tuan tanah yang over


Blurrr


Main jgn tak main...mainlah sampai muntah


 Cepat la turun mak ngan bapa  nak naik pula ni...


Laki aku gi lepak sebelah air pancut lak sebab nak tgk tv kt screen besar



Kemain anak teruna aku ni


Khusyuk tgk bola


Kat atas tu la letaknya screen besau


Ok....kat tgh2 tu adalah screen...dan dibawahnya adalah gambar bendera malaysia sempena merdeka tempohari...art ini diperbuat daripada pasir yeee kawan2. Ampun kan hamba...hanya ini yang hamba mampu snap....nak ambil gambar tinggi2 supaya boleh masuk semua art tak mampu sebab tuannya kurang ketinggian. 

Ok ....enjoy...




Selasa, 24 September 2013

LANGKAH PERTAMA

Hoiiiiii....lama gila tak update blog....busy yang melanda diri ini....nak jenguk blog sendiri pun tak semmpat. Sehinggalah ada seorang insan itu telah memerliku....bila nak update blog....siap post kat fb lagi tu....kerrrlasss kau kak.

Sekarang ni nak mula dari mana pun aku tak tahu. Rasa macam lama gila tak menulis....dan dah tak pandai dah pun....(ehhh terover pula). Padahal kat ofis tu selalu je menaip surat...tapi takkan blog pun nak tulis versi surat rasmi...gila apoooo. Mau feeening and fitam semua orang bila baca blog aku.

Oleh kerana tak tahu apa nak cerita walaupun cerita bapak punya banyak yang nak diceritakan (see, ayat pun dah tunggang langgang)....meh la kita korek kisah2 yang dah lama dijeruk tapi tak diterbitkan sahaja dulu yeee.

Kisah zaman bila aku lupa tapi yang pasti bukan zaman jepun la....Ini kisah lepas hari raya tempohari.
Paginya rancang ngan Mr.B nak gi nursery kat Sg. Duyong. Tak ada niat nak beli apa2 pun sebenarnya...just nak cuci mata je...and nak servay cara nak buat lanskap jeee. Tapi bila sampai je sana.....syaitooon yang amat jahat itu telah bisikkan ditelinga ini agar beli pokok....mula2 tu ingat nak beli satu je....tapi bila di fikir2 balik...pokok yang aku nak beli tu agak besar...lau nak letak dalam kereta tak muat...tp lau beli banyak, dia boleh tolong hantarkan.....tanpa sempat syaitan bisikkan apa2 kat telinga ni, terus aku buat keputusan beli banyak pokok sekali. Dah alang2 kan. 

Jadi pada hari itu aku pun belilah 2 pokok krismas, 2 pokok kemboja, 2 pokok bongsai, pokok jambu batu, pokok mangga delite, pokok longang...dan lupa apa lagi....kata citer dah lama, haruslah mak lupa.

Dalam duk memilih pokok tu...laki aku pula kata nak sponsor kerusi batu....katanya tempat utk minum petang...aku cakap la kat dia yang aku kan dah beli meja comel yang aku letak kat porch...tapi dia kata itu utk lepak malam2 sambil hisap rokok...takkkan malam buta nak berembun kat taman. So...aku pun tak kisah la dia nak beli janji dia bayar. Aku lak bayar utk pokok2 je. Tongtong duit la aku laki bini....almaklumlah baru je buat open house kan.

Selesai je urusan kat sana, kami singgah pula kat La Boheme beli roti...anak2 request...lapar katanya. Selesai segala urusan maka sampai la kami dirumah. Dalam kul 5.00 petang cam tu, pokok yang kami beli itu pun sampai.

Ingat nak tanam esoknya jeee sebab hujan renyai2 masa ni...tapi oleh kerana laki gueee begitu bersemangat...jadi aku pun bagilah sokongan moral untuknya bergardening. Dalam duk tolong laki menanam tu...pandang jugalah kat rumah jiran kut2 diorang tgk laki bini yang sewel menanam dalam hujan. Sib baik tak ada orang tengok, lau tak mati la aku kena kutuk kat jiran. Kalau tak pasti kuar ayat kat mulut diorang..."INGATKAN OK, RUPANYA SEWEL LAKI BINI TU"


Pokok pertama telah berjaya ditanam


Inilah kerusi batu tu...WARNA ADALAH PILIHAN BERSAMA


Perasmi telah datang untuk mrasmikan kerusi tersebut


Pokok kemboja pilihan hatiku


Mandur tengah memerhatikan pekerjanya membuat kerja


Bos besar dah datang...nak buat pemeriksaan. Siap peace lagi tu...maknanya ok la tuuuu


Waktu ni hari dah mula nak gelap...gila syco kami laki bini menanam sampai ke waktu maghrib



Pandangan dari arah dapur basah......langkah pertama kami dalam usaha nak buat landskap rumah. Kami memang tak nak gunakan khidmat designer landskap sebab kami nak biarlah bermula dari awal...sikit demi sikit kami buat sendiri. Baru rasa kepuasan di situ. Tanah ni luas...banyak lagi benda yang perlu dibuat untuk menjadikan ianya landskap sebenar. Tak apa, kami akan usahakan sikit demi sedikit mengikut kemampuan. Dalam kepala ni macam2 dah fikir...nak buat apa,camana...tapi ongkos belum mengizinkan.

Harap semuanya akan jadi kenyataan suatu hari nanti. Aminnnn.