FOREVER

FOREVER

Khamis, 13 November 2014

BUDAK KACA MATA


Tengah aku lepak2 dalam bilik dengan bapaknya....ada la budak dua ketul tu datang mengacau. Saje je korang ni...tak boleh tengok mama nak beromantik sikit. Si Adam selalu tegur bila kami berdua dalam bilik sambil peluk2...dia akan cakap " OOOO MAMA SEDANG BERCINTA EEEEEKKKK". Gitu la kekdahnya perangai anak2 aku ni.


Ok berbalik kepada kisah anak2. Cerita last week. Lepas maghrib kami kuar dinner. Setle makan, sempat lagi Adam request main mainan...dah la nak cepat coz abang Aniq ada homework yang perlu disiapkan. Tapi layan je la dulu sikenit ni main satu round. Apa yang best pun tak tahu....duduk atas binatang tu sambil terhangguk2.


Sila abaikan gambar bersepah kat bawah tu yee....kat bawah katil ni ekceli aku hamparkan karpet tempat untuk solat...tapi Aniq nak buat homework dalam bilik mama...so hamparkan toto untuk dia...bagi selesa sikit meniarap kat situ.


Tgh buat homework...Aniq jumpa spek bapanya kat atas lantai..terjatuh agaknya. Terus dia pakai. Dia tanya hensem ke.....selamberrr je Si Adam jawab...tak hencem sangat sebab abang hitam...macam budak india kat depan gate tu je. Hoiii...mengamuk la kawan dengar.


Tengok la tu kelatah Si Adam menyakat abang dia kat belakang.


Dia kata...meh Adam pula yang pakai. Mama, hencem kan Adam...macam cina kan....sebab Adam putih tak macam abang. Hoi.....tak sayang mulut......berombak je dada abang tu bila pandang dia...kecik besar kecik besar.


Siap posing lagi tu bila tengok aku pegang phone nak snap gambar.
Nak redakan keadaan .....Aku cakap Adam ecem macam apek yang jual sayur tu....Terus masing2 gelak terbahak2. Tak jadi abang nak marah. Perasan betul yang seketul ni. Dah la mulut tak ada insurnce. Lau nak cakap, main belasah jeee.

Boleh satu hari tu masa atas kereta dia cakap tuhan tak sayang kat abang sebab abang hitam. Ni gara2 bergaduh dan berlawan mulut ngan abang la. Terkedu abang dengar...nak marah tak jadi...terus gelak.

Macam2 tau budak-budak ni....
Yang pasti, mereka lah penyeri hidup.....kami.
Mama sayang kamu sampai bila-bila.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan