FOREVER

FOREVER

Jumaat, 29 Ogos 2014

DINNER BERASINGAN

Minggu lepas laki aku cakap dia balik keja lambat sikit coz dia nak pergi makan ikan bakar ngan geng pensyarah kat tempat keja dia. Nak makan ikan bakar kat Alai katanya. Sedih....terpaksa dinner ngan anak2 je la malam tu.

So, malam tu aku bawa la anak2 makan kfc kat Tesco. Aku ni jarang drive malam2.....nerbes mak tau.


Tengok....sedih kan....ini je makanan kami malam tu. Dia kemain lagi berbakar bagai....terus terbakar hati mak yang sensitip niii.


Kakak cakap suruh ambil gambar diorang n hantar kat abah....bagi abah dia rasa bersalah sikit....hahaha
Mak borek, anak rintik.


Adam suruh ambil gambarnya tengah makan. Siap nganga luas2 lagi. Pandai budak kecik ni lau bab berlakon.


Abang Aniq lak siap menjilat jari....semua ini poyooo.


Hakikat yang sebenar...muka kesedihan sebab dinner tanpa bapa di sisi. Oh ini memang aku yang lebih2kan cerita....padahal mereka ok jeee. Lagi pun bapanya memang jarang2 sekali kuar melepak dengan kawan2 bila habis waktu bekerja....so biarkanlah dia dengan dunia jarang2 sekali. Tapi kalau hari2.......aku akan bertukar menjadi singa jadian.


Ini dulu yang habis....wadges


Mama tak lalu makan lau suami tiada disisi....tengoklah hanya makan secubit jeee (sila jangan percaya yeeee....hehehee)


Ini gambar yang kawannya hantar kat moment wechat.....laki ku tengan tersadai kekenyangan.... licin semua pinggan. Terus bawa hati.......ajak anak2 pergi kat kedai baju....maka terembatlah dua helai dress dan dua helai baju basahan. Baru puas hati dan hilang sakit hati. Hahhahaa....penyakit sawan menyoping dah datang.


Oleh kerana semalamnya dia dah makan dengan kawan2...malam esoknya, dia bawa aku n anak2 makan kat restoran seafood...dinner together-gether. Nak hilangkan rasa bersalah la tu....

Hari ni dia pergi berkursus selama 3 hari di Perak. Tapi dia janji bila dia balik, dia akan bawa kami makan ikan bakar tempat dia makan hari tu.
Bang...u jangan nak buat lupa yeee...balik ni ai tuntut janji tau. Simpan sikit space memori tu untuk janji yang u dah cakap ni....jangan nak penuhkan dengan ilmu berkursus tu yeee.

Alamak.......bermulalah episod kesunyian dalam episod hidup ai selama 3 hari ni.....oh sedeeeehhhnya. Bang...I Love U.....Take care...I Will Always Miss U. 

Anja sangatkan. Hehehehe.


Tulus Kasih,
Qasih Mama





Khamis, 28 Ogos 2014

KURSUS 2 HARI 1 MLM

Hari Ahad dan Isnin baru ni aku pergi kursus kat Shah Alam.Waaaaahhhh lama gilllsss aku tak outstation cam ni....rasanya semenjak pindah ke Melaka. Ialah,sebelum ni aku n anak2 je yang pindah....bapaknya belum lagi. Oleh kerana bapanya dah dapat pindah n stay bersama macam dulu....maka omaknya boleh la outing. Anak2 aku tinggalkan dengan apaknya je.

Masa nak pergi...aku dah maklumkan kat anak2 dua minggu lebih awal. Tapi boleh dikatakan hari2 mereka tanya bila mama nak pergi kursus? Kenapa mama kena pergi? Ai is rimas ok. Masa dah dekat dengan tarikh....Si Aniq tanya memang perlu ke mama pergi? Kalau tak pergi boleh ke? Aku tanya la kenapa? Dia cakap nanti kami nak makan apa? Abah tak pandai masak. Aku cakap abahnya tak pandai masak tapi pandai beli makanan bermasak....dont worry...takkan kebulur punya. Tapi mereka tetap tak puas hati...tak bagi aku pergi gak...alasan lainya ialah nanti tak ada orang nak ajar mereka buat homework....aku cakap la bapanya pun pandai gak...masuk universiti cam mama gak. Last2 mereka terpaksa redha....dalam keberatan. Alahai anakku .....jangan nak anje2 sangat lah...mama pergi berkursus je pun...bukan pergi berperang...lagi pun satu malam je...bukan satu bulan. 

Maka berangkatlah aku seawal kul 8.30 pagi. Sebelum pergi...aku dah siapkan nasi goreng dan telur dadar for them untuk breakfast. Aku pesan kat Hubby jangan lupa bagi makan kat anak3.


Masa aku sampai, sesi kursus baru bermula.


Sebelah petang selesailah kursus Profesional Learning Fasilitator. Conpem lepas ni boleh jadi penyampai yang baik. Student dalam kelas konpem tak tisdoooo. Hahaha....So macam biasa....habis jee program sesi bergambar. Cuba cari ahkak duk tang mana. Yang baju berjalur memanjang lah......yang gediks tuuu.


Malam tu ahpaknya cakap nak bawa kiddos makan. Dia wasap gambar anak2 kat aku. Takut aku cakap dia dera anak dengan tak bagi makan la tu. Itu yang hantar bukti bergambar. Baru ai niat nak saman tadi....huhuhu bajet retis sangatkan...nak saman menyaman dengan laki sendiri.


Kemain korang yeee...mama tak ada makin happy nampak. So yang merayu mama jangan pergi hari tu...cuma berlakonlah yeee. Hipokrit sangat tau. Lau macam ni mama pergi sebulan la....wawawawawa.


Yang si kenit ni sah kena dera kat bapak...nampak sangat kebulurnya....sampai phone pun nak telan. 
Malam tu aku n rakan sebilik kuar gi makan kat SACC Mall. Makan kat Restorant ala2 Vietnam gitu makanannya. Tapi kami tekak melayu....tetap order yang biasa tekak ni telan.


Mas punya ....kuey tiew kngfu...pun sedap


Yang ni aku tak rasa...coz aku tak berapa suka


Yang ni aku tak tahu namanya apa...tapi rasanya sedap dan uniq.....pisang yang digoreng dengan prawn dan disaluti tepung dan biji bijan


Yang ni aku punya....Hehehe...orang nak diet haruslah mencekik nasi malam2 buta...hahaha


Lepas makan menyesal gila...bukan sebab tak sedap...tapi sebab telah melanggar azam tak nak makan nasi malam.



Suasana restoranya


 Fresh orange + Asamboi


Paginya pula...sebelum meneruskan kursus pada hari yang kedua...aku breakfast dulu kat hotel. Aku ambil jus oren n susu segar


Mihun sup...yang ni tak berapa sedap....mihun dia agak keras.


So meh kita cari yang lembut...senang sikit nak hadam....bubur nasi. Sedap.


Setle makan...meh la kita meneruskan sesi berkursus kita...


Makin banyak kulit gula2 atas meja....hahah...nak hilangkan ngantuk.


Akhirnya....selesai sudah berkursus. Hari ni ai jadi manusia yang paling ayu....eh terpuji diri sendiri lak.



Sekian kisah berkursus....


Tulus Kasih,
Qasih Mama

Jumaat, 22 Ogos 2014

BBQ @ KAMPUNG

Kalau tak silap aku....program berbbq ni kami sekeluarga buat pada malam raya ke 3. Raya kali ni tak semua adik beradik aku berkumpul...ada yg raya kt JB, ada yang raya kat Serawak. Tapi walau apapun acara makan2 ni berlangsung dengan meriah. Nasib baik anak2 seudaraku ramai....jadi riuh juga lah dengan kerenah dan telatah masing2. 


Step pertama, nyalakan arang dulu. Yang baju hitam n merah tu anak kakak aku. Yang baju belang tu lak anak dara aku. Nasib baik anak saudara semuanya dah besar panjang dan boleh diharapkan. Kalau nak harapkan mak saudara dia yang voque ni yang nyalakan api....maka esok pun belum tentu ayam tu masak.


Me yang berbaju pink tu...yang tak pakai baju tu tak tahu la laki siapa???? Opppssss



Masing2 dah start tunggu ayam bahagian peberet masing2. Yang cepat habis opkos la kepaknya.


Masa ni lampu kat bahagian porch tak ada....tu yang agak gelap sikit.


Ni ialah makanan yang terakhir dibakar...iaitu telur. Adik aku cakap telur bakar sedap. Macam2 korang ni tau. Dah aku terjebak sekali makan telur ayam bakar. Rasa dia macam telur ayam rebus gak....cuma agak kenyal sikit.


Masa duk tengah bakar ayam, memang lupa nak snap. Lagipun mana sempat nak snap...asal masak je...hilang....asal nampak isi ayam keperangan jeee.....penuh pinnggang kat tepi yang duk menunggu. Last2 ini je lah yang sempat di snap. Ini pun sebab mereka dah kekenyangang.

Nanti kalau balik ramai2 macam ni...dan dapat berkumpul semua adik beradik, nak buat makan2 lagi la. Nanti boleh masak sama2...makan sama2....heppy sangat....terutama kidoos.


Aku yang ingin happy sokmo....


Tulus Kasih,
Qasih Mama

Rabu, 20 Ogos 2014

LAUNDRY

Masa hari minggu bulan puasa....banyak aktiviti goyang kaki berlaku. Ye lah...biasanya bangun je pagi2...terus bersilat kat dapur. Kul 10.30 pula continue bersilat untuk hidang makan tengahari lak. Tapi bila masuk je bulan puasa....aktiviti di dapur terhenti sekejap. Bila petang baru aktiviti bermula.

Bila dah tak tahu apa nak buat...mula la aku buat susun atur. Nak hilangkan rasa boring benornya. Dah setle membasuh, mengemop dan mengemas...aku buat susun atur kat bahagian loundry umah lak.


My laundry memang duk kat bahagian dapur...yang pintu hitam bercorak putih itu adalah stor


Pandangan tepi......aku buat kawasan laundry ni menghala ke wet kitchen. Kat wet kitchen tu aku letakkan sidaian yang melekat kat dinding. Sedang elok masa gambar ni di snap, aku baru je selesai sidaikan pakaian sekolah anak3. Plan tempat nak letak mesin basuh ni memang aku yang design awal2 semasa nak buat renovation dulu. So kontraktor dah siap2 la buat paiping dan wiring.


Para hitam tu aku beli kat Jusco. Harga dah lupa tp rasanya dalam RM50 je kut. BAkul putih lak beli kat Ikea harganya ialah RM9.90. Pemasangan para ni opkos la my cinta hati beta yang buat. Asalnya laki aku dah minta Taukeh cina aluminim datang ukur masa dia datang pasang pintu kabinet (bahagian oven n microwave..... Pasal yang tu nanti aku cerita next episod ye). Tapi aku cakap kat laki aku tak payah la nak membazir sangat....guna para pun cantik n senang sikit nak ambil barang...tak payah nak buka tutup. So niat tu kita kuburkan je lah dulu ye. Tunggu adinda terbuka pintu hati nak buat kabinet, baru kita gali balik niat tu.


Nak naikkan seri kat kawasan ni, aku lekatkan board frame dan frame gambar.


Kat atas para lak aku susunkan keperluan membasuh. Simple je kan? Tapi yang pasti hiasan bunga tak boleh dilupakan. Bunga hiasan ni aku beli kat kaison. Ini pun murah gak....rasanya dalam RM 2 lebih je kut setiap satu tu.



Ok ni ialah frame board yang aku buat


Frame kaca  dan Frame gambar yang berbentuk baju tu aku beli kat kaison gak. Saje je aku beli frame baju comel sebagai simbolik tempat laundry area aku n family....sweet kan. Eppppsss...jangan korang nak muntah ye bila aku puji diri sendiri. Macam la korang tak pernah puji idea sendiri.Hehehhee.


So maka wujudlah small laundry kat umah aku. Simple but sweetttttt....hahaha jangan pandai2 nak bagi kutukan atas pujian ku tadi.
Kawasan ni pun tetap bertemakan hitam putih.


Itu jelah cerita about my laundry area.


Ok lah uolllsss....ai nak sambung buat keja jap. Nanti esok kita membebel lagi ye.


Bye.



Tulus Kasih,
Qasih Mama






Isnin, 18 Ogos 2014

BLUE AREA

Cakkkk.....Bertemu lagi kita.
Sementara mood ok untuk membebel ni...marilah kita menulis. Hari ni akak nak kongsi Blue area umah akak. Kenapa akak namakan blue area.......jeng.....jeng.....jeng. Tak suspen pun. Hahaha.



Ini lah yang akak panggil blue area. Karpet tu asalnya akak letak kat ruang menonton. Karpet ni akak beli kat Nilai 3. Bulunya tebal, lembut dan susah tercabut. Lukisan tu memang dah sedia ada digantungkan di sini sejak mula2 pindah setahun yang lalu. Kerusi tu baru beli. Material kainnya akak pilih warna blue terqoise....sebab nak suai padankan dengan karpet dan lukisan.


Pandangan keseluruhannya. Eh tiba2 ada orang main nyorok2 lak bawah kerusi tu.anak siapa lah tuuuu? 
Bila diamati....masih nampak kurang seri di situ. Nak tahu apa yang akak buat???? Hehehe...malam tu juga akak ajak hubby pergi ke Romantika beli bunga.


Bunga yang menjadi pilihan...tapi aku touch upkan dengan bunga blue turqise...baru lah match sikit ngan area ni.


Boleh la kan....aku bukannya terror sangat bab menggubah ni...boleh la daripada tak ada.


Tadaaaa....akhirnya siap sudut blue area aku. Perabut masih gunakan basic putih, cuma digabungkan dengan warna biru agar nampak segar dan tenang di situ. So area ni adalah salah satu titik tumpu kat rumah aku kerana buka je pintu utama, area ni dulu yang mereka akan pandang.

Inilah tempat aku n hubby mengeteh.


Bye....akak nak sambung kerja jap. Nanti kita update lagi yeee.



Tulus Kasih,
Qasih Mama

Jumaat, 15 Ogos 2014

LAMAN RUMAH YANG TAK SEBERAPA

Amboiiii tajuk.....
Laman bagai. Walhal aku nak panggil laman ke semak aku sendiri pun konpius. Apa pun meh la kita layan beberapa keping gambar laman @ kebun bunga syok sendiri.


Masih pokok yang sama di tiang rumah ni....cuma aku letakkan batu putih untuk naikkan seri.


Ini un pokok yang sama.


Kat tepi sebelah kiri rumah, aku letakkan 2 jenis pokok yang diselang selikan.
Dibawahnya aku letakkan sedikit batu2 putih.
Nama pokok tak payah nak memandai2 tanya akak tau....sumpah akak tak tahu.



Di sudut depan sebelah kanan rumah lak akak letak  pelbagai jenis pokok berdaun dan berbunga.
Pun dihiasi batu putih juga di sekelilingnya.


 Di pagar pula...akak gantungkan pelbagai jenis ros jepun atau pokok bunga pukul 10 orang panggil.


Ada 12 biji pasu yang dihiasi oleh 12 jenis ros jepun kesemuanya. Pelbagai warna dan bentuk. Amboiii....dah macam pengacara rancangan laman ni. 


Cantikkan???....Ini adalah pokok Ros Jepun yang ditanam dalam pasu panjang dan dicampurkan 3 kaler.
Yeeee...mak syuka syangat....Happy bila semua pokok dah berbunga....hasil titik peluh air tangan sendiri.


Nampakkkkkkkk......................


Tengah gugle cara nak deko laman ni...idea dah ada macam2 tapi fulus yang tak ada....sedehhhhhh. Tapi tak apa....kita buat perlahan2 ......sikit2 lama2 jadi bukit...tak gituuu.


Yang suka membebel....

Tulus Kasih,
Qasih Mama