FOREVER

FOREVER

Isnin, 13 Oktober 2014

UPTOWN BANDAR HILIR


Rasanya dah lama kami anak beranak tak pergi ronda2 malam minggu. So malam tu decide nak kuar jalan malam minggu. Sebelum tu teman bapanya bayar bil dulu kat Aeon. Dah setle urusan kat sana, kami bergerak pula ke Banda Hilir.





Turun je dari keta...si abang minta ambil gambar dia...aksi eagle katanya....dimana gaya eagle pun mak kau tak tahu......gaya berak sembelit ada laa...



 Tak pasal2...si adik pun nak join....gaya Masked Rider....


Last sekali kakak pun nak posing...nak buat gaya Geeng Bas Sekolah (GBS) katanya. Apa2 je la anak oiii. Hope bila dah besar panjang esok2, bila mereka review balik blog mama ni...masing2 gelak terguling2 tengok aksi sendiri.


Kami lalu ikut lorong...kat sini macam2 hotel budget ada....ada juga restoran.


Sampai sudah ke tempat yang dituju. Jom jalan2 cari makan sambil cuci mata.

/

Tak habis2 nak posing. Sekali tengok macam kuar dari zoo je masing2. Hahahaha. Dah siapa yang suruh buat gaya pelik2.


Misi bermula.....sambil jalan, sambil makan, sambil cuci mata, sambil beli belah. Heaven sangat!


@_____________@
___




Tulus Kasih,
Qasih Mama



Khamis, 9 Oktober 2014

CHE MEK MOLEK

Bersiaran lagi kita setelah bercuti beberapa hari kat kampung sempena balik Raya Haji. Cerita pasal raya akak upkan lain kali ye. Hari ni mood nak meriakkan diri....hahhahahah.

Bangga wooooo......first time dalam hidup ni akak buat benda ni. Gila tak bangga. Kembang kempis hidung akak bila tengok hasil tangan sendiri ditambah pula mendapat pujian daripada si dia. Wallaweeiii....senyum sampai ke telinga wa cakap luuu. Nasib baik boleh tidur malam. Itu pun termimpi2.

Cakap banyak tak ada guna...meh sini akak tunjukkan hasil air tangan akak yang mulus ni...

'
'
'
'
'
'
'
'


Hahahaha....inilah dia che mek molek.
Walaupun susur galur keluargaku memang dari Kelantan...tapi aku tak pernah buat kuih ni...makan je pernah. Hahahha...bila dapat buat sendiri....gila bangga dengan diri sendiri. Sila tepuk tangan ramai2 ye....jangan lupa bagi pujian sikit.


Asalnya aku beli ubi keledek daripada makcik cleaner kat pejabat aku tu. Tengok ubi dia...mak aii segar bugar...terus akak terpikat nak beli. Dah beli tu akak letak je kat dapur....sampai la dah dua tiga hari suami tengok tak terusik pun plastik tu....terus dia buka. Dia tanya akak nak buat apa...akak cakap la boleh buat macam2...kuih ke....goreng tepung ke.......
Sekali dia boleh sound balik akak ....."Ialah sangat bini abang ni....dah lama abang kenal....lama-lama jadi pekasam la tu". Meyirap darah akak....ooooo selama ni dia tak percaya la kebolehan akak la tu. Tak pe...tak pe.....tengok la esok apa jadi kat ubi tu.

Terus esoknya akak bangun pagi2...rebus ubi, kuarkan gandum dan akak uli ubi rebus ni bersama gandum dan diletakkan gula sedikit didalamnya.....maka terhasillah Che Mek Molek. Bila dia bangkit tidur...terus ngap kuih ni...akak buat dalam 20 biji ++++. Akak makan satu biji, Aufa satu biji, Aniq satu biji....yang lain semua dia balun. Baru dia tahu siapa Kak Jah yang sebenarnya. Minggu ni siap request nak suruh aku buat lagi sebab ubi hari tu masih ada balance.

Tak kuasa akak nak layan. Hari tu kemain kutuk akak. Air tangan akak ni mahal...tak boleh buat selalu. Hehhehehehe.





Tulus Kasih,
Qasih Mama





Selasa, 7 Oktober 2014

RAJUK HATI


Lately ni aku perasan aku cepat terasa sikit....cepat merajuk. Entah apa2 kan? Asyik nak sentap menyentap je.Jangan salah sangka yee...aku cepat merajuk ngan laki je. Ngan orang lain macam biasa. 

Mungkin sebabnya laki aku sekarang ni agak busy sikit...kurang sikit perhatiannya kat aku. Balik kerja dah lewat......asal kul 10 je dah nak tidur...penat katanya. Hari2 lak tu dia balik lewat. Sementara tunggu dia balik, aku sorang je handle anak3. Rasa macam ibu tunggal lak.

Aku tak biasa dengan situasi ni...aku kan jenis yang nak manja2...nak tengok tv sama2....nak buat apa2 pun nak buat sama2. Ai is manja ok....tak boleh tak ada laki kat sebelah.

So bila keadaan ni terjadi, situasi rajuk pun tercipta lah. Wasup kat dia ayat2 touching...bagi dia rasa bersalah sikit. Yang pasti dia memang rasa bersalah. Hahahaha...pandaikan permainanya kat situ.

Hari minggu katanya nak spend masa ngan family jee. Memang happy....penuhi masa dengan bergurau senda...berpelukan...peluk je tau...jangan pandai2 nak fikir lebih2. Tapi boleh dikatakan weekend tu dia memang spend time betul2. Rasa bersalah kah???

Katanya, semester ijazah ni dia kurang sikit sibuk n dia akan balik awal. Yeeehoooo...bestnya.

Aku memang jenis manusia yang sensitip....laki tak mesage atau call tanya khabar pun tak boleh.....dalam sehari wajib tanya khabar ok. Dulu dia kejap2 call...kejap2 mesage...sampai aku naik rimas n bebel balik kat dia. So bila dia dah tak buat semua tu...aku rasa kehilangan....sebab dah terbiasa dengan situasi macam tu. Itu pun bukan dia tak call langsung...cuma tak kerap. Kalau dia tak call langsung...mahu sawan aku.

Aku faham dia sibuk...tapi biasala...perempuan kan emo dia lebih sikit. Kalau boleh...dalam rumahtangga ni....aku nak dia kekalkan apa yang dia telah buat zaman bercinta sampailah dah ada cucu cicit sekalipun. Tetap sama...tiada yang berubah. Kejamkah?

Mungkin bagi orang lain biasa je kut perkara macam ni. Silap2 apa yang aku tulis ni orang cakap perempuan gila mana la yang duk meroyan kat blog sebab laki tak call or masage....bukan berbulan pun....beberapa jam je kut. Sebab kita kerja 8 jam ofis hour....dia biasa call tgh...dan petang dalam kul 5.30. Aku memang balik awal...tapi dia balik kul 7.00 mlm sekarang ni. So,dari kul 8.00 pg hingga 7.00 malam tu 2 kali lah dia call...bahagi lah sendiri berapa jam. Tapi aku tetap tak boleh ye....sebab biasanya dua jam sekali atau 3 jam sekali dia akan call or masage.

Lain orang lain caranya alam rumahtangga mereka. Mungkin ini cara aku....nak sentiasa diberi perhatian. Kalau dia nak keluar pergi kerja (dia keluar awal dari aku sebab tempat kerja dia jauh), Aku dan dia akan pastikan kami akan cium tangan, pipi, dahi, mulut dan berpelukan terlebih dahulu (itu wajib)....kalau tak buat semua tu, rasa macam tak lengkap je. Gitula kaedahnya permulaan hari kami.

Sekarang ni my hubby dah balik awal sikit sebab semester ni student tak ramai...kerja pun habis awal.

Lepas isyak biasanya kami dinner kat luar sama2. Ai is malas sekarang ni nak masak....dah  2 bulan rasanya aku tak masak dinner...bukan saje2 tau...sebab aku balik rumah dah lewat...tugas ambil anak sekolah agama telah diamanahkan kepada aku sebab Mr. Hubby busy n balik lewat. Bila balik rumah dah kul 6.30....waktu tu dah penat nak masak. (Alasan sangat kan).

Ok...kita sambung cerita pasal dinner....asal lepas isyak je...laki ajak dinner. Kadang2 aku macam malas nak pergi sebab tak nak makan pun...dia n anak3 je yang nak makan. Tapi dia memang tak boleh...tetap nak suruh aku teman. Siap sound aku lak tu...."Saya kan tak boleh tak ada isteri di sisi.....nanti lau saya tinggal awak sorang2 kat umah kata terbiar lak." Amboiii ayat perli nampak.

Ha....itu kisah kehidupan berumahtangga aku la. Lain padang lain belalangnya...

Harapan aku...agar apa yang telah aku ciptakan dengan suami dari zaman belajar akan berkekalan sampai bila2. Tak nak sikit pun berubah. Moga sifat caring n loving dia akan kekal sampai akhir hayat dan dijadikan pedoman oleh anak2 lak. 



Aku yang ingin bahagia sampai bila2.


Saya sayang awak sangat-sangat.






Tulus Kasih,
Qasih Mama







Jumaat, 3 Oktober 2014

THROWBACK....SAMBUT MERDEKA

Anak3 aku dengan cousin dia yang ni memang close....sebab selalu jumpa kut....kakak ipar aku kat PD, aku kat Melaka....so tak jauh sangat. Asal hujung minggu je lau tak ada apa2 aku akan ke Pd ataupun dioarang akan ke Melaka. Kalau cuti sekolah tak yah cerita la....masing2 request nak jumpa cousin. Kita orang ni pantang cuti...pasti berjumpa. 


Kiddos n Cousin. Kakak tak ada dalam gambar coz dia tukang tangkap gambar.

Cuti sempena hari Kemerdekaan yang lepas pun dioarang ada datang kat rumah. Malam tu kami rancang pergi berkhelah. Jangan tak percaya...kami memang suka berkhelah diwaktu malam.


Persiapan telah dilakukan.


Jom gita gerak


Naik satu biji kereta je.


Akhirnya....sampai sudah destinasi yang di tuju.


Tak sabar kesemuanya nak main air pancut


Makanan yang kami bawa ialah...ayam bakar


Meehoon goreng


Anak2 sila main puas2 ye...mak2 n apak2 nak mencekik dulu.


Best bila makan berjemaah macam ni. Yang tak sedap pun jadi sedap.


Agak2 kelaparan, dioarang datang makan....lepas tu sambung balik aktiviti mandi manda


 Nampak sangat anak mama tengah kelaparan.


Kalau yang ni, gayanya dah tahap kebulur ni. Ish...ish...mak korang dah tak bagi makan berapa hari ni?




Sekian kisah Merdeka Eve kami sekeluarga.



Tulus Kasih,
Qasih Mama



Khamis, 2 Oktober 2014

TEMAN HUBBY

Dua minggu lepas suami agak sibuk....hari minggu pun kerja. Dia jadi coach bolasepak untuk student tempat kerja dia. Oleh kerana ada tournement sempena kemerdekaan, dia kena bawa team untuk game bolasepak...peringkat dun macam tu lah lau tak silap. Nak dijadikan cerita, pasukan yang suami bawa jadi juara.

Malamnya ada sesi penyampaian hadiah...so suami kenalah attend. Oleh kerana majlisnya ialah sebelah malam....suami pun ajak la aku ikut. Buat teman katanya.....

Mula2 ingatnya nak tunggu dalam keta je...tapi hubby ajak turun...dia kata takut lama....nanti anak2 boring. Baik bosss saya yang menurut perintah.


Ucapan oleh Y.B


Sesi bergambar bermula


Selfie .....hehehe


Adam dengan gaya yang tersendiri


Me n Kiddos....setia menanti program tamat...perut dah lapar...nak gi jalan2 cari makan lak.


Hubby sedang terima hadiah.


Setle semua urusan...ingat nak pergi makan2...tapi,,,,,,sekali pandang kat belakang....semua dah terbongkang. Terus cancel niat nak makan......postpone esok je la nampaknya. Tak sampai hati nak kejutkan anak3 yang tengah khusyuk tidur.

Peace +____________________+





Tulus Kasih,
Qasih Mama

Rabu, 1 Oktober 2014

BIRTHDAY ADAM

Sebenarnya birthday Adam ialah 21 September...tapi kami sambut birthday dia pada 24 September kat Taska bersama2 teacher n kawan2 dia. Meriah....biasa la...budak2 lau ada event cam ni, diorang akan happy n rasa diri di hargai.


Antara menu pada petang itu ialah bihun


Nugget n sosej tidak dilupakan...menu peberat kanak2 rebina ni...mana boleh tinggal.


Aneka kuih muih


Jambu potong....asamnya tu, cikgu buat sendiri...sedap


Makanan sudah tersedia...


Birthday boy tengah ready 


Acara nyanyian beramai-ramai.....bersemangant Adam nyanyi...


Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya.


Ready nak potong kek


Sebelum makan....ada sesi bacaan doa.


Abang Aniq sempat sambut birthday adik Adam sebelum ke sekolah agama. Kakak lewat sikit sampai.


My hero. 
Mama doakan Adam menjadi anak yang soleh, dimurahkan rezeki yang halal, diberikan kejayaan yang besar, umur yang panjang , kesihatan yang baik,...dan dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Aminn.


My heroes in my heart ...deep in my soul.





Tulus Kasih,
Qasih Mama



Selasa, 30 September 2014

MAKAN IKAN BAKAR....MISI TUNTUT JANJI


Janji tetap janji......harus dikotain.....jangan di buat2 lupa ya....ngak bisa lupa2.....hehehe.
Ingat lagi kan...sebelum hubby gi kursus...dia janji nak bawa makan kat Alai...tempat ikan bakar. Ai menuntut ok.

Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba....ini cerita 2 weeks ago....tp macam biasa....naik kereta kura2...memang lambat lah updatenya.



Sesi pemilihan lauk pauk



Sebelum tu kita bergambar dulu.


Gambar taukeh kena ambil....mana boleh tak ambil....kang dia buat tak nak bayorrr, siapa yang susah


Anak bapak


Waliwaliwa peace....anak mama katanya.


Kami dihidangkan dengan nasi lemak ....boleh juga order nasi putih atau masakan panas yang lain


Ada 10 bungkus lau tak silap


Ikan pari masak berempah


Lala masak ala kantonis


Ikan cencaru bakar


Udang celup tepung...memang terbaik...fresh n crunchy...

Rasanya ada dua...tiga jenis lagi masakan lain yang tak snap ni.....almaklumlah...semuanya dah kelaparan....asal sampai je makanan, terus ngap...dah macam pirana...kejap je licin. Bila dah licin baru ingat nak snap....tapi masa tu dah tinggal sisa. Sadis sangat nak snap sisa letak dalam blog.


Jus oren 1 jug


Muka kekenyangan...habis nasi lemak 3 bungkus


Makan jangan tak makan. Bapak yang belanja.


Ada juga jelly kelapa.


Diberikan sos pencicah kicap....nyum


Kita nak snap gambar dia...dia sibuk nak snap gambar kita lak. Auww...ngada-ngada sangat tau.


Tersadar kekenyangan. Nasib baik order sikit...kalau ikut dia...macam2 lagi dia nak order. Akak memang tak suka membazir. Order dulu...lau x cukup  kita boleh tambah. Jangan order sampai membazir...itu amalan syaitooon. Ini dah ustajah sangat dah ni....hehhehe.


Dah...makan...jangan asyik duk tengok kamera jeee.


Ibu mithali yang sibuk melayan anak3.


Alhamdulillah...atas nikmat rezeki Mu ini. Kami bersyukur atas apa yang telah Engkau berikan. Jaga lah hati2 kami ini agar terus mengingati Mu dan menyukuri kurniaan Mu. Kuatkanlah ukhwah kekeluargaan ini hingga ke Syurga Mu. Amin Ya Rabb



Tulus Kasih,
Qasih Mama