Maap banyak2 lah yeee...lama tak update. Hari minggu lepas memang hari yang memenatkan. Walaupun penat, tp hati ku gumbira...sebab akhirnya kunci rumah idaman kami telah diserahkan.
Ini lah kunci yang ku tunggu2 selama ini.
So apalagi, pada pagi Sabtu orang buat grill datang ukur, tengahari pula kontraktor yang nak renovate rumah pula nak datang ukur dan berbincang tentang apa yang kami nak, petang pula, kita orang pergi semula kerumah tersebut untuk check defect rumah tersebut....hoiii penat gila.
Ini pula antara kecacatan yang telah kami kesan dan akan dilaporkan kepada pemaju
Anak aku boring gila hari tu sebab kami sibuk pasal rumah jeee. Sebagai balasan aku janji nak bawa mereka makan2.Selepas setle urusan rumah, kita orang pun pergi la makan kat sini.
Tempat ni juga anak aku request nak makan. Anak org putih sungguh.
Masa on the way nak gi makan lak, kakak ipar ku telefon katanya malam tu dia nak datang kat umah aku. Dia tinggal kat Port Dickson. Katanya nak ajak aku pergi mandi manda di Melaka Wonderland pada keesokanya (Ahad). Itu yang penat tu hujung minggu lepas. Cerita tentang Melaka Wonderland kita sambung next entry yee. Ok, bye.
Jangan lupa jemput datang rumah yea..hehehe
BalasPadamSalam perkenalan..alhamdulillah rumah idaman sdh ade.tinggal nk renovate n decorate je tu...
BalasPadam