FOREVER

FOREVER

Khamis, 13 November 2014

BUDAK KACA MATA


Tengah aku lepak2 dalam bilik dengan bapaknya....ada la budak dua ketul tu datang mengacau. Saje je korang ni...tak boleh tengok mama nak beromantik sikit. Si Adam selalu tegur bila kami berdua dalam bilik sambil peluk2...dia akan cakap " OOOO MAMA SEDANG BERCINTA EEEEEKKKK". Gitu la kekdahnya perangai anak2 aku ni.


Ok berbalik kepada kisah anak2. Cerita last week. Lepas maghrib kami kuar dinner. Setle makan, sempat lagi Adam request main mainan...dah la nak cepat coz abang Aniq ada homework yang perlu disiapkan. Tapi layan je la dulu sikenit ni main satu round. Apa yang best pun tak tahu....duduk atas binatang tu sambil terhangguk2.


Sila abaikan gambar bersepah kat bawah tu yee....kat bawah katil ni ekceli aku hamparkan karpet tempat untuk solat...tapi Aniq nak buat homework dalam bilik mama...so hamparkan toto untuk dia...bagi selesa sikit meniarap kat situ.


Tgh buat homework...Aniq jumpa spek bapanya kat atas lantai..terjatuh agaknya. Terus dia pakai. Dia tanya hensem ke.....selamberrr je Si Adam jawab...tak hencem sangat sebab abang hitam...macam budak india kat depan gate tu je. Hoiii...mengamuk la kawan dengar.


Tengok la tu kelatah Si Adam menyakat abang dia kat belakang.


Dia kata...meh Adam pula yang pakai. Mama, hencem kan Adam...macam cina kan....sebab Adam putih tak macam abang. Hoi.....tak sayang mulut......berombak je dada abang tu bila pandang dia...kecik besar kecik besar.


Siap posing lagi tu bila tengok aku pegang phone nak snap gambar.
Nak redakan keadaan .....Aku cakap Adam ecem macam apek yang jual sayur tu....Terus masing2 gelak terbahak2. Tak jadi abang nak marah. Perasan betul yang seketul ni. Dah la mulut tak ada insurnce. Lau nak cakap, main belasah jeee.

Boleh satu hari tu masa atas kereta dia cakap tuhan tak sayang kat abang sebab abang hitam. Ni gara2 bergaduh dan berlawan mulut ngan abang la. Terkedu abang dengar...nak marah tak jadi...terus gelak.

Macam2 tau budak-budak ni....
Yang pasti, mereka lah penyeri hidup.....kami.
Mama sayang kamu sampai bila-bila.









Rabu, 12 November 2014

MOOD RAJIN # JUADAH MINUM PETANG

Minggu ni akak rajin sikit...boleh dikatakan everyday akak sediakan juadah minum petang utk keluarga. Thats why la akak tak ada masa nak update blog...busy memasak (relevant sangat kan alasan ini...kuikuikui).

Bukan apa...akak rajin coz skrg ni akak balik awal sikit sebab anak2 akak tak hantar ke sekolah agama...almaklumlah baru habis exam...ponteng la jarang2 sekali. Oleh yang demikian, (ayat nak tulis karangan sekolah sangat dah ni) maka akak sempat la main masak2 kat dapur tu haahh.

Antara juadah this week.....



Ini menu semalam....request dari apaknya....egg salad bread...helth menu katanya...


Yang dah siap........yang ni versi cun sikit.


Keropok lekor...for me n kiddos


Lama bebenor dah akak teringin nak makan keropok lekor Terengganu....akhirnya dapat juga merasa. Kawan yang tinggal kat sana bagi. Sedap...terangkat...licin.


Yang ni sah2 for kiddos.


Yang ni Isnin punya menu...mee goreng.



Ok , tu je akak nak story hari ni. Lau rajin nanti petang akak update lagi. Pagi ni terajin sikit ni pun sebab perut lapar. Aku ni jenis yang tak boleh lapar...mula la nakcari makanan, paling tidak pun gambar makanan. Bila dah digodek2 dalam telefon...terjumpa la gambar2 ni...terus blog pun terupdate. Lapoorrr punya pasal.


Ok bye uoolllsss. Nak gi tapau makanan jap,




Tulus Kasih,
Qasih Mama








Isnin, 3 November 2014

PAMERAN STUDENT.... PROJEK FINAL YEAR


Lepas breakfast, aku n the gang singgah jap kat Dewan (dalam kampus je)....tujuan nya nak tengok hasil kerja dan kreativiti student art n design.

Ada yang woww dan ada yang biasa2 je. Walau pun aku tengok biasa2 je...tapi aku tetap tak boleh nak buat seperti yang mereka buat....sebab ni bukan bidang aku. Mereka memang berbakat.

Barang2 yang dinilai ni boleh di beli setelah lecturer mereka buat penilaian tapi aku datang ni just nak bagi support kat pelajar2 dan pensyarah mereka. 


Parent pun ada datang.


Macam2 ada. terkagum kagum aku. Kreatif sungguh depa ni.


Ke bahagian fotogafi pula.
Model tu ialah sahabat aku. sila abaikan yeee. Hahahaha


Lau nak ikutkan, banyak section lagi...tapi aku tak ambil gambar. Nyesal pula tak ambil gambar kat bahagian lukisan....cantik2.


Ok itu dulu lah Kak Jah bebel untuk pagi ni. Lau ada kerajinan, Kak Jah update lagi yeee.


See u soon.






Tulus Kasih,
Qasih Mama