FOREVER

FOREVER

Isnin, 26 Januari 2015

HABISKAN SISA MASA DI HUJUNG MINGGU


Hujung minggu ialah masa bersama keluarga. Wajib...tak boleh tidak ...itu bagi my family la. Tak kira la duk rumah buat aktiviti bersama anak3 ataupun kuar jalan2.

Tiga minggu lepas bawa anak2 tengok wayang.....citer The Hobbit.

Sibuk request nak tengok cerita ni ialah Aniq. Oleh kerana minggu ni bapanya free maka bolehlah layan permintaan anak.

Sampai je terus tuju ke tempat tiket...almaklumlah malam tahun baru...kalau tak beli awal2...maknanya kena tengok midnight la. Lau tengok midnight...jawabnya semua masuk buat tahi mata bukan tengok wayang.

Setle beli tiket, kami masuk jusco dulu untuk bayar eon kredit. Dah setle semua....bapanya sibuk nak isi perut...lapar katanya.


Tengah tunggu giliran.


Anak dan Bapak. Alahaiii...dah kenapa muka monyok macam lepas kena sawan tu apaknya!!!


Toon....toon...toonnn....masa untuk menonton.


Adam dengan gaya muka terpaksa...Aniq pula dengan gaya tengah cari mana kamera.
Apa pun boleh....Jom kita nonton dulu.




Tulus Kasih,

Qasih Mama


Khamis, 15 Januari 2015

NIGHT SAFARI AT MELAKA

Lama dah tak berceritakan? Meh la kita sembang sat. Cerita last month before end of school holiday. Tahun ni tak bawa anak jalan jauh2...paling jauh pun kat Shah Alam je. So bagi memenuhi masa cuti sekolah, me decide nak bawa anak ke Night Safari kat Melaka ni je. Almaklumlah...pindah kat Melaka ni dah masuk 3 tahun tapi masih belum jejak kat Zoo Melaka lagi. Maka hujung minggu tu kami pun ke sana la. Saja pilih Night Safari coz nak bagi kelainan sikit suasananya kat anak3 (Padahal mamanya takut kena panas lau pergi sebelah siang). I jaga kulit uolls..almaklumlah, kulit retis sangat kan...hahahh.....pangg satu kali baru sedar diri.



Jom kita beramah mesra dengan warga yang ada didalam ni....yeeehaaa


Sebelum tu kita beli sikit cenderamata yang dijual di sini. 
Amboiii seksi sangat ahpaknya dengan gaya tertonggeng-tonggeng tu.



Kesayangan yang menceriakan hari-hari ku.


My beloved Kiddos. Bergaya dengan topi haiwan masing-masing. Nak ambil mood katanya.


Budak yang teruja nak tengok haiwan


Kami dah bersedia nak menjelajahi alam. Yabedabedabedoooo


Kemain muka happy masing-masing.


Kami naik train yang disediakan.
Gambar2 ni aku dah masukkan kt FB sblm letak dlm blog. Kawan husband aku kata yang kat belakang tulah safari yang sebenarnya...hahahha


Tuan tanah pun gedik nak bergambar gaksss...ahaakkks


Lepas naik train kami jalan...ada slot jalan2 tgk haiwan dan akan ada seorang guider yang akan bagi info kat kita berkaitan haiwan yang ada.


Lebih kurang pukul 10 malam kalau tak silap, ada animal show. So meh la kita layannn.....
Anak3 memang happy la.


Alhamdulillah.....dapat jugalah aku penuhi keinginan anak2 nak pergi ke Night Safari.....
Sebenarnya dah lama mereka minta nak pergi...tapi parent dia yang sibut bercampur dgn malas...itu yang jadi sampai 3 tahun baru berkelapangan untuk pergi.


Ok, itulah dulu kisah pengembaraan kami sekeluarga....Hehehe...mengembara lah sangat...tangankatbahumatakeatas.


Ok. Bye uolls....muah..muah


Tulus Kasih,
Qasih Mama

Rabu, 17 Disember 2014

HARI INOVASI SK LENDU 2014


Cuti sekolah dah nak berakhir aku baru terhegeh hegeh nak update cerita hari terakhir persekolahan. Nak buat macamana....hujung tahun memang aku busy sikit....dengan kerja di ofisnya...dengan program luarnya...macam-macam la. Ini pun nasib baik jumpa gambar...boleh la update. Lau tak.....kelaut la jawabnya.


Kakak Aufa buat persembahan pada hari tersebut. Dia juga akan naik ke pentas untuk terima hadiah tempat ketiga dalam kelas 


Semangat anak akak tiup melodian


Kakak n the gang.


Adam akan terima sijil tamat pra tahap 1 


Aufa dan Adam....Aniq tak dapat join sebab dia demam panas masa ni.


Adam n the gang yang akan sama-sama konvo....


Pose malu-malu kucing sangat.


Kakak tengah terima hadiah


Giliran Adam pula





Nombor giliran yang ke-25


Muka happy



Mak dan anak kebetulan warna sedondong dengan jubah



Maka dengan rasminya sekolah akan berakhir esok. Masa hari inovasi ini berlangsung ialah pada hari Khamis, hari Jumaat ialah hari terakhir persekolahan.


Selamat bercuti anak3 mama.




Tulus Kasih,
Qasih Mama







Selasa, 16 Disember 2014

KONVOKESYEN ANAK SAUDARA


Hallooo...hari ni aku sambung entry semalam yeee. Hari ni kisah konvo lak yee.

Konvo Amirul, anak BIL aku ni berlangsung pada hari Ahad sidang petang.


Oleh kerana waktu ni lebih kurang pukul 3.00 petang, anak aku sampai tertidur menunggu. Lagi pun memang time dia tidur waktu ni.


Bangun je dari tidur....terus aktif....berlari di perkarangan Dewan 


Seronok dapat bermain buih belon.




Acara Konvo siap lebih kurang pukul 6.00 petang. Masa ni baru lepas hujan.
Bergambar dengan orang yang dirai...Amiryo Naufal


Tak tahu apa yang masing2 duk kecoh...nak ambil gambar je kut.


Kak Za a.k.a biras dan anak nya yang bongsu....Farhana


Jangan gelak ye semua...ni ialah graduan senior yang baru grad....hahahaha. 
Aku paksa laki aku pakai jubah anak buah dia. Nak pula dia ikut permintaan isterinya yang homeii ni.


Selesai je Majlis Konvokesyen, kami dinner di restoran Thai Seafood.
Lepas makan, masing2 bawa haluan masing2. Aku ke Melaka BIL aku ke Kelantan.


Habiss daaaa.......jumpa next entry yeee.



Tulus Kasih,
Qasih Mama












Isnin, 15 Disember 2014

ICT SHAH ALAM


Hujun bulan November, aku n family BIL berkunjung ke Shah Alam kerana anak dia nak konvo.
Memandangkan dia tak biasa area Shah Alam dan kebetulan kami pula dah lama tinggal di sana dulu, maka dia ajak family aku join sekali.

Aku booking homestay kat Seksyen 19.


Ini lah rumahnya. Semua kelengkapan cukup cuma rumahnya agak lama. Kalau diberi pilihan sama ada aku nak booking lagi atau tak...jawapanya memang tak la sebab tuan rumahnya terlalu berkira dan tak profesional.

Lepas kami check out, boleh dia mesage aku yang meja makan basah ada kesan air, ada habuk rokok terjatuh kat lantai, dan satu hanger baju patah...padahal kami tak guna pun hanger. Pasal meja makan basah tu aku nak tergelak terguling-guling rasanya. Memang la basah sikit sebab aku lap nak bagi bersih...takut2 ada kotoran yang tertinggal.

Aku cakap sebelum keluar, aku dah sapu bersih rumah tu...habuk rokok tu mungkin terlepas pandang dan pasal hanger lak aku cakap aku akan hantar baru satu dozen petang nanti...ambik kau.
Trus terkedu cakap....tak apa la..... benda kecil. Yang dia duk meroyan mesage aku tu apa cerita.

Kalau orang lain aku rasa usahkan nak sapu rumah bagai....silap hari bulan pinggang mangkuk pun tinggal tak berbasuh. Dia patut bersyukur dapat costomer macam akak ni tau....rajin. Satu rumah aku sapu. Lagi pun kami tinggal satu malam je kat situ...mana sempat nak kotor bagai. Datang just untuk tidur je. yang selebihnya merayap, esoknya majlis konvo dah berlangsung.

Aku rasa dia ni nak belasah duit deposit aku la tu. Tapi memandangkan aku balas mesage dia secara berhemah...dengan secara tak langsung dia malu la tuu.

Ok...tersasar jauh pula ceritanya. Bukan apa, nak lepas geram. Berbalik kepada cerita ICT, anak2 BIL aku nak ke sana sebab mereka tak pernah sampai. Walaupun kami dah kerap berkunjung ke sana, tapi kami layankan lah juga. Lagi pun anak3 aku tu, pergi lah berbelas kali pun diorang tak menolak...suka lagi adalah.

Entri kat bawah kita layan gambar je lah. Malas nak menaip rasanya.




Ambil mood dulu sebelum masuk.


Tengah tunggu mak saudaranya beli tiket.


Aku, suami, dan BIL tak masuk. Biras aku dan anak2 dia + anak2 aku je yang masuk.
Aku dah malas nak masuk sebab selalu dah masuk. Anak2 aku boleh la.... Mana dia reti istilah boring....40 x masuk dalam rumah salji tu pun dia tak kisah...happy je memanjang.


Aku dan hubby layan perasaan kat luar. Hahhahak tuiii. Layan perasaan la sangat kannnn.


My loving


Anak buah aku yang tolong ambil gambar mereka. 


Muka happy je masing2.




Antara yang masuk kedalam malam tu. Anak2 aku biras yang tolong jagakan.


Kakak dan cousinnya...Kak Fatin


Kemain lagi korang yee.



Asal sejuk je...mereka keluar kejap...lepas tu masuk balik.



Ok, sekian dulu kisah ICT, esok akak upkan entry konvo lak yee.





Tulus Kasih,
Qasih Mama