Rabu, 25 Disember 2013

LAPARRR...JOM CARI MAKAN


Minggu lepas, satu minggu ahkak tak masak tau sebab ada orang tengah buat plaster siling kat dapur. Bolehlah ahkak mengelat untuk masak...tepuk satu kali untuk diri sendiri. Gila.....bangga bila tak payah masak.*bukan bangga tapi suka*.

Hasil dari renovation plaster siling ahkak akan cerita lain entry yee.
Oleh kerana tak boleh masak, maka aku hanya bungkuskan makanan je bila balik kerja. Bila laki eden ada kat umah, kitaorang pegi makan kat kedai...senangkan. Dasar pemalas sungguh.


Duduk jeee...makanan ni dulu yang sampai. Otak2


Antara air yang di order


Budak nakal


Tengah aku ambil gambar...ada ke dia kata aku robot...dan dia pegang remote kereta untuk gerakkkan aku supaya aku ambil gambar dia. Aku ingatkan aku je yang sewel...rupanya anak sekali...hahaha


Tauke pada malam tu. Belanja hasil daripada duit mengajar katanya.


Anak daraku yang makin manis. Kalau bab posing bagi kat dia la.


Mak dara.


Nampak tak....pakai selendang, siap buat bunga kat tepi....kau mampu???


Kononnya nak jadi Zara dalam Mr Arrogant. Siap tanya laki.....ada gaya Zara tak......yang pasti dia kena jawab yaaaa...kan aku dah kata...penyakit sengal dah datang.



Tom Yam Pok Tek....memang sedap


Siakap stim


Penambah perisa ialah telur dadar dan sayur kailam kan masin.


Wallaweeiii...sedap gilllsss. Cukup rasa dan penuhi selera. Malam tu kami makan kat Rahman Seafood. Berhadapan dengan AEON Bandaraya Melaka. Memang recommmmand la. Tempat yang cantik, selesa, makanan cepat sampai...dan yang penting sedap.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan