FOREVER

FOREVER

Jumaat, 10 April 2015

MENGEMAS RUANG MENONTON

Hari minggu yang lepas, kami tak kemana-mana...jadi misi mengemas rumah pun bermula la.....boring punya pasal.

Bulan Feb ari tu ajak suami gi beli karpet kat Mydin. Nak gantikan karpet tebal yang aku letak kat ruang menonton. Tak larat nak vakum weehh....Kat situ kan tempat kami melepak dan menonton. Sah-sah la akan merangkap tempat mengunyah. Dah la karpet tu berat nak mam. Lau aku nak angkat sorang memang tak la...kena berdua dengan Hubby baru boleh angkat.

Dari menyeksa diri, aku decide nak beli karpet yang senang nak dikebas2...tak payah nak vakum bagai. Nak angkat seorang diri pun senang. Tak payah berperang dengan hubby nak minta tolong dia.

Mula2 misi memujuk encik somi,....setelah persetujuan dibuat,....misi carpet hunter pun bermula. Hahahaha. Kojo nak habiskan duit jo kan.???


Kedudukan masih tak berubah....cuma akak letakkan bean bag kat situ seketul.....buat tambahan kerusi untuk menonton. (Sila abaikan model yang tengah tengok tv tu)


Akak juga tambahkan meja bulat putih tu kat sebelah kabinet tv. Tempat asal adalah diruang tamu.



Oleh kerana kat ruang tamu dah letak meja comel dari ikea...maka meja bulat ni pun terpaksa la dialihkan ke sini pula.  Actually meja ni akak dah beli lama dulu dlm RM 60 lau tak silap. Tapi tetap kukuh sampai sekarang. Sayang ...dah lama dia berbakti....dah 10 tahun.


Ok berbalik kepada ceri karpet tu.....inilah pilihan ku setelah dibuat perbincangan bersama.
Karpet ni lembut sangat bulunya....karpet ni ialah 3D style. Corak stone yang timbul. Asal akak nak pilih light grey....tapi bincang punya bincang, kami putuskan warna hitam je la. Bukan apa...lau warna cerah2 ni...takut tak sampai satu hari dah ada tompok2 tahi unta. Almaklumlah tempat menonton dan mengunyah. Hitam pun hitam lah...janji mata akak tak jadi julung tengok kesan kotoran kat karpet. Tak pasal2 nanti stress pula asyik nak kena basuh karpet.

Dan kalau perasan.....kusyen tempat duduk juga telah berubah corak. Akak dah balut dengan kain.
1. Nak tutup kesan terkopek setelah dua tahun digunakan.
2. Nak alas bagi badan selesa bila baring....sejuk dan tak panas.


Ok....ini gambar lama....masa pakai tikar evamatik...sebelum tukar karpet bulu panjang, tebal dan berat.

Sekarang tukar sekali lagi....kepada yang bulu pendek, lembut, dan tak tebal sangat. Akak suka.

Akhirnya misi mencari karpet tercapai.

Ok. Itu je cerita untuk hari ni...

Lau ada kerajinan yang lebih, kita jumpa lagi yee.




Tulus Kasih,
Qasih Mama




Khamis, 9 April 2015

MASAK-MASAK DI HARI MINGGU


Weekend baru ni kami tak merayap kemana pun. Tak ada misi jalan2 cari makan. Hari Ahad bapanya kerja.

Jadi, misi kali ini ialah masak2 di dapur. Pagi2 lagi anak-anak request nak makan makaroni goreng....
Meh mama tunjukkan kehandalan memasaknya.

Tadadaaaaaa....



Makaroni goreng bodoh2 je. Main campak apa yang ada dalam peti ais.



Tengahari pun masak yang simple dimple jeee
Ikan goreng, gulai kari ayam, kerabu goreng jantung pisang. Done


Hari Isnin akak masih continue cuti coz Adam demam.
Tengahari tu masakkan ketam gulai lemak kuning. Hubby punya peberet ni.



Ok, itu je cerita masak2 akak di hujung minggu ye. Nanti kita ketemu dilain siaran yaa...



Tata..titi...titu..



Tulus Kasih,
Qasih Mama

Khamis, 2 April 2015

PERASAN CINDERELLA SANGAT


Hari Ahad petang kami anak beranak ke Jusco. Jalan2...makan2.

Dalam duk berwindow shopping tu....ternampak la satu fotobooth kat ruang legar...
Anak dara akak ajak tangkap gambar. Mamanya yang sememangnya rajin melayan ni pun ikutlah.


Kasut Cinderella in the Jusco yoo!!!


Kakak dan Abang nak bergambar dengan kasut. 


Zoom in my kiddos


Mana boleh anak3 je bergambar...mama pun nak hokey....nak bayangkan tengah jadi cinderella yang naik kereta kuda untuk ke majlis tari menari di raja...aouuwww lempang 4x baru sedar diri ni.



Hahaha...anakku yang jakun...tak pernah naik kereta kuda.


Wanita melayu terakhir mana la...yang berada didalam kereta kuda itu.....


Setle bergambar...(amboii ayat...macamla bergambar untuk majalah)..kui...kui...kui
Adam request nak makan sushi..
Dia ni memang hantu sushi...dia lek je habiskan semua tu.


Dah habis window shopping...kami pun balik la....
Itu je la aktiviti kami hujung minggu ni. Tak buat apa2 pun.




Tulus Kasih,
Qasih Mama






Rabu, 1 April 2015

IKEA OH IKEA...



Last week member akak nak ke ikea. Dia ada offer sama ada akak nak kirim barang tak...apalagi, lompat bintang la akak.

Akak memang ada niat nak ke sana, tapi tengah bulan ni....lambat lagi la. Akak pula jenis bangsa yang tak boleh sabar....tetap nak kirim walaupun ada niat nak ke sana.

Hari Ahad tu terus gi ambil barangan yang dikirim kat rumahnya. Terus balik rumah minta hubby pasangkan. 




Akhirnya.....
siap sudah lakiku pasangkan...dandan tu juga akak buat susunatur.
Meja putih, frame gambar, botol, 2 kuntum bunga dan lilin merah tu...all from Ikea.
Comelkan? Kan? Kan?



Yang ni pula meja yang kedua.... Meja from Ikea, Pasu merah tu from Daiso, Eifel Tower from Hinode Shope...bunga from Kaison....buku2 dalam koleksi peribadi dan mainan tu Adam yang punya...hahaha


Ini pandangan sebelah kiri


Dan ini pandangan sebelah kanan


Atas meja panjang lak....


Pasu bunga putih yang besar from Ikea, bunga from Romantika dan pasu yang kecil dua ketul tu pula from Kaison.


Tulisan dalam frame tu pula akak ceduk from tenet. Bila laki akk balik je...terus berlari anak tunjuk kat laki kata2 dalam frame tuuuuu.....lepas tu dia cakap...siapa yang tak percayakan siapa sebenarnya ni...terus akak sentap masuk bilik...hehehhe. Ok itu tipu.

Ini lah hasil deko-deko hujung minggu....


Ok. Selamat berdeko semua.



Tulus Kasih,
Qasih Mama






Khamis, 26 Mac 2015

SERVISE KERETA


MAsih lagi dengan cerita minggu lepas. Hari Sabtu pula.

Suami dah janji dengan kawannya nak service kereta kat rumah kawan dia di bandaraya. Memandangkan petang tu kami nak dinner di Ar-Rahman Seafood, maka suami bawa terus aku ngan anak3. Tak payah patah balik ambil aku dengan kiddos katanya. Sebab tempat makan dengan rumah kawan dia tu tak jauh sangat.


Termenung seorang diri.....
Amboiii perasan

Sebenarnya rumah kawan hubby ni dipinggir bandar. Kampung dalam bandar. Sebab tu terserlah kawasan kampung di situ.


Kakak berselfie dengan adik2nya



Mama pun join sekali


Ini style mama punya idea.


Eksen je lebih.


Nampak sangat kami ni tengah boring menunggu kan? 
Memang boring pun tunggu service kereta ni.


Mama, Aniq dan Adam


Mama, Aufa, Aniq dan Adam




Mak ngan anak yang sama gila2.


Kakak Aufa yang suka posing.




Kakak dan adik-adiknya....kesayangan ku


Bajet comel lateww.

Peace....kereta dah siap...kami pergi dinner dulu. Makanan tidak diambil...suami warning jangan ambil gambar makanan...nanti dia terbantut nak makan. Masing2 dah kebulur.

Esoknya kami pergi pula ke Port Dickson rumah SIL. Pergi tanpa dirancang. Saje je nak bawa anak3 main dengan cousin dia. Pun gambar tidak ada. Malas nak snap.

Hehhehe...itu je la dulu yang nak diceritakan.

Nanti lau ada masa akak cerita kisah Chinese New Year hari tu.....pasal my gathering with my family. Harap2 esok akak rajin nak selongkar phone cari gambar.

Yang pasti kena masukkan juga gambar tu dalam blog. Nak abadikan kisah ni. Biar lambat janji ada.



See u soon...bye.


Tulus Kasih,
Qasih Mama








Rabu, 25 Mac 2015

BANYAK BENDA YANG NAK DI BUAT


Cerita ni masa first week school holiday. Hari Jumaat lau tak silap.

Kami semua ke Aeon Bandaraya.....tujuan utama ialah nak check mata Aniq...dia cakap cikgu dia suruh check mata...sebab macam nampak dia susah nak baca bila duduk bahagian belakang. Di samping tu, kami nak beli buku untuk anak3 dan nak dinner ikan bakar di Alai.

Petang lepas balik kerja, kami pun pergi la kat Aeon.


Jom kita servay kedai dulu....


Akak yang perasan retis



Teman anak3 beli buku.


Adam tengah servey buku yang nak dibeli


Akhirnya budak ni dah jumpa buku yang dia nak.




Ini lah buku yang kami dah belikan untuk anak2. 
Moga mereka manfaatkan semasa cuti sekolah.



Setle beli buku...pergi pula check mata Aniq. Dan alhamdulillah...hasil ujiannya...mata Aniq tak rabun.

Mungkin kat kelas Aniq duduk bahagian belakang dan kawan dia yang bahagian depan pula agak tinggi...itu yang menyebabkan dia akgak sukar nak tengok huruf dengan jelas. Now Aniq dah pindah duduk bahagian tengah. Masalah selesai.




Selesai je urusan di Aeon, kami pun bergerak pula ke Medan Selera Ikan Bakar di Alai.


Suami tengah pilih lauk untuk dimasak mengikut selera kami. Semuanya segar2.


Ketam masak bercili


Udang celup tepung


Lala masak kantonis stail


Ikan caru masak berlada


Ikan pari berempah


Nasi lemak


Dessert: Kelapa jelly


Teh 'O' Ais satu jag


Pencicah kicap


Nasi lemak anak3 yang makan...suami ambil nasi putih...akak tak ambil nasi...just ratah lauk pauk je.


Kemain semua makan...


Terima kasih sayang kerana belanja kami makan. Moga murah rezeki sayang...dan boleh belanja kami makan lagi.


Adam makan apa tu...sampai termoncong-moncong mulut.



Sesiapa yang teringin makan kat sini memang kami rekemen la...sebab makanan dia segar, sedap dan murah. Ini ialah total makanan yang kami makan tadi. Berbaloi-baloi....sebab setiap jenis makanan yang akak tunjuk tadi semuanya ada dua pinggang setiap satu kecuali ketam dan ikan jaket tu je...just satu pinggang.



Dah setle makan2, anak3 tak nak balik lagi. Mereka ajak pula jalan2 kat uptown bandar hilir.
Layan je la...lagipun esok cuti.


Dah puas jalan2 dan pusing2, kami pun gerak balik rumah. Penat tapi seronok....dapat luangkan masa with kiddos n hubby.





Ok, nanti kita sembang esok pula yeee.




Tulus Kasih,
Qasih Mama