FOREVER

FOREVER

Khamis, 16 April 2015

Hahahaha...saje nak tayang apa yang aku masak weekend baru ni.....
Hari Ahad laki akak kerja...kena jaga exam. Pagi tu aku just buat breakfast ringkas untuk anak2.



Nasi goreng sosej in the house


Tengahari aku masak campak2 je. Habiskan lauk pauk yang ada dalam freezer.
Ikan goreng, goreng kicap sotong, tempe goreng dan sayur kubis goreng. Done. 

Makanan simple dimple cam ni la yang buat aku makan bertambah-tambah. Alahaiiii....macamana la nak kuyus lau macam ni. Kena muhasabah diri ni.

Dah...gi sambung buat kerja. Akak nak verangan kurus jap yeeee....






Tulus Kasih,
Qasih Mama






Rabu, 15 April 2015

TERJEBAK DENGAN TUDUNG ADIJUMA


Wah....ayat terjebak tu yang tak menahan. Padahal beli bukan banyak pun.

Ini kisah Hari Sabtu. Hubby nak gi repair handfon kakak yang rosak tiba2. Tak boleh nak on.
Oleh kerana masih dalam waranti, maka kami pun pergi la ke Maydin Ayer Keroh sebab kami beli telefon tu dalam shop lot yang ada kat bangunan Mydin tu.

Suami ke kedai telefon manakala aku pula meninjau kain baju kat situ. Rambang mata kejap aku tengok. Dah la cantik2, harga pula  munasabah dan mampu milik. Duk aku asyik2 memilih baju kerja, suami aku cakap ada butik Adijuma kat situ...tapi kena ambil nombor giliran nak masuk dalam tu. Dia tanya aku nak ke tak...aku of course la cakap nak....tapi abang gi ambil nombor dulu, bagi saya pilih baju jap.

Aku minta laki aku yang belanja. Dia bagi duit kat aku, katanya pandai2 la pilih nak yang mana. Horeee...mari kita tepuk bintang.

Dah setle beli baju...maka gigihla aku beratur sebab nak masuk kat Adijuma Boutiq tu. Aku beli tak banyak pun....just 3 helai je. Kat rumah dah ada dua helai...itu pun laki yang beli buat hadiah. Hahahha.....lau harapkan aku memang aku tak beli la. Dia yang perkenalkan kat aku tudung Adijuma ni. Dah aku terjebak nak beli lagi sebab best bila pakai...terletak je rasa.


Ini adalah hasil tangkapan pada hari tu. Suami aku cakap, duit dia nak belanja beg Bonia untuk aku, dia kena kurangkan sebab dah belanja aku beli kain baju.....huwaaaa....ini sungguh tak adil.

Nak juga beg dan kasut Bonia. Please...please...please....sayang. Tunaikan lah hasrat dan keinginan isterimu ini.


Ikhlas, Dari isterimu yang bajet comel. Hahahaha.






Tulus Kasih,
Qasih Mama





Selasa, 14 April 2015

LUNCH WITH MY KIDDOS


Semalam kakak Aufa tak sekolah ...sakit kaki katanya. Sabtu dan Ahad lepas dia mengikuti Kem Motivasi yang di anjurkan pihak sekolah. Balik dengan gembiranya tunjuk kat akak dia dapat hadiah pelajar/ peserta terbaik. Bangga kejap mak kau.

Tapi........yang tak bestnya, hari Isnin tu merengek minta cuti ngan mama...alasannya sakit kaki, tak boleh nak jalan. Apa lagi...ahkak bagi la turpedo satu das....

" Pergi kem motivasi, ingat bertambah la motivasi dan kerajinan dalam diri...alih2 minta cuti lak. Tak berbaloi pergi tau  ... jangan nak manja sangat la kakak oiii setakat sakit kaki je......bla...bla....bla......(macam2 lagi la yang aku bebel". Habis cerita aku zaman kanak2 ribena aku ungkit. Biar aku pula yang bagi motivasi. Bagi dia terkagum sikit dengan sejarah kehidupan mamanya ni.

Tapi dah namanya mak....anak merenget sakit, minta cuti....tak sampai hati pula nak paksa. Manalah tahu dia sakit betul2.

Dah tengahari tu aku bawa dia gi klinik. Dah alang2 keluar, aku bawa Aniq dan Adam sekali. Sementara menunggu nombor giliran, kami pergi mencekik KFC kat depan klinik tu kejap.


Aniq baru balik dari sekolah waktu ni....terus makan lunch KFC. Habis dua ketul dak ni makan.


Dak kecik ni makan wedges dan ayam seketul pun tak habis.

Orang sakit makan habis dua ketul ayam dan ayam adam yang tak habis pun dia yang tibai. Hebat sangat dah anak aku ni lau bab makan.
Dia kata kaki je yang sakit...mulut tak sakit. Cissss alasan kau tu je kak. Tak yah nak kelentong mama la. Mama ni dah lama makan garam dari awak.

Dah setle makan, kami terus masuk ke klinik. sedang elok duduk tak lama je, nama di panggil.
Aku pun cerita la pasal kaki anak aku yang sakit ni....Nak tahu Dr. cakap apa?
Dia kata kakak ni kena diet sikit.....baru la kaki tu tak penat sangat nak tampung berat badah. Kah...kah....kah....kan dah kena.


Ok itu je aku nak cerita ari ni. Bye.




Tulus Kasih,
Qasih Mama




Jumaat, 10 April 2015

MENGEMAS RUANG MENONTON

Hari minggu yang lepas, kami tak kemana-mana...jadi misi mengemas rumah pun bermula la.....boring punya pasal.

Bulan Feb ari tu ajak suami gi beli karpet kat Mydin. Nak gantikan karpet tebal yang aku letak kat ruang menonton. Tak larat nak vakum weehh....Kat situ kan tempat kami melepak dan menonton. Sah-sah la akan merangkap tempat mengunyah. Dah la karpet tu berat nak mam. Lau aku nak angkat sorang memang tak la...kena berdua dengan Hubby baru boleh angkat.

Dari menyeksa diri, aku decide nak beli karpet yang senang nak dikebas2...tak payah nak vakum bagai. Nak angkat seorang diri pun senang. Tak payah berperang dengan hubby nak minta tolong dia.

Mula2 misi memujuk encik somi,....setelah persetujuan dibuat,....misi carpet hunter pun bermula. Hahahaha. Kojo nak habiskan duit jo kan.???


Kedudukan masih tak berubah....cuma akak letakkan bean bag kat situ seketul.....buat tambahan kerusi untuk menonton. (Sila abaikan model yang tengah tengok tv tu)


Akak juga tambahkan meja bulat putih tu kat sebelah kabinet tv. Tempat asal adalah diruang tamu.



Oleh kerana kat ruang tamu dah letak meja comel dari ikea...maka meja bulat ni pun terpaksa la dialihkan ke sini pula.  Actually meja ni akak dah beli lama dulu dlm RM 60 lau tak silap. Tapi tetap kukuh sampai sekarang. Sayang ...dah lama dia berbakti....dah 10 tahun.


Ok berbalik kepada ceri karpet tu.....inilah pilihan ku setelah dibuat perbincangan bersama.
Karpet ni lembut sangat bulunya....karpet ni ialah 3D style. Corak stone yang timbul. Asal akak nak pilih light grey....tapi bincang punya bincang, kami putuskan warna hitam je la. Bukan apa...lau warna cerah2 ni...takut tak sampai satu hari dah ada tompok2 tahi unta. Almaklumlah tempat menonton dan mengunyah. Hitam pun hitam lah...janji mata akak tak jadi julung tengok kesan kotoran kat karpet. Tak pasal2 nanti stress pula asyik nak kena basuh karpet.

Dan kalau perasan.....kusyen tempat duduk juga telah berubah corak. Akak dah balut dengan kain.
1. Nak tutup kesan terkopek setelah dua tahun digunakan.
2. Nak alas bagi badan selesa bila baring....sejuk dan tak panas.


Ok....ini gambar lama....masa pakai tikar evamatik...sebelum tukar karpet bulu panjang, tebal dan berat.

Sekarang tukar sekali lagi....kepada yang bulu pendek, lembut, dan tak tebal sangat. Akak suka.

Akhirnya misi mencari karpet tercapai.

Ok. Itu je cerita untuk hari ni...

Lau ada kerajinan yang lebih, kita jumpa lagi yee.




Tulus Kasih,
Qasih Mama




Khamis, 9 April 2015

MASAK-MASAK DI HARI MINGGU


Weekend baru ni kami tak merayap kemana pun. Tak ada misi jalan2 cari makan. Hari Ahad bapanya kerja.

Jadi, misi kali ini ialah masak2 di dapur. Pagi2 lagi anak-anak request nak makan makaroni goreng....
Meh mama tunjukkan kehandalan memasaknya.

Tadadaaaaaa....



Makaroni goreng bodoh2 je. Main campak apa yang ada dalam peti ais.



Tengahari pun masak yang simple dimple jeee
Ikan goreng, gulai kari ayam, kerabu goreng jantung pisang. Done


Hari Isnin akak masih continue cuti coz Adam demam.
Tengahari tu masakkan ketam gulai lemak kuning. Hubby punya peberet ni.



Ok, itu je cerita masak2 akak di hujung minggu ye. Nanti kita ketemu dilain siaran yaa...



Tata..titi...titu..



Tulus Kasih,
Qasih Mama

Khamis, 2 April 2015

PERASAN CINDERELLA SANGAT


Hari Ahad petang kami anak beranak ke Jusco. Jalan2...makan2.

Dalam duk berwindow shopping tu....ternampak la satu fotobooth kat ruang legar...
Anak dara akak ajak tangkap gambar. Mamanya yang sememangnya rajin melayan ni pun ikutlah.


Kasut Cinderella in the Jusco yoo!!!


Kakak dan Abang nak bergambar dengan kasut. 


Zoom in my kiddos


Mana boleh anak3 je bergambar...mama pun nak hokey....nak bayangkan tengah jadi cinderella yang naik kereta kuda untuk ke majlis tari menari di raja...aouuwww lempang 4x baru sedar diri ni.



Hahaha...anakku yang jakun...tak pernah naik kereta kuda.


Wanita melayu terakhir mana la...yang berada didalam kereta kuda itu.....


Setle bergambar...(amboii ayat...macamla bergambar untuk majalah)..kui...kui...kui
Adam request nak makan sushi..
Dia ni memang hantu sushi...dia lek je habiskan semua tu.


Dah habis window shopping...kami pun balik la....
Itu je la aktiviti kami hujung minggu ni. Tak buat apa2 pun.




Tulus Kasih,
Qasih Mama






Rabu, 1 April 2015

IKEA OH IKEA...



Last week member akak nak ke ikea. Dia ada offer sama ada akak nak kirim barang tak...apalagi, lompat bintang la akak.

Akak memang ada niat nak ke sana, tapi tengah bulan ni....lambat lagi la. Akak pula jenis bangsa yang tak boleh sabar....tetap nak kirim walaupun ada niat nak ke sana.

Hari Ahad tu terus gi ambil barangan yang dikirim kat rumahnya. Terus balik rumah minta hubby pasangkan. 




Akhirnya.....
siap sudah lakiku pasangkan...dandan tu juga akak buat susunatur.
Meja putih, frame gambar, botol, 2 kuntum bunga dan lilin merah tu...all from Ikea.
Comelkan? Kan? Kan?



Yang ni pula meja yang kedua.... Meja from Ikea, Pasu merah tu from Daiso, Eifel Tower from Hinode Shope...bunga from Kaison....buku2 dalam koleksi peribadi dan mainan tu Adam yang punya...hahaha


Ini pandangan sebelah kiri


Dan ini pandangan sebelah kanan


Atas meja panjang lak....


Pasu bunga putih yang besar from Ikea, bunga from Romantika dan pasu yang kecil dua ketul tu pula from Kaison.


Tulisan dalam frame tu pula akak ceduk from tenet. Bila laki akk balik je...terus berlari anak tunjuk kat laki kata2 dalam frame tuuuuu.....lepas tu dia cakap...siapa yang tak percayakan siapa sebenarnya ni...terus akak sentap masuk bilik...hehehhe. Ok itu tipu.

Ini lah hasil deko-deko hujung minggu....


Ok. Selamat berdeko semua.



Tulus Kasih,
Qasih Mama