FOREVER

FOREVER

Khamis, 9 Oktober 2014

CHE MEK MOLEK

Bersiaran lagi kita setelah bercuti beberapa hari kat kampung sempena balik Raya Haji. Cerita pasal raya akak upkan lain kali ye. Hari ni mood nak meriakkan diri....hahhahahah.

Bangga wooooo......first time dalam hidup ni akak buat benda ni. Gila tak bangga. Kembang kempis hidung akak bila tengok hasil tangan sendiri ditambah pula mendapat pujian daripada si dia. Wallaweeiii....senyum sampai ke telinga wa cakap luuu. Nasib baik boleh tidur malam. Itu pun termimpi2.

Cakap banyak tak ada guna...meh sini akak tunjukkan hasil air tangan akak yang mulus ni...

'
'
'
'
'
'
'
'


Hahahaha....inilah dia che mek molek.
Walaupun susur galur keluargaku memang dari Kelantan...tapi aku tak pernah buat kuih ni...makan je pernah. Hahahha...bila dapat buat sendiri....gila bangga dengan diri sendiri. Sila tepuk tangan ramai2 ye....jangan lupa bagi pujian sikit.


Asalnya aku beli ubi keledek daripada makcik cleaner kat pejabat aku tu. Tengok ubi dia...mak aii segar bugar...terus akak terpikat nak beli. Dah beli tu akak letak je kat dapur....sampai la dah dua tiga hari suami tengok tak terusik pun plastik tu....terus dia buka. Dia tanya akak nak buat apa...akak cakap la boleh buat macam2...kuih ke....goreng tepung ke.......
Sekali dia boleh sound balik akak ....."Ialah sangat bini abang ni....dah lama abang kenal....lama-lama jadi pekasam la tu". Meyirap darah akak....ooooo selama ni dia tak percaya la kebolehan akak la tu. Tak pe...tak pe.....tengok la esok apa jadi kat ubi tu.

Terus esoknya akak bangun pagi2...rebus ubi, kuarkan gandum dan akak uli ubi rebus ni bersama gandum dan diletakkan gula sedikit didalamnya.....maka terhasillah Che Mek Molek. Bila dia bangkit tidur...terus ngap kuih ni...akak buat dalam 20 biji ++++. Akak makan satu biji, Aufa satu biji, Aniq satu biji....yang lain semua dia balun. Baru dia tahu siapa Kak Jah yang sebenarnya. Minggu ni siap request nak suruh aku buat lagi sebab ubi hari tu masih ada balance.

Tak kuasa akak nak layan. Hari tu kemain kutuk akak. Air tangan akak ni mahal...tak boleh buat selalu. Hehhehehehe.





Tulus Kasih,
Qasih Mama





Tiada ulasan:

Catat Ulasan