Hari Sabtu lepas aku kerja...ada taklimat untuk pelajar baru. Malas, tapi bila fikir tanggungjawab...ku gagahi juga untuk hadir. Bangun pagi2, buat sarapan utk anak2 dulu .....kemudian baru pergi kerja.
Pelajar yang sedang mendengar taklimat...termasuk pegawai yang bertugas
Bos aku tgh berucap untuk rasmikan program
Buruk benau perangai aku...dah la jadi tetamu, duduk atas penrtas...tapi sempat lagi tangkap gambau
Masa tgh taklimat, ada sms masuk...kakak ipar ku yang tinggal kat PD cakap nak datang rumah...dah on the way katanya....dalam kepala masa ni tgh pikir nak masak apa tgh ni. Sedang tgh berpikir tu....tiba2 dapat sms lagi....sahabat lama aku yang dah ke Puncak Alam lak cakap nak datang umah petang nanti....apa lagi, terus pikir untuk minum petang sekali.
Selesai je program, aku terus menuju ke pasar...nak cari bahan untuk memasak. Lap peluh jap.....ni baru membeli, lau memasak karang, tak tahu la macam mana tahap meroyan aku ni. Almaklumlah....aku bukan jenis yang hebat didapur.
Sahabat ku sekeluarga dah sampai.....awal lak tu....cakap petang. Aku memang masa ni tak masak untuk minum petang lagi (bukan alasan yeee...hahahaha). Aku hanya buat koktail je...itupun nasib baik senang, main tuang jee.
Laki ku tgh melayan lakinya
Kami tgh menyembang...tp tak puas sangat sembangnya tau....sebab dia nak kena berangkat cepat...nak singgah kat pantai Blue Lagooon katanya.
Sahabat ku yang kedua pula datang...Miza n adik iparnya....apa lagi...sambung sembang n gossip lagi. Yang paling lawak...kami sembang sampaikan laki Kak Zila dah gelisah nak balik....last2 dia hantar sms je kat Kak Zila. Kerrrlasssss kau....duduk sekangkang kera je...tp ber sms bagai.
Waktu ni kakak ipar ku lepak kat ruang menonton ngan hubby dia. Nasib baik ada dua ruang.
Anak2 lak sibuk bermain....puas main kat luar rumah, mereka main pula kat bilik Aniq....dalam bilik ni ada byk mainan.
Kawan aku baru je nak gerak balik, cousin husband (yang baju hijau) yang duk kt PD lak sampai....memang meriah la hari tu...tetamu berkunjung tak putus.
Waktu ni aku hanya sempat goreng keropok je....penat bermain, habis air satu jaq
Anak3 ku bukan main seronok bila dapat berkumpul n berjumpa ngan cousin.
Kakak ipar n husbandnya
Cousin husband n wifenya.
Sekian, kisah hari minggu yang happening. Seronok walau dalam keletihan. Tetamu datang bertali arus....syukur pada Mu Ya Allah....kerana tidak putuskan ukhwah yang terjalin ini.
Penat tapi dapat daging kan? hehe
BalasPadamHahahaha....betul tu *____________*
BalasPadam