FOREVER

FOREVER

Jumaat, 21 Februari 2014

MAIN AIR

Rutin harian aku bila hujung minggu ialah bangun pagi untuk sediakan breakfast untuk my lovely family. Lepas tu kemas rumah dan basuh baju. Laki den pula akan kuar ke pasar untuk beli keperluan untuk aku masak makanan tengahari. Balik daripada pasar, dia akan tolong jemur baju. Lepas aku siap grooming rumah, aku akan start masak untuk makanan tengahari pula. Siap masak, kami sekeluarga akan makan sama2. 

Setle makan, kami lepak tgk tv jap. Lepas zohor, kami sekeluarga biasanya akan tidur n akan bangun sblm asar. Lepas solat asar baru kuar gi jalan2. Kalau dah dapat tidur waktu tengahari, waktu jalan2 anak2 tak banyak ragam sikit sebab dah cukup tidur. Itu apa yg diamalkan.

Tapi Sabtu lepas lain sikit, lepas makan, masa kami tgh lepak tgk tv, laki aku ajak kuar. Boring katanya. Anak3 apa lagi....bunyi perkataan kuar jalan, happy la. Aku pula macam malas coz letih. Mana tak letihnya....dari bangun pagi sampai tengahari tak rehat lagi. Kalau dapat baring bolehlah restkan badan sikit.
Jadi wanita ni penat tau. Aku pula jenis yang nak perfect jeee. Lantai comot sikit tak boleh, pinggan sebiji dalam singki pun tak boleh. Jadi of course la akan penat sebab semua benda kita yang buat dan nak cantik je. Salah diri sendiri juga.

Tapi laki aku pandai tau....dia umpan aku dengan air coconut shake Klebang. Mentang2 dah dua minggu aku bagi hint kat dia kata nak makan air coconut shake.....ari tu dia cakap nak ajak aku gi beli air tu. Terpaksa la aku mengalah. Lepas Zohor, kami bersiap n kuar rumah. Laki aku tunaikan janji....pergi beli air coconut shake aku dulu. Lepas dah isi perut penuh2 kami sepakat nak ke Taman di Ayer Keroh. Saje nak ambil angin petang sambil santai2 ngan anak3. Layan mereka main sambil aku borak2 ngan hubby.



 Sesi panaskan badan dahulu


Apa yg kakak cari tu


Sekarang sesi sejukkan badan pula


Dah mula membasahkan pakaian. Dah la tak planning nak datang sini...so pakaian spare tak bawa. Pakaian dah basah. Acaner tu???


Kakak posing ngan bunga je lah. 


Amboiiiii....kemain ye korang. Dapat main air, terus tak ingat dunia. Macam la mak korang ni tak bagi mandi setahun.


Happy gilllsss diorang bila dapat main air cam ni.


Sambil tengok anak2 main, aku belasah buah nangka yang beli kat tepi jalan tadi. Bapaknya pula pergi beli baju n towel untuk anak2 kat Jusco...sebelah taman ni je. Pergi jalan kaki coz teramat dekat.


Kakak teman mama sambil makan. Nak mandi dah segan....dah besar anak sulong aku. Saje aku usik dia suh pegi mandi juga lau nak baju baru. Punyalah dia marah...."malu la mama...kakak kan dah besar. Tak dapat baju baru pun tak apalah".


Petang2 camni, ramai parent yang bawa anak2 bersiar2. Aku biasanya datang lepak kat sini sebelah malam...lagi ramai rasanya. Tp hari ni ubah kebiasaan. Kami datang petang pula.


Parent tgh tunggu n perhatikan gelagat anak masing2.


Akhirnya Adam menyerah kalah. Dah kesejukan katanya.


Budak peace


Pakaian yang dibeli oleh bapanya


Lapkan badan Aniq


Adam yang kegirangan



Dah setle anak mandi manda. Kami pun berangkat pulang. Itu jelah kisah hari minggu kami.




Tulus Kasih,
Qasih Mama




1 ulasan:

  1. Fuhh!! sukanya anak-anak mamacik....hehehe... siap beli baju baru lagi tu...hahaha.. hapi family.. :D

    BalasPadam