FOREVER

FOREVER

Rabu, 10 April 2013

HADIAH DARI SI DIA

Cerita ni dah lama...beberapa minggu lepas, tapi nak citer gak. Suami aku ada minta aku tolong temankan dia beli kasut, so aku ikut jela....laki aku ni ngada2 sikit (anje sgt tau) nak berteman bagai. Kami pun pergi la ke Mahkota Prade....ding dong ding dong akhirnya jumpa la kasut yang dia rasa berkenan dan selesa untuk dia pakai. Lepas tu dia pun ajak la aku ke satu bahagian pula....bahagian kasut wanita n dia cakap pilih la kasut mana yang u berkenan janji jgn lebih RM 150. Terus muka ku bercahaya dan tanpa rasa bersalah aku rembat sepasang sandle yang baru sampai pagi tu...kata promoter kat situ la. Ya atau tidak tak tahu la pula kan. Dia kata aku orang kedua yang beli kasut tu.


 
Sembonia...Mak syuka syangat....auwww
 
 
 
Pakai je kasut ni...terus perasan jadi model....tinggi tapi selesa sangat...ringan dan lembut.
 
 
Lap u lah baby.....harap2 kasut ni bukan hadiah untuk harijadi tau...mana boleh hadiah hari jadi beli awal...hadiah hari jadi kira lain yeee.
 
 
 
 
 
 
 

Selasa, 9 April 2013

RINDU KAT SI DIA


 
 
  
 
   
Hidup Ini Harus Saling Melengkapi

Umpama Ombak & Pantai

Begitulah jua AKU & DIA.....

Aku ingin engkau sentiasa disisiku

Dalam susah atau senang, dalam tawa atau tangis...

Kerana aku RINDU AKAN KAMU

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PENANTIAN TELAH BERAKHIR

Maap banyak2 lah yeee...lama tak update. Hari minggu lepas memang hari yang memenatkan. Walaupun penat, tp hati ku gumbira...sebab akhirnya kunci rumah idaman kami telah diserahkan.
 
 
Ini lah kunci yang ku tunggu2 selama ini.
 
 
 
 So apalagi, pada pagi Sabtu orang buat grill datang ukur, tengahari pula kontraktor yang nak renovate rumah pula nak datang ukur dan berbincang tentang apa yang kami nak, petang pula, kita orang pergi semula kerumah tersebut untuk check defect rumah tersebut....hoiii penat gila.
 
 
Ini pula antara kecacatan yang telah kami kesan dan akan dilaporkan kepada pemaju
 
 
Anak aku boring gila hari tu sebab kami sibuk pasal rumah jeee. Sebagai balasan aku janji nak bawa mereka makan2.Selepas setle urusan rumah, kita orang pun pergi la makan kat sini.
 
 
 
 
Tempat ni juga anak aku request nak makan. Anak org putih sungguh.
 
 
Masa on the way nak gi makan lak, kakak ipar ku telefon katanya malam tu dia nak datang kat umah aku. Dia tinggal kat Port Dickson. Katanya nak ajak aku pergi mandi manda di Melaka Wonderland pada keesokanya (Ahad). Itu yang penat tu hujung minggu lepas. Cerita tentang Melaka Wonderland kita sambung next entry yee. Ok, bye.
 

Jumaat, 5 April 2013

PETUA ERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Ok, hari ni saya akan ajarkan cara bagaimana nak eratkan hubungan diantara suami isteri...Hoiiii...sudah cukup sudah la QM (qasihmama) oiii....tak payah la verangan nak jadi penceramah motivasi. Ai bukan apa...lau diikutkan karektor ai ni...boleh jadi penceramah sebenarnya...cuma takut ustazah siti nurbahyah tak boleh terima hakikat bahawasanya wujud penceranah yang sebegini rupa...mau beliau menangis keluar air mata darah nengok cara ai berceramah...

Astaghfirullahhalaazimm...mengucap QM....jgn sekali2 kamu riak.Mari kita berbalik kepada tajuk kita hari ni ye kawan2. Ok, aku nak kongsi apa yang aku praktikkan untuk memupuk kasih sayang antara aku dan hubby. Sebenarnya ada bermacam2 cara...tapi ini aku nak kongsi cara yang aku buat.

1. Kita kena jadi diri kita yang sebenar
    - Perkara ini harus bermula dari awal perkenalan lagi tau. Kau jangan la nak jadi orang lain depan si dia, tak payah berlakon...itu buang masa sebenarnya. Biarlah dia sayang dan cinta kita sebab kita adalah kita bukan orang lain. Macam aku memang jenis manusia yang tak pandai nak manja2 atau sopan2 gitu. Kalau aku cakap sopan dengan nada suara lemah lembut dan gaya wanita melayu terakhir, confirm laki aku akan pengsan 40 hari 40 malam. Walaupun macam tu...aku tetap ada manja dalam diri tau....kan abang kan?

2. Pastikan kata2 cinta/ sayang terucap
    - Aku selalu tanya kat dia "abang sayang ayang tak?" dan aku akan pastikan dia jawab sayang. Berani dia nak jawab tak sayang? Waktu untuk aku tanya tak spesifik...maksud aku tak semestinya waktu atas katil/nak tidur. Aku akan tanya bila aku teringat, tak kira la atas kereta ke, kat kedai makan ke, dalam toilet ke...yang pasti kena jawab....dan jawapan hendaklah jelas...selagi dia tak cakap sayang, selagi itulah aku akan tanya....(kejamkan) suka hati je main paksa. Tapi itu penting tau...supaya dia sentiasa ingat bahawa dalam hati dia ada orang yang dia sayang. Dan kalau dia nak curang pun mesti dia akan rasa bersalah (mana boleh cakap tak serupa bikin).Hahahaha...

3. Bergurau senda
    - Aku laki bini memang jenis yang tak senonoh...kalau bergurau memang yang bodoh2 je....hahaha janji happy. Contohnya aku suruh anak2 pegang kaki dan tangan bapanya dan aku pula tukang geletek...masa tu dia akan menjerit kalahkan pompuan...hahaha padan muka. Agenda buli membuli perlu ada dalam perhubungan ye kawan2 ....baru happening sikit hidup. Ok, aku bagi satu contoh lagi apa yang aku suka buat...tgh syok tgk tv...aku akan pegang erat tangan dia...usap dengan manja...dan dia pasti akan relakan semua itu...tgh2 dia khayal...maka aku pegang jarinya n masukkan dalam lubang hidungku....masa tu bukan main dia marah (marah sambil gelak) ...tapi perkara itu pasti tidak akan berakhir disitu....dia akan cari masa yang sesuai untuk balas balik perbuatan aku itu....dan aku akan janji tak nak buat lagi...sebab dia masukkan jariku yang runcing dan mulus ini semasa hidungnya belum dikorek lagi...cuba uoll bayangkan..(tp yang ni aku tak suruh korang tiru ok...tak semua laki boleh terima gurauan bodoh macam aku buat...kalau korang terima hadiah sepak terajang jgn salahkan aku)

4. Sentuhan/ belaian/ ciuman
    - Sentuhan amat penting dalam perhubungan. Sentuhlah suamimu sekurang2nya sekali sehari...pegang tangan, pipi atau mana2 bahagian yang korang suka sentuh dia. Sebab melalui sentuhan lah boleh mengeratkan rasa kasih sayang. Sentuhan itu ada cas positif dan negatif tau. Manjakan lah diri dia....contohnya picit jerawat dia ke, potong kuku dia ke dll. Dan...satu perkara lagi, kita jangan kedekut untuk bagi ciuman kat suami...tp kena agak2 juga la...jgn la kita pemurah sangat sampai depan khalayak ramai pun kita buat juga. Kalau depan mak ayah tu cukup sekadar cium pipi atau dahi je...jgn nak berkucupan pula...kang tak pasal2 mereka kena heart attack.

5. Nyayian/ lagu
    - Ini tak bermakna kita perlu jadi penyanyi n buat album ...lagu orang lain pun boleh kita guna...contohnya aku n suami suka nyanyi tau...n sekiranya lirik lagu tu ada kena mengena dengan isi hati aku maka aku akan cakap..."abang dengar lagu ni elok2, saya tujukan untuk abang"....begitulah juga dengan laki aku....suka tujukan lagu untuk aku. So bila kita dengar lagu tu automatik kita akan teringatkan dia walaupun dia tiada di sebelah kita. Kita orang selalu bila naik keta, buka radio n nyanyi sama2 n kiranya lagu tu aku nak tuju untuk dia maka aku akan buat gaya antaranya pegang pipinya (dgn gaya romantik tau, jgn pula kau pegang macam nak cari gaduh) sambil nyanyi n mata pandang dia...(kalah pelakon tau...menangis diaorang lepas ni tak boleh cari makan).

6.Berkongsi
   - Aku memang jenis yang tak kedekut punya (senyum jahat). Aku akan berkongsi apa sahaja dengan suami. Berkongsi duit, berkongsi cerita, berkongsi impian, berkongsi angan2....kata berkongsi hidup...so kita harus berkongsi apa sahaja. Jangan amalkan hak aku, aku punya...hak kau pun aku punya...itu bahaya.

7. Menjadi pendengar yang setia
    - Kita kaum isteri ibarat tulang belakang suami, jadi kita perlu menjadi pendengar setia setiap permasalahan suami kita...kalau boleh kita tolong, kita tolong. Kita harus support suami kita dalam apa jua keadaan. Kadang2 dengan meluahkan apa yang dia rasa dan ada orang yang mendengar akan membuatkan dia rasa lega. Tapi....kalau dia luah permasalahan  sebab dia nak kawin lain tp tak dapat,....alamatnya kita jumpa kat hospital lah yeee.

8. Meraikan tarikh2 penting
    - Kita perlu meraikan hari2 yang bermakna dalam hidup dia...seperti hari lahir, anniversary...dan yang seangkatan dengannya. Caranya tak payah la nak cerita....pandai2 la korang rangkakannya mengikut acuan korang sendiri.

9. Banyakkan  masa bersama dia dan keluarga
    - Apa yang aku praktikkan dalam kehidupan aku ialah, bila pulang dari tempat berkerja, maka aku akan tinggalkan segala masalah dan kawan2. Di rumah, aku hanya ada dia dan anak2. Aku tak akan sekali2 keluar enjoy dengan kawan2 apabila pulang kerumah. Aku tak pernah nak berchatting, bersms, bergayut di phone dgn kawan2 sehingga boleh mengabaikan dia. Habis waktu kerja, balik ke rumah...dunia baru ku akan bermula. Aku akan pastikan setiap detik yang terluang aku akan habiskan bersama mereka. Itu aku la....

10. Terima dia seadanya.
      - Kita perlu terima kebaikan dan keburukan dia....tanamkan dalam diri yang manusia tidak sempurna begitu juga dengan kita. Prinsip aku senang..." kalau kita nak pasangan yang sempurna, maka sampai bila2 pun hidup kita tak akan sempurna". Kalau dia salah, kita perbetulkan, kalau kita salah kita kena terima. Kalau dia buat salah...beri peluang untuk dia berubah....kita sebagai isteri jangan cepat melatah. Sabar dan pengorbanan itu perlu dalam kehidupan berumahtangga. Baru bahagia tak gitu?????

Woooowww panjang gila...penat weeehhh menaip. Mau tercabut kuku ai yang cantik, kasar jari ai yang mulus ni....

Apa yang aku kongsi ni adalah sebahagian sahaja. Aku kongsi apa yang aku buat...lain orang lain cara. Kalau boleh jadi ikutan, ikutlah...lau tak boleh jangan paksa....kan tak semena2 laki korang cakap "bini aku ni buang tebiat ke?" Sape nak jawab tuuu............

Ok itu je perkongsian yang boleh dikongsi...selamat beramal. Bye

Khamis, 4 April 2013

RAGAM ADAM

Anak aku sorang ni obses kepada Altraman. Mainan altraman usah cakap la...bertimbun. Kalau beli cd tu...cerita altraman je lah yang dia pilih. Kalau dia minta pasangkan cd dia...orang lain harap maaf...tak boleh nak tgk tv....satu hari tu dia je lah yang kongker...lepas altraman, altraman....cd tu sampai ulang tayang citer yg sama 10x (kalau cd tu boleh minta tolong, confirm dh jerit minta tolong)...tp skrg dh ok skt, habis cerita dia, dia tak ulang tgk lagi n bg chance org lain pula tgk tv.
 
 Masa balik kampung dulu...ada sorang budak tu datang ke kedai runcit neneknya nak beli jajan, kebetulan budak tu pakai baju altraman....byk lak tu gambar tomennya kat belakang baju. Boleh pula masa budak tu asyik memilih jajan dia pergi bilang altraman kt belakang budak tu...ghairah sungguh dia tgk baju altraman budak tuu...siap cakap...ni mebius, ni tiga, ni seven..bla..bla...(nama2 tomen). Tercegang jap budak tu...mesti dia pikir anak siapa la tak sopan tu.
 
Lepas tu apa lagi asyik minta nak baju tomen juga la...demi memenuhi hasrat anak...aku cari la baju tu kat melaka..tp sayang tak jumpa, yg ada cuma superman, spiderman, ben 10, doraemon...aku pujuk gak la nak beli yg superhero lain tp tak mau nya dia...
 
Masa balik kg sekali lagi...Usu dia jumpa baju tomen...n belikan la kat dia n abangnya...so apa lagi...punyalah gembira...sampai berbulu la baju tu dia pakai. Pernah satu kali tu, aku bawakan abang dia baju altromen.... kat dia aku bekalkan baju lain ...tp aku tersalah...rupanya aku bagi kat abang dia tu baju altraman dia (Oren abang dia, dia warna biru)...punyalah dia menjerit kat taska tu suruh abang dia buka baju tu....jadi terpaksa la abang dia bukak baju tu n pakai balik baju yang dah pakai belah pagi (aku bekalkan 2 psg..pagi n petang)...ialah, nak pakai baju dia mana muatkan?So skrg ni aku dah jumpa baju atomen...n ada la belikan dia 3 pasang.
 
Satu lagi perangai dia yang aku perasan ialah suka menyanyi...cakap je lagu yang terbaru mana yang dia tak hafal. Lagu orang dewasa lak tu...Cikgu dia kat taska pun selalu cakap ngan aku yang si Adam ni jenis cepat sikit...nyanyi ke...apa2 je lah yang cikgu ajar. Cikgu dia juga cakap yang adam ni jenis yang senang jaga, tak lasak...tak macam jaga budak2 lain. Dia kata Adam akan pilih kalau nak berkawan...dia akan pilih yang tak lasak juga.Aku cakap ngan cikgu yang adam ni ikut maknya...sopan santun, berbudi bahasa (Hubby, tolong ingatkan isterimu agar jangan riak)...hahahah...nak termuntah cikgu dia dengar.
 
Itu la ragam anak2 aku..macam2 pesen, macam2 hobi. Lau abang dia dulu obses kat lori...semua jenis lori dia kumpul. Fengsan mak kau nak layan nak oiii.
 
 

 
Ni la budak Altra tu...
 


Kalau dalam keta...nak nyanyi kena pakai spek mata hitam maknya...perasan jadi retis la tu....ngikut sangat mak dia...Kau pakai spek besar mana sekali pun macam tu juga la suara kau nak oii...takkan berubah jadi suara Jamal nya...




 
 



 
 

Rabu, 3 April 2013

PIZZA MAGGI

Aku ada citer yang hari Isnin aku sakit kepala kan?...So, Hari selasa tu aku pun cuti la....Oleh kerana tak sihat (alasan) maka sarapan pagi n makanan tgh aku beli bungkus je la (dasar pemalas). Bila malam anak2 ku request nak makan pizza maggie..jadi aku layankan je la permintaan anak2ku itu....kata mak yg baik kan? Padahal dalam hati bersyukur sangat dia orang nak makan makanan yg senang nk disediakan...(abang, tolong lempang sikit pipi isterimu yang gebu ini agar jadi lebih rajin) Auuuwww.

Nah...inilahpizza maggie itu.....


 
Ini la rupa bentuknya....masak guna Pemanggang Ajaib Happycall


                         Setelah dibahagikan kepada 4 = aku, aufa,aniq,adam

LUAHAN HATI KAKAK (AUFA)

Hari Isnin petang kepala aku sakit yg amat...mungkin sebab sekarang ni musim panas. So, aku minta la tolong anak perempuan aku urutkan kepala. Anak perempuan aku sorang ni, lau pasal urut mengurut bagi la kat dia...memang pandai n rasa la bila dia sentuh walaupun masih budak2. Ok, masa tgh sesi urut mengurut tu kami bersembang la...macam2 cerita keluar. Dalam duk bercerita tu, aku tanya la ngan dia...

Mama    : Kenapa lau nak apa2 kakak selalu minta ngan abah walaupun kakak tahu abah jarang penuhi?
Kakak   :  Saja..
Mama   : Kakak takut kat mama kan?
Kakak   : Mana ada..
Mama   : Alaaa...ngaku jela yg kakak tu lagi takut kak mama kan dari abah?
Kakak   : Jelingan mama tu buat kakak rasa " aku ada buat salah ke?"
Mama   : Mama kan suka jeling.Lau buat salah, memang la mama jeling...paham sendiri lah yeeee. Nasib baik mama jeling...lau mama membebel? Tak ke berdarah telinga tu nak dengar.
Kakak   : Sebenarnya dalam hati kakak ni hanya tuhan je yg tahu betapa kakak sayang kat mama tau.(anak pompuan aku ni memang kuat emo sikit...biasa la pompuan, sensitip lebih)
Mama   : Yelah tu....kenapa asyik degil n tak dengar kata je....
Kakak   : Walaupun kakak macam tu, kakak amat sayang kat mama tau..Tiap2 malam kakak akan doakan untuk mama n abah. Kakak tak nak kehilangan mama (terharu ai dengar). Tapi lau akak mengantuk sangat, akak akan akan ckp "Ya Allah, aku doa seperti yang selalu aku doa."(Hahahaha...aku gelak dalam hati)
Mama   : Kakak, satu perangai kakak yg mama tak suka. Lau mama cakap, kakak tak dengar n lepas tu buat muka. Lau bagi nasihat, kakak menjawab. Suka cakap tinggi suara...tak baik tau...berdosa buat macam tu kat mak ayah tau.
Kakak   : Ye la.
Mama   : Mama tak kan marah kalau kakak tak buat salah tau. Setiap yg mama marah tu pasti ada sebab. Mama marah pun sebab nak suruh kakak faham mana yang salah, mana yang betul. Gila apa mama nak marah tanpa sebab. Mama marah sebab mama sayang kat kakak...nak kakak jadi manusia yang baik.
Kakak  : Ok kakak minta maaf. Lain kali kakak tak buat lagi.
Mama  : Lain kali jangan nak sentap sangat kalau orang marah atau tegur. Belajar terima kesilapan. (anak perempuan aku ni memang cepat sentap sikit...sesitif lebih)

Kakak...lau kakak nak tahu, mama pun sayang kat kakak...kakak la satu-satunya anak pompuan mama. Kalau boleh, mama nak kakak jadi anak yang baik, pandai, dengar kata, berjaya...ibarat kata semua yang baik2 la....dan satu lagi...jadi kakak yang terbaik untuk adik2. Kakak ibarat bayang2 mama...lau mama tak ada...biarlah abah n adik2 rasa mama tetap ada sebab kakak ada....n kakak boleh ganti mama.

Sayang kakak selalu.....