FOREVER

FOREVER

Isnin, 18 November 2013

HARI INOVASI SEKOLAH ANAK

Assalamualaikum.............

Lama sudah tidak menulis rasanya......ahkak teramatlah buzy semenjak 2 menjak ni. Hari ini baru berkesempatan untuk buat new entry. Tak tahu nak mula dari mana....story mory n gambar berlambak nak diceritakan. So rasanya better buat story yang baru berlaku....yang lain plan2 ahkak tepek kat sini ya. Dah alang2 cerita lama...biarlah lama betul....tak gitu.

Hari Khamis lepas adalah hari Inovasi @ hari penyampaian hadiah di sekolah anak.Anak sulung ku adalah dapat hadiah untuk subjek tertinggi, tapi Aniq tak dapat apa2 hadiah...muka sedih je...n mula la buat ayat2 sedih...."Abang tak pandai macam kakak". Ok bang....next year belajar lebih tekun lagi ye...jangan asyik ingat nak main jeee. Aku adalah bebel sikit kat dia hari tu...bagi kata2 nasihat sebenarnya.


Majlisdiserikan dengan persembahan pelajar PRA Sekolah.


Kakak tgh menunggu giliran untuk mengambil hadiah


Muka orang tgh happy la tu.


Selesai je Aufa menerima hadiah...kami terus cabut....ada urusan lain harus diselesaikan.

Sebenarnya, aku bernasib baik sebab Hari Inovasi Sekolah jatuh pada hari Khamis petang....lau tak, aku memang tak berkesempatan untuk pergi kerana aku menjadi salah seorang urusetia Konvokeyen tempat aku bertugas. Nasib baik Hari Khamis hanya separuh hari saja...jadi dapatlah bagi sokongan moral untuk anak.



Aku bertugas sebagai urusetia konvokesyen ni bermula daripada Hari Selasa hinggalah Khamis dan inilah team kami. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar.

Hari Jumaat aku memang saja apply cuti...saja2 nak rehatkan badan setelah berpenat lelah seminggu. So petang tu aku n hubby yang jemput anak2 dari sekolah. Masuk je dalam kereta, anak2 aku masing2 bagi tahu yang mereka dapat kekal dalam kelas A. Lega sangat rasa. Yang aku paling risau ialah Aniq, sebab aku tahu dia lemah sikit berbanding dengan kakaknya...tp lau dia dapat kekal dalam kelas A, maknanya ok lagi lah tu walaupun tak dapat apa2 hadiah. Alhamdulillah...syukur.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan