FOREVER

FOREVER

Jumaat, 26 Ogos 2016

BEKPES SANDWICH SARDIN

Hallooooooo
Korang semua dah bekpes ke.....
Pagi ni akak buat sandwich sardin je utk anak3 bekpes. Itu pun balance inti sardin yang akak buat karipap petang semalam.

Happy sangat bila anak2 puji karipap akak sedap....cruncy katanya. Kembang kuncup kejap hifung akak. Nak teriak pun ada. Lain kali anak2 jangan nak puji sangat mama kamu ni.....perangai dia tu lain macam sikit.

Mana la akak tak riak.....seumur hidup akak, akak tak pernah buat karipap. Bila sekali buat....dapat pujian. Manalah akak tak melompat. Padahal buat karipap guna roti je.....bukannya uli tepung sendiri. Lau aku uli sendiri.....mahu aku panggil tv3 buat liputan.....nampak tak keriakan dan kebanggaan diri di situ.

Kesian anak2 mama ni kan.....dapat mak yang tak pandai masak. Buat karipap pun kecoh....hekeleeeeehhhh.

Alaaa....gambar karipap dah tak ada untuk diriakkan. Yang ada gambar sandwich je. Pun boleeehhhhh lah kan. Nah tengoklah sandwich akak yang kebaboooooom tu ....hahahhahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan