FOREVER

FOREVER

Ahad, 25 Ogos 2013

YEE MEE SIZLING DI TESCO

Cerita hari minggu. Kami sekeluarga keluar...tujuan nya nak cari bedak ai yg dah habis. Lepas tu my kiddos request nak makan sizling....oleh kerana dah lama gak kami tak pekena sizling...maka marilah kita ke TESCO.


Lapor pula bila tengok gambar ni


Aniq makan habis satu pinggan...lompat bintang mama tengok


 Sila lah...makan jangan tak makan


Budak ni pun kemain lagi makan....baju yang putih bertukar coklat jadinya


Ini lah tujuan sebenarnya....lipstik dan bedak ZA




Jumaat, 23 Ogos 2013

STEAMBOAT & GRIL DI RESTORAN API-API


Cerita ni dah lama...malas punya pasal...gambar2 terperuk je dalam hp. Oleh kerana minggu ni ada sifat kerajinan sikit, maka marilah kita berkongsi cerita sedikit.



Masa kami pergi ni ada harga promosi iaitu RM 19.99 seorang


Inilah restorannya


Macam2 ada....ketam, kerang, daging, ayam, kambing, segala jenis seafood, segala jenis mee, ais krim, ...dan macam2 lagilah


Aniq pilih mushroom soup...tak berbaloi bawa budak ni tau...tak makan sangat. Adam lak asyik duk pusing meja jee...


Kakak memang makan bersungguh2. Berbaloi2 bawa dia


Mr.B tengah fokus menjamah makanan


Tuan tanah (nape jerawat banyak lak timbul ni...dah la musim perayaan ni...buat spoil sungguh)


Ai makan bubur nasi lak


Makanan yang sedang dibakar dan dimasak bersama tom yam n soup


Makan jangan tak makan


Banyak gila kami ambil....macam orang gila nak habiskan semua ni...


Budak ni minum air je...adam lak asyik gi merayap dalam kedai je...nak ambil gambar pun tak sempat.


Keseluruhannya, kat sini memang banyak makanan berbanding dengan tupai2...tetapi kat sini rasa tom yam dia kurang menyengat berbanding di Tupai2. 

Makanan = Api2 lagi meriah dan banyak
Rasa = Tupai2  lagi sedap + suasana yang tenang macam resort

Itu je komen yang boleh aku bagi...tapi apa2 pun korang boleh cuba kat sini....rasanya taklah rugi.

Ok...bye...nanti kita jumpa lagi...banyak lagi yang ai nak riakkan pasal makanan ni. Tungguuuuu....






Khamis, 22 Ogos 2013

KOLEKSI CADAR ANAK PEREMPUANKU


Cadar ni jenis cotton 100%, beli di Akemiucchi...lau tak silap masa ni ada sale sehingga 70%


Pilihan hati dia...tak sah lau tak purple n pink


Sweeet kan????


Nak kena beli gak kaler ni untuk bilik sendiri...jeles ngan anak sendiri punya pasal...mak pun nak pink purple gak....
Abang, tolong la penuhi impian isterimu ini....jom kita tukar tema bilik kita nak tak??????


Rabu, 21 Ogos 2013

GUNUNG GANANG

Sejuk je mata memandang semasa perjalanan dari Kelantan ke sini....perjalanan yang dihiasi gunung ganang dan kabus waktu pagi.


Tengok....gunung yang dihiasi kabus mengiringi perjalanan kami


Tenang je rasa


Indahnya ciptaan tuhan


Kali ni, aku keluarkan tangan melalui cermin keta lak...nak bagi clear sikit gambar
kemain bergegar tangan dek kerana ditiup angin...nasib baik phone cap ayam ku tak terjatuh tau. Kalau jatuh aku akan salahkan laki ku sebab ini idea dia, suh aku ambil gambar ikut luar tingkap.


Dan hasilnya....bestnya....


Hebatnya...tak tergambar dengan kata2. Perjalanan yang cukup indah.






Selasa, 20 Ogos 2013

PINTU ALUMINIUM

Ini idea laki ai. Ai redha je walaupun dalam hati menadah tangan syukur (matakeatas). Asalnya pintu untuk bilik stor kat dapur laki ai dah beli tau...cuma tak sempat cat je lagi...tetapi otak laki ai ni tetiba terkena virus...terus programingnya bertukar...dan tak pasal2 rancangan terpaksa ditukarkan. Dan ini lah hasilnya.....



Pekerja yang tgh drill bingkai pintu


Ini pula taukehnya....yang tak pakai baju tu, tak tahu la pula laki siapa


Pintu setelah siap dipasang


Aku pilih corak pokok berdaun....


Laki ai yang beria2 nak tukar pintu stor ni daripada kayu kepada aluminium...katanya nak matchkan dengan kitchen kabinet...baru nampak sama hitam...apa2 je la...(ku tumpang gembira jeee)


Pintu kayu yang telah dibeli tapi belum sempat dicat...belum guna tap telah ditukar...kesian dia.


Isnin, 19 Ogos 2013

THE SMURF 2

Hari sabtu petang kita satu family gi tengok citer The Smurf 2.....dah janji ngan anak3 masa bulan puasa lagi, so terpaksa la tunaikan...lau tak pagi petang siang malam la mereka dok cakap benda yang sama. Kemain lagi kami rushing ke GSC mahkota Prade....citer start kul 6.15, kul 5.15 kami masih kat umah...rasa cam dah malas, tapi anak3 beria pula ngajak...pegi jugalah demi anak3. 

Sebelah pagi, aku n laki aku mengejat bahagian dapur basah...siap buat deko kat bahagian tu, aku pegi masak2 lak....dah setle masak2, kami sekeluarga pun melantak lah....bila dah melantak, paham2 je lah...mata pun mula la mengantuk...jadi masing2 terbongkang dalam bilik masing2. Sedar2 jam dah dekat kul 5...apa lagi, kelam kabut la semuanya bersiap. Masa nak pegi dah la kena menempuhi byk trafik light, jem lagi, mana nak cari parking lagi....nasib baik sampai kat kaunter tiket ngam2 kul 6.15...sempat la anak3 tengok citer tu.

Kami tak sempat nak bergambar sebelum citer bermula cam biasa...tapi kami tetap bergambar...kali ni selepas habis citer lak....hahaha...dasar gila bergambar sungguh keluarga aku ni.


My Heros


3 Lelaki pujaanku 

 

Demi anak3, bapa terpaksa layan tgk citer kanak2 riang


Aniq


Adam


Aufa


My Kiddos


Pengarang jantung hati mama


Penambahan permintaan dari anak3...nak tgk citer planes lak.....(garu kepala yg tak gatal)


Dah besar anak3 mama


Rileks jap kat dataran sambil makan ice krim...gaya paling macho la tu konon


Suka sangat lepak malam2


Bapa lak rilek jap untk smoking


My gegirl...kemain lagi




Jumaat, 2 Ogos 2013

BALIK KAMPUNG SAMBUT RAYA 2013

Hati gembira nak balik kampung..............

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Selamatkan dan permudahkanlah perjalanan ku untuk pulang ke kampung Ya Allah,
Semoga aku sekeluarga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Saya juga doakan agar perjalanan kawan2 juga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Pandu berhati-hati dijalan raya.






Perjalanan balik kampung.



Moga kita akan bertemu lagi.

Bye