FOREVER

FOREVER

Isnin, 23 Disember 2013

ANAKKU DAN GIGI PALSU

Setelah lama menyepi...baru hari ni nak tonjolkan diri. Sebetulnya ahkak sibuk yang amat sejak dua menjak ni. Minggu lepas tu dah tak busy sangat la....tapi nak cari mood menulis pula yang payah. Mood tu liat pula nak datang (padahal malas). Pasti ada orang yang rindu blog merapu meraban ahkak ni kan. Laki ahkak cakap, ahkak ni suka merapu....blog entah apa2...padahal blog merapu ni la yang dia duk jengok hari2.

Minggu lepas tak tahu kenapa mood untuk merapu dalam blog tak kunjung tiba. Dah elok buka blog, tangan dah kat keyboard, tiba2 perasaan malas melanda...mood jadi lemau, so tutup balik blog...paling tak pun duk baca blog orang je. 

Panjang pula mukaddimahnya. Meh hari ni akak cerita pasal anak2 dulu yeee. Story mory memang banyak nak diceritakan...tapi kita cerita satu2 ye.

Waktu ni Adam demam, aku pun cutilah sebab nak jaga dia. Bawa dia gi ke klinik. Mak aiiii ramai gilos tu orang yang nak dapatkan rawatan. Dah letih menunggu tapi nombor giliran lambat lagi, jadi aku bawa anak2 ke kedai sebelah klinik. Belikan apa yang diorang nak.


Budak demam dapat gigi palsu. Aku tanya dianak apa, dia cakap nak benda yang dalam kotak.
Aku pun sebagai ibu yang prihatin, maka belilah. Sekali dapat benda ni. Terus pakai masa tengah menunngu kat klinik. Tanjat mak gegirl tau.....gigi hantu ponti tu.



Sekali abang dia pun teringin...dah dia minta yang adik dia... nak cuba pakai katanya.
Aku kata gigi palsu mana boleh nak gilir2. Dah tak pasal2 kena pegi sekali lagi kat kedai tu.


Dan....yang ni Aniq punya.... versi gigi kuning tak gosok setahun


Sekarang saya ada 2 orang anak ponti.Hahahahahahahahha. Semua orang kat klinik tu asyik duk pandang kat anak ai tau.


Ok....ini cerita permulaan ye...nanti ahkak up lagi entry yang lain yaaa. Ini cuma pengubat rindu jeee.

Sebelum tu ahkak nak ucapkan TAHNIA BUAT ANAK SAUDARA AHKAK IAITU ABDUL MUIN DAN KHAIZURAN, ANAK SAUDARA SEBELAH SUAMI KERANA BERJAYA DAPAT 8A DALAM UPSR BARU2 Ni.

Tak lupa juga anak saudara MAMACIK yang sorang ni iaitu ABAK kerana mendapat result yang cemerlang iaitu CGPA 3.98. TAHNIAH BUAT KALIAN SEMUA.

SEMOGA MAJU JAYA>>>LEBIH MAJU DAN LEBIH BERJAYA






2 ulasan:

  1. Comel pulak pakai gigi palsu..huhuhu...tahniah oada Khaizuran jugak.. Ala Mamacik silap la,Abak punya result 3.98 la...hehehehe..

    BalasPadam
  2. Hahaha...tersilap...ok, Mamacik dah perbetulkan

    BalasPadam