FOREVER

FOREVER

Khamis, 5 September 2013

BASIKAL BARU UNTUK ANAK3

Kesian sungguh kat anak3 aku ni....semenjak pindah Melaka, diorang terperap je dalam umah...nak main basikal, basikal lak rosak. Lagipun masa kami tinggal kat umah sewa tempohari, kawasannya tak selamat untuk anak3 bermain.

Bila dah pindah umah baru ni rasa selamat la sikit sebab rumah yang kami pilih ni jalan mati, jadi tak sibuk dengan kereta yang lalu lintas...lagipun kat sini kawasan berpagar dan ada security. Bapaknya bercadang nak la baiki basikal yang ada tu....bila tanya kedai harganya agak mahal...lau tambah sikit je lagi dah boleh dapat basikal baru....so laki aku pun putuskan beli yang baru je terus...lagi senang.




Tiga biji basikal untuk 3 orang anak...melayang duit.
Lau beli satu nanti berebut dan dengki lak...jadi 3 adalah lebih adil.
Yang Purple untuk kakak Aufa, Oren Abang Aniq punya dan Hijau Adik Adam yang punya.


Posing depan basikal.... basikal ni dibeli dalam bulan puasa, seminggu sebelum balik raya rasanya.


Sebelum pegi sekolah naik basikal, balik dari sekolah...buka je pintu kereta...terus meluru kat basikal...ini dah tahap addic anak aku 2 oarang niii. Kakak ok jeee...ada masa dia nak naik dia naik...tak de lah sampai buka je pintu grill rumah terus pegang basikal.

Anak lelaki la katakan.......................






Tiada ulasan:

Catat Ulasan