Banyak-banyak entry pasal umah, entry plaster siling yang belum ahkak kongsikan. Betul ke idok??? Sebenarnya plaster siling umah akak simple je...but look modern...gitu.***gila poyo puji rumah sendiri***
Akak tak buat yang berpulau tu sebab bila akak servay dari tenet dan kawan2, ramai yang kata jenis cam tu akan perangkap habuk. Jadi meh kita buat yang simple je...tak ada island bagai...just buat longkang n letak ayeball je dalam tu untuk pantulkan warna warm.
Bila on lampu LED tu...cahaya dalam longkang tu nampak warna kuning
Yang ni pula Lampu LED tak di "on" kan...warnanya more light than gambar satu lagi
Simple je kan..
Yang ni lak kat ruang keluarga...masih buat pattern sama cuma berbingkai sikit.
Inilah yang akak cakap berbingkai tu....nampak kan?
Yang ni lak buat kat dining....pun simple gak...bulat kat tengah tu ngam pula ngan lampu...
Yang ni lak kat dapur kering
Kasi zoom sikit...kat dalam tu lampu LED
Yang ni lak kat dapur basah
Kami just letak lampu bulat je...Yang ni pun pattern sama dgn dapur kering cuma berbeza sikit coz ada bingkai
Yang ni lak kat porch....nanti nak gantung kipas kat situ...actually, laki den tak berkonan sangat..tp itu je yang ado pada masa tu...maka ambil lah juga. Lau nak yang lain, kena order...paling copek seminggu....Tak dapek den nak nunggu...
Sebenarnya kami hanya nak baiki plaster siling yang retak kat dapur.....kontraktor yang buat renovation rumah kami dulu buat agak teruk bahagian plaster siling...*mungkin bukan kepakaran dia, plus nak cut bajet, jadi dia tak sub kepada yang pakar buat plaster siling*. Tak sampai setahun dah ada rekahan. Dengar pula berita yang plaster siling di sebuah Hospital runtuh, buat kami takut. Daripada menyesal di kemudian hari, lebih baik kami baiki dari sekarang. Kalau dah runtuh baru nak menyesal, tak ada gunanya. Dah la dapur tu tempat kita anak beranak asyik kuar masuk. Jadi, bila difikir dan dibincang bersama suami, kami ptuskan untuk buat balik apa yang tak kena tu.
Yang buat dan baiki plaster siling umah akak ni sebenarnya adik jiran sebelah umah. Kami just beli barang dan bayar upah sahaja. Kalau sub kepada kontraktor memang mahal la...dan nak buat semua ni mesti akak pikir 100 kali. Oleh kerana barang2 yang dibeli tak adalah mahal sangat, jadi kami minta dia buatkan sekali bahagian ruang tamu dan ruang keluarga. Itulah ceritanya.
Sekian Al kisah tentang plaster siling.