FOREVER

FOREVER

Selasa, 27 Januari 2015

DI SAAT SENDIRI BY DADALI...................LAYANNN LENTOK JAP

TUKAR TAYAR KERETA


Hari Sabtu lepas, sebelum suami berkursus, dia ajak teman dia tukar tayar kereta. Manja sangat ni laki akak...nak berteman bagai. 
Dah teruk katanya tayar kete akak tu. Takut tak selamat untuk akak memandu.

Anak3 semua tinggal kat rumah. Buatkan mereka sarapan siap-siap. Ajak ikut masing2 kata tak nak...nak tengok tv. Lega akak bila anak3 dah besar ni...masing2 dah pandai bawa diri...dah tak nak mengekor kemana kita pergi.


Dalam proses


Hubby tengah berborak dengan salah seorang pekerja kedai tayar. Apa yang dia borakkan pun aku tak tahu.


Oleh kerana keboringan menunggu...meh la akak belanja gambar sefie kaki ni hahahaha.... jangan nak ngutuk kaki akak tak cantik yeeee.....homeeiii apa...no edit, no 360.


Ok tu je akak nak cerita hari ni...lau rajin esok lak kita sambung bercerita yeee.




Tulus Kasih,
Qasih Mama


Isnin, 26 Januari 2015

SESI PERSEKOLAHAN BARU


Akak dah over busy sangat dah ni ye...ke akak buat2 busy....sampai anak dah masuk sekolah hampir dua minggu baru nak update kisah sesi persekolahan baru.

Ok la tu...daripada tak ada cerita nak tampal kat sini....sekurang2nya adooo.

Macam biasa, sesi awal persekolahan, akak ambil cuti. Motif akak cuti pun akak tak tahu...padahal anak3, akak just hantar je...lepas tu terus akak balik. Bukan perlu tunggu ke apa. Aufa dah darjah 6, Aniq darjah 3 dan Adam dah masuk Pra Sekolah. Masing2 dah biasa dengan sekolah tu.

Anak ok je pergi sekolah...mak je yang gedik nak cutiii....saja nak rasa kemeriahan ibu bapa hantar anak sekolah di awal tahun....hehehhee. Aku pun tak paham dengan diri aku ni. So korang tak payah la berusaha nak paham....buat2 paham sudah la yeee.

Masa hantar anak tu...sempat la ambil gambar suasana persekolahan terutama gelagat mak ayah dan anak2 yang baru memasuki alam persekolahan. Teringat pula waktu aku alami dulu. Teruja...happy...perasaan yang bercampur baur. Kadang2 terfikir bolehkah mereka berdikari. Macamana mereka nak beli makanan....ke tak pandai. Alamak...macamana ni...kan kebulur anak aku.....heiii macam2 yang aku pikir dulu. Dalam masa yang sama rasa bangga dan happy bila anak dah jejak kaki ke alam persejkolahan. Rasa macam ibu yang hebat sangat.Eeeee over kan aku ni.




Antara senario yang sempat disnap.


Parent yang memerhati dari jauh anak masing2. Hati ibu bapa mana yang tak risau bila berjauhan dengan anak. Nak tinggalkan anak ditempat yang asing baginya. Bukan mudah...dan akak pun faham. Teremo la pula. Tapi itulah hakikatnya.

Mari lah kita doakan anak2 kita mampu mengaut sebanyak mana ilmu yang guru2 nya ajar...dan jadikan ilmu itu sebagai bekalan untuk berjaya di dunia dan akhirat. Aminnn





Tulus Kasih,

Qasih Mama

HABISKAN SISA MASA DI HUJUNG MINGGU


Hujung minggu ialah masa bersama keluarga. Wajib...tak boleh tidak ...itu bagi my family la. Tak kira la duk rumah buat aktiviti bersama anak3 ataupun kuar jalan2.

Tiga minggu lepas bawa anak2 tengok wayang.....citer The Hobbit.

Sibuk request nak tengok cerita ni ialah Aniq. Oleh kerana minggu ni bapanya free maka bolehlah layan permintaan anak.

Sampai je terus tuju ke tempat tiket...almaklumlah malam tahun baru...kalau tak beli awal2...maknanya kena tengok midnight la. Lau tengok midnight...jawabnya semua masuk buat tahi mata bukan tengok wayang.

Setle beli tiket, kami masuk jusco dulu untuk bayar eon kredit. Dah setle semua....bapanya sibuk nak isi perut...lapar katanya.


Tengah tunggu giliran.


Anak dan Bapak. Alahaiii...dah kenapa muka monyok macam lepas kena sawan tu apaknya!!!


Toon....toon...toonnn....masa untuk menonton.


Adam dengan gaya muka terpaksa...Aniq pula dengan gaya tengah cari mana kamera.
Apa pun boleh....Jom kita nonton dulu.




Tulus Kasih,

Qasih Mama


Khamis, 15 Januari 2015

NIGHT SAFARI AT MELAKA

Lama dah tak berceritakan? Meh la kita sembang sat. Cerita last month before end of school holiday. Tahun ni tak bawa anak jalan jauh2...paling jauh pun kat Shah Alam je. So bagi memenuhi masa cuti sekolah, me decide nak bawa anak ke Night Safari kat Melaka ni je. Almaklumlah...pindah kat Melaka ni dah masuk 3 tahun tapi masih belum jejak kat Zoo Melaka lagi. Maka hujung minggu tu kami pun ke sana la. Saja pilih Night Safari coz nak bagi kelainan sikit suasananya kat anak3 (Padahal mamanya takut kena panas lau pergi sebelah siang). I jaga kulit uolls..almaklumlah, kulit retis sangat kan...hahahh.....pangg satu kali baru sedar diri.



Jom kita beramah mesra dengan warga yang ada didalam ni....yeeehaaa


Sebelum tu kita beli sikit cenderamata yang dijual di sini. 
Amboiii seksi sangat ahpaknya dengan gaya tertonggeng-tonggeng tu.



Kesayangan yang menceriakan hari-hari ku.


My beloved Kiddos. Bergaya dengan topi haiwan masing-masing. Nak ambil mood katanya.


Budak yang teruja nak tengok haiwan


Kami dah bersedia nak menjelajahi alam. Yabedabedabedoooo


Kemain muka happy masing-masing.


Kami naik train yang disediakan.
Gambar2 ni aku dah masukkan kt FB sblm letak dlm blog. Kawan husband aku kata yang kat belakang tulah safari yang sebenarnya...hahahha


Tuan tanah pun gedik nak bergambar gaksss...ahaakkks


Lepas naik train kami jalan...ada slot jalan2 tgk haiwan dan akan ada seorang guider yang akan bagi info kat kita berkaitan haiwan yang ada.


Lebih kurang pukul 10 malam kalau tak silap, ada animal show. So meh la kita layannn.....
Anak3 memang happy la.


Alhamdulillah.....dapat jugalah aku penuhi keinginan anak2 nak pergi ke Night Safari.....
Sebenarnya dah lama mereka minta nak pergi...tapi parent dia yang sibut bercampur dgn malas...itu yang jadi sampai 3 tahun baru berkelapangan untuk pergi.


Ok, itulah dulu kisah pengembaraan kami sekeluarga....Hehehe...mengembara lah sangat...tangankatbahumatakeatas.


Ok. Bye uolls....muah..muah


Tulus Kasih,
Qasih Mama