FOREVER

FOREVER

Selasa, 19 November 2013

JALAN2 CARI PIZZA

Dari Hari Jumaat malam...sambung hari Sabtu....kami laki bini bertungkus lumus siapkan walldeco. Anak2 dah merengek ajak pergi jalan....kami buat dekkk je. Selagi kerja mama tak siap, jangan mimpi la semua nak kuar jalan ye. Masing2 dah buat muka ikan pekasam....tapi ada mama kesah...hahaha...kejam sungguh mak korang ni. 

Akhirnya, dalam pukul 6.00 petang, kerja kami pun selesai sudah. Impian telah terlaksana. Tgk muka anak2...masing2 buat muka boring....sebab mama n babah tak layan. Biasanya lau tak gi jalan pun...hari minggu kami laki bini akan layan anak2 bermain atau buat aktiviti bersama...so diorang tak la rasa boring sangat. Tapi hari tu kami tak bagi diorang datang dekat kami pun....sebab takut terkena cat. Kami suruh diorang duduk dalam bilik atau ruang keluarga je. Ruang tamu diharamkan pijak....gituuuu...kerrlasss sungguh arahanya.

Maka lepas maghrib, kami bincang laki bini nak ajak anak2 kuar sebab kakak siap tulis memo dalam phone aku " Kami hanya nak kuar jalan jeee....Hukhukhuk..". Pandai diorang ni buat ayat sedih...nyampahhh...tahu la mama kamu ni sensitif jiwanya...lemah lembut orangnya......uweekkk...aku yang termuntah sendiri...jadi kalau reader yang muntah nanti ahkak tak marah, sebab ahkak paham.Hahahaha.

Decide nak makan pizza....so dalam kul 8.00 malam, kami anak beranak cari makan kat Dataran Pahlawan.



Budak3 yang buat muka sedih...muka sardin


Lapar la tu konon....padahal kat umah tu mama masak tau walaupun sibuk. Saje je....biasaaaaaa dia.


Minumanku


Separuh telah selamat mendarat didalam perut


Wajah keriangan bila dapat keluar


Kakak ayu bertudung.....konon zara dalam Mr. Arrogant la tu

Hubby ku....pewiiitttt


Tuan tanah yang keletihan dalam kepuasan.

Sekian cerita untuk hari ini ye....esok akak nak cerita entry yang telah dijeruk dan dibuat pekasam 2 minggu lepas.



Isnin, 18 November 2013

D.I.Y WALL DECO

Aku kan ada cerita yang hari Jumaat lepas aku bercuti. So, sebenarnya ada plan lain nak dibuat. Aku ada cakap ngan hubby nak buat deco2 rumah. Aku cerita lah kat dia aku nak buat macamana. Aku ajak dia pergi beli peralatan. Masa aku cakap tu, dia macam tak konfiden je....dia takut jadi buruk. Dia siap warning lagi....lau umah nampak buruk, aku yang harus bertanggungjawab. Tak percaya dengan kekreatifan isteri la tuuu. Ta pe bang, u buat jeee.......yang lain u tak payah pikir.


Bahan2 yang dibeli ialah playwood nipis, cat, sealer, kayu siling, gergaji, paku kayu, paku simen dan gam wallpaper. Gambar kat atas adalah proses pemotongan playwood (ejaan aku tak pasti macamana...aku main belasah je tu)


Kat sini aku minta hubby buatkan 3 bahagian dalam ukuran 1.5 x 5 inci bagi setiap satu.


Sekarang adalah proses memaku bahagian belakang menggunakan kayu lak.


Kayu playwood yang telah siap di paku


Pemandangan bahagian belakang. Yang ni la yang aku duk cerita kena guna kayu n paku sebagai sokongan


Langkah seterusnya ialah pemasangan wallpaper. Aku gunakan lebihan wallpaper diruang tamu rumah aku.


Mula2 bancuhkan gam mengikut arahan yang telah diberi...biarkan 15 mnt. Kami gunakan scraper untuk pastikan wallpaper ini betul2 melekat di kayu ini. Pastikan tiada gelembung udara didalamnya ya. Tolak gelembung udara dengan menggunakan peralatan tersebut.


Dan inilah hasilnya.....Kami memulakan kerja pertukangan ini selepas maghrib....pukul 11.00 malam baru siap.


Keesokannya, kami meneruskan dengan step kedua pula iaitu mengecat dinding. Mula2 catkan dinding dengan warna putih terlebih dahulu. Gila kejam aku ni...pagi2 buta kejutkan lagi untuk catkan dinding rumah.


Sebelum cat dinding, kita perlu lekatkan maskin tape dibahagian yang kita nak cat sebagai pembahagi ruang.


Selepas makan tengahari, proses mengecat bermula. Aku pilih warna merah sebab nak naikkan seri ruang tamu rumahku...lagi pun tema ruang tamu ni ialah hitam, putih dan merah.


Lapisan pertama. Tolong abaikan lelaki seksi didalam gambar itu ya. Kalau dia tahu aku masukkan gambar dia tak berbaju cam ni...confirm menangis air mata darah laki aku ni.


Setelah cat kering, laki aku mula menggantungkan decoration yang kami buat semalam.



Hati2 ye bang....ai masih sayang kat u tau.


Decoration kedua telah siap digantung. Gaya orang kat atas tu macam profesional jeee.


Dan yang terakhir sekali


Tadaaaa...inilah tercemahan apa yang telah aku bayangkan. Sekarang kami telah zahirkan melalui walldeco


Ini adalah ruang yang kami belum cat lagi....ingat nak cat dengan warna soft grey dikiri dan kanan cat merah tu.


Ini pula wallpaper yang kami tampalkan di ruang tamu...so lebihanya itu lah yang aku buat sebagai decoration.


Pemandangan mengiring


Gambar selepas. Bila ruang ni nak digantung tv nanti, aku akan naikkanlah semua  deco tu sebaris. Oleh kerana tv belum ada lagi, maka aku buat secara bertingkat dulu.


Gambar sebelum


Hahaha...perasaan puas bersarang dihati....CETUSAN IDEA ISTERI....HASIL TANGAN SUAMI.
Walaupun kami mempunyai karektor yang berlaian, minat yang berbeza, tapi kami punyai citarasa yang sama. 

Nak buat kerja macam ni, sebenarnya perlukan sokongan diantara satu sama lain...baru menjadi. Apa yang kami buat mungkin tak cantik dimata orang lain...tapi kami tetap gembira asalkan cantik dimata kami.


Hahaha...puassssssssssssssssssssssss gila rasa.Gila pun tak rasa puas cam ni.

So, nampaknya deco seterusnya akan bermula lagi selepas ini. Dalam kepala ni dah ada macam2 idea.
So, tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu.



Bye.




HARI INOVASI SEKOLAH ANAK

Assalamualaikum.............

Lama sudah tidak menulis rasanya......ahkak teramatlah buzy semenjak 2 menjak ni. Hari ini baru berkesempatan untuk buat new entry. Tak tahu nak mula dari mana....story mory n gambar berlambak nak diceritakan. So rasanya better buat story yang baru berlaku....yang lain plan2 ahkak tepek kat sini ya. Dah alang2 cerita lama...biarlah lama betul....tak gitu.

Hari Khamis lepas adalah hari Inovasi @ hari penyampaian hadiah di sekolah anak.Anak sulung ku adalah dapat hadiah untuk subjek tertinggi, tapi Aniq tak dapat apa2 hadiah...muka sedih je...n mula la buat ayat2 sedih...."Abang tak pandai macam kakak". Ok bang....next year belajar lebih tekun lagi ye...jangan asyik ingat nak main jeee. Aku adalah bebel sikit kat dia hari tu...bagi kata2 nasihat sebenarnya.


Majlisdiserikan dengan persembahan pelajar PRA Sekolah.


Kakak tgh menunggu giliran untuk mengambil hadiah


Muka orang tgh happy la tu.


Selesai je Aufa menerima hadiah...kami terus cabut....ada urusan lain harus diselesaikan.

Sebenarnya, aku bernasib baik sebab Hari Inovasi Sekolah jatuh pada hari Khamis petang....lau tak, aku memang tak berkesempatan untuk pergi kerana aku menjadi salah seorang urusetia Konvokeyen tempat aku bertugas. Nasib baik Hari Khamis hanya separuh hari saja...jadi dapatlah bagi sokongan moral untuk anak.



Aku bertugas sebagai urusetia konvokesyen ni bermula daripada Hari Selasa hinggalah Khamis dan inilah team kami. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar.

Hari Jumaat aku memang saja apply cuti...saja2 nak rehatkan badan setelah berpenat lelah seminggu. So petang tu aku n hubby yang jemput anak2 dari sekolah. Masuk je dalam kereta, anak2 aku masing2 bagi tahu yang mereka dapat kekal dalam kelas A. Lega sangat rasa. Yang aku paling risau ialah Aniq, sebab aku tahu dia lemah sikit berbanding dengan kakaknya...tp lau dia dapat kekal dalam kelas A, maknanya ok lagi lah tu walaupun tak dapat apa2 hadiah. Alhamdulillah...syukur.




Isnin, 4 November 2013

ANAK2 KU, COUSIN DAN MASKOT MILO

Gambar ni punya lah lama....tp baru jumpa....jadii aku tepek la kat sini....ada aku kesah gambar lama atau baru....janji aku ada cerita nak update...biarlah ada daripada tak ada kan??? Tapi aku tak lah kejam....lama pun tak adalah lama sangat...3 minggu lepas jee.

Ari tu aku ada cerita yang kakak ipar aku ada datang kan? Bila dia datang kat umah, dia tgk aku hampar tikar evamatik kat ruang keluarga, aku buat alas meja makan, dan letak kat dapur...bagi sedap sikit montot ni nak duduk bila menumbuk. Hahahaha....mesti korang fikir aku ni oldschool sikit kan, sebab zaman canggih orang dah guna blender aku masuh guna lesung batu lagi. Halllooo kawan2...aku bukan tak ada blender....tp sesetengah masakan tu best sekiranya kita tumbuk....tak gitu Chef Wan. Haaaa kerlas kau...tanya Chef Wan tuuu....kau mampu????
Ok berbalik kepada kisah tikar tu semula yeee...
Bila dah berkenan tu, dia tanya la aku beli kat mana tikar tu yang bercorak abstrak...aku cakap la kat maideen (aku tak ada syer atau kepentingan apa2 yer ngan Maideen....hahaha). Terus dia cakap nak pegi beli....maka bergerak la kami sekeluarga ke sana.


Nampak tak tikar yang dia duduk n kat bawah meja makan tu....dan satu lagi kat dapur tu....letak betul depan singki...tak nak bagi becak sebenarnya. Yang ni la yang dia berkenan tu.


Bila sampai sana, nampak promoter tengah susun kotak milo. Aku tanya boleh ke aku nak beli yang kotak besar tuu...dia kata boleh...lau yang kecil tu untuk diberi percuma....tp kena tunggu 10 mnt lagi la...sebab pukul 6 baru promosi tu bermula. Apalagi...sanggup la kami tunggu...sebab dia kata akan ada maskot milo. seronok la budak2 tu.


Minum...jgn tak minum....


Model2 iklan milo


Seronok kemain masing2


Tengah beramah mesra.


Kami yang parent ni ingatkan dia bagi air kotak milo percuma kat kanak2 jee....rupanya kat parent pun dia bagi. Dah bagi...kami minum je lah...rezeki jgn ditolak.

Ok tu je cerita ari ni.
Nak buat keja sikit. Nanti ketemu lagi dilain siaran ya ibu2 bapa2.





Jumaat, 1 November 2013

HOBBY BARU...MENGGUBAH BUNGA

Sekarang ai ada hobby baru uollss....hahaha...kerlasss tak....ada hobby pun nak citer ngan orang. Aku kan jenis manusia yang oveeerrrr...so kena terima lah hakikat itu. Hobby ai sekarang ni ialah menggubah bunga. Semenjak masuk umah baru ni....umah aku nampak sepi jeee....tak ada penyeri. So, teringin la nak letak bunga sikit. Mula2 cuba gubah satu....kembang kuncup hidung ku tengok bunga yang aku gubah sendiri. Sendiri gubah, sendiri bangga. Anak aku yang jadi mangsa kena jawab soalan aku...."cantik tak bunga yang mama gubah ni". Kalau sekali aku tanya ok la....tp aku tanya berkali-kali.....penat budak2 tu nak layan aku....nampak je aku duduk depan bunga yang aku gubah, terus mereka lari....takut kena tanya soalan latuu. Nyampah tau. Jadi terpaksa la kau puji diri sendiri...." cantiknuya bunga yang aku gubah"....hahaha riak kan aku????

Bila gubahan pertama dah menjadi...apalagi, rasa nak kembangkan bakat yang ada kat tangan ni....banyak pula tempat yang aku fikir perlu letak bunga. Cakap ngan hubby, dia kata tak payah nak buat kebun bunga la kat umah. Terus ai sentap....tp ada aku kesah...aku paksa juga dia teman aku beli bunga....yang bestnya, dia nak pula ikut kerenah bininya yang hommeeeeiii ni. Hahaha....sila muntah lepas ni ye.


Bunga pertama berjaya digubah


kasi zoom sikit


Aku letak kat atas mini counter bar....gantikan pokok hidup yang telah mati masa balik kg ari tu. Yang ni kompem tak akan mati walaupun aku tinggalkan berminggu-minggu.


Bunga kedua ialah anggerik putih


Homeiikan


Aku letakkan atas rak tv di ruang menonton. Ruang ni kan gelap....so aku beli la bunga yang berwarna cerah, supaya naik seri sikit.


Hasil tangan yang ke tiga....ai love purple n putih...masuk sangat warna dia


Rasa bangga gila ngan diri sendiri bila boleh gubah bunga. Kalau org lain tgk...mungkin dia akan cakap "ek eleh...gubahan macam ni pun nak riuh seantero dunia....aku boleh gubah ngan kaki je lau cam ni"


Ini adalah yang last aku gubah...tetap warna putih...so aku beli bunga anggerik putih lagi sekali...tp yang ni aku combine kan dgn bunga pink kecil dan daun panjang.


Pasu pun corak bunga anggerik putih pink.....tp kebetulan sebenarnya....bila dah siap gubah baru perasan.
Pasu ni dah lama beli kat Hinode Shope....tp baru guna.


Ini lak bunga atas rak tv ruang tetamu


So....inilah gambaran keseluruhan. Wah bangganya.....
Ok lah weehhh aku belah dulu....nak sambung bangga dengan diri sendiri ni....
Lau ada masa aku update lagi entri yeeee.