FOREVER

FOREVER

Selasa, 27 September 2016

JALAN2 CUCI MATA DAN DOMPET

Hari Sabtu lepas akak kerja.....tengahari pula bergegas pergi jumpa kakak Aufa kat MRSM Muar. Dia nak outing katanya. Nak beli keperluan sekolah dan perut (makanan).

Lepas setel beli barangan dia, kami hantar semula dia kat mrsm. On the way balik, singgah kat masjid tepi jalan untuk solat Asar. Dah siap solat rasa lega sangat....boleh santai2 dalam kereta....
Kami singgah beli coconut shake dan burger tepi jalan....bersebelahan dengan tempat orang jual hasil pertukangan. Kebetulan memang dah lama niat nak singgah kat sini. Nak servay harga gazebo. Kebetulan hari ni kami tak ada apa2 aktiviti dan hari pun masih cerah....maka menyinggah la kami anak beranak.

Kami dah berkenan dengan satu gazebo kat sini. Tetus akak masukkan dlm wishlist. Tunguuu....pasti akan jadi milikku. Hehehehe....verangan lebih betul la kan?

Dah setel bertanyakan harga dan tengok design.......akak minta laki akak bawa akak ke Madam King....nak cari bekas makanan yang ada penutup. Kebetulan kat Madam King ada buat offer....terus kami ke Bandaraya pula.

Akak beli sembilan biji bekas makanan pelbagai size yang ada penutup tu. Akhirnya dah ada dalam koleksi sekarang. Senang bila nak hidangkan tetamu makan.



Yang berkenan di hati



Ala2 corell tapi sebenarnya opal. Akak beli yang corak simple tu....yg gambar kat atas. Akak beli setiap size 3 unit. Gambar yang 1.5L tak ada pula kat sini.

Itu je lah kisah hujung minggu kami......niat asal nak jalan2 cuci mata....tapi macam biasa la.....pasti akan tercuci dompet skali. 


Ok la....bye....bye....tata...titi.....titu.........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan