FOREVER

FOREVER

Rabu, 22 Januari 2014

TAK TAHU NAK MASAK APA

Balik dari kerja...mesti duk fikir hari ni nak masak apa. Makan malam kami sekeluarga  memang tak ambil berat sangat...jarang sekali ambil nasi. Biasanya goreng mee/ kuew tiaw/ meehoo cm tu je. Atau buat air milo cicah dengan biskut / roti . Kadang2 anak requst nak makan mushroom sup atau cornflakes jee. Paling tidak goreng fastfood je lah. Biasanya lau makan berat pun bila Hubby ada...sebab dia memang jenis ambil yang heavy dinner. So, kami layan je la.

Ini antara resepi yang malas. 


Aneka frosen food. Kat rumah memang tak pernah putus frozen food ni tapi tak selalu masak...itu yang lambat putus bekalan tu. Hahaha. Bukan tak nak masak, tapi tak elok sangat kan? So masak pun jarang2 la. Kalau nak pun, hujung minggu je.


Sesi makan berjemaah dengan anak3.


Meja makan ada, tapi memang suka makan bersila depan tv. Kembalikan nostalgia masa aku kecik2 dulu. Hahhaha








Tulus Kasih,
Qasih Mama



Selasa, 21 Januari 2014

PSYCO KAH AKU?


Gerun tak bila baca tajuk entry aku tu. Mesti korang dah tak nak kawan kan?
Jangan la risau sangat...aku tak ada lah nak gila tak bertempat. Aku just gila ngan laki aku je.

Kisahnya bermula macam ni...............
Pada zaman dahulu kala.........tak...itu tipu. Kisah yang teramat baru berlaku. Semalam kan aku ada cerita yang aku ada ke Kaison beli barang rumah. Setelah siap gantungkan lukisan yang kami beli tu, aku rasa macam kurang sesuatu. 


Ini lah gambar yang aku rasa kurang sesuatu tu. Macam kecik je nampak bila sudah siap digantung.
Mula lah otak aku keluarkan idea bernas. Rasanya gambar ni lebih elok kalau ada gambar lain yang menemaninya kat situ. Barulah dia tak rasa sunyi kan???

Maka aku pun mula lah suarakan hasrat hatiku ini pada Hubby yang tercinta. Waktu tu dah maghrib.

Aku   : Bang, gambar tu nampak cam kecik je kan bila dah gantung kat atas. Macam canggung je nampak. 
Hubby   : Ok je
Aku   : Ye ke...nampak pelik lah rasa. (Masa ni takut lagi nak suarakan hasrat hati...manalah tau dia marah kat aku bila aku cakap nak tambah lukisan. Jadi harus susun ayat bagi tertib sikit)
Hubby   : Awak ni!!!!
Aku   : Ayang rasa nak beli lukisan kecil 2 lagi la untuk jadi pengapit lukisan tu (sambil moncongkan mulut ke arah lukisan yang sediada)
Hubby   : Jangan nak ngada...saya tak ada duit dah.
Aku   : (Senyum sumbing sambil angkat tangan ala2 angkat sumpah). Yang ni ayang beli sendiri. Boleh tak?
Hubby   : Nak beli kat mana?
Aku   : Kat Romantika lah...dekat sikit. (8 mnt je dari rumah aku).Jom bang lepas maghrib ni kita pergi.
Hubby   : Tak ada....malam ni abg malas. Pagar semua abang dah kunci. Kalau nak, esok je.
Aku   : Alaaaa...ayang sanggup bukakan pintu pagar.
Hubby   : Saya cakap tak nak tak nak la. Esok je. (Sambil jeling kat ai. Takut mak tau)
Aku   : EEEEEE (geram) Dalam geram tu masih mencari helah lagi agar dia kuar malam ni.
Aku   : Bang...jom la. Hubby gelingkan kepala. Ok...fine. Aku masuk bilik. Masa ni laki aku pun masuk bilik juga membontotiku. Aku pun buat2 tanya sekali lagi. Dia tetap cakap tidak. Dia kuar ke ruang menonton (bersebelahan bilikku). Masa ni aku baring atas katil. aku ada dengar suara laki aku tanyakan pasal ikan dia. aku saja cari helah sambil tanya dia balik.

Aku   : Apa....abang cakap nak gi Romantika? Hahaha...aku dah start buat plan.
Hubby   : Mana ada. Kemudian dia masuk bilik sambil menuju ke arah tempat gamtung seluar jeans sambil cari sesuatu (rokok) dalam poket seluar dia.
Aku   : La...abang dah nak pergi ke Romantika ke....kejap la...ayang tak bersiap lagi ni. Laki aku pandang aku semacam sambil buat isyarat tak nak sambil tersengih. Hahaha. Aku tetap tak putus asa. Aku cakap dlm nada orang kesakitan " Oh Romantika....Romantikaku......Romantikan...ttolong>.. Masa ni dia dah malas nak layan isteri dia yang vangang ni. Kemudian dia masuk mandi sambil tanyakan aku kat mana aku simpan sabun cuci lantai. Aku buat2 tanya "Apa, Romantika?
Hubby   : Saya tanya sabun cuci lantai lah. 
Aku   :  Oh...ayang dengar abang cakap romantika tadi (sambil gelak). Lepas dia siap mandi, dia pergi smooking kat luar. Masa ni Aniq n Adam masuk bilik. Aku buat plan ke2 lak. Aku suruh Aniq pergi tanya bapanya "Nak pergi Romantika ke tak". Budak tu pun pergi tanya dan balik semula dengan pesanan bapanya "tak nak". Aku suruh Aniq pergi sekali lagi dan pergi tanya bapanya pukul berapa bapanya nak pergi Romantika. Aniq sekali lagi bawa balik pesanan "Tak nak". Aku kan memang Vangang taha cipan...tetap tidak berputus asa. Aku minta Aniq pergi cakap kat bapanya "Mama nak pergi kul 8.30". Aniq balik semula kat bilik aku. Aku tanya Aniq bapanya cakap apa. Aniq kata bapanya tak cakap apa2. Dia kata bapanya hisap rokok dalam2 dan hembus kuat2. Hahahhaa AKU MEMANG DAH TERGELAK MASA NI. Aku pun kuar jumpa laki aku kat beranda tu. 

Aku   : Dengan lemah lembut lagi sopan aku ajak laki aku lagi. Bang Jom la...
Hubby   : Jom la...tak tenang hidup saya tau.

Hahaha...akhirnya.....lakiku mengalah. Malas nak layan isterinya yg psyco ni. Atas usaha yang gigih, semangat yang kental, jiwa yang tak pernah kenal erti putus asa, akhirnya aku berjaya. Hoyeeeee.


Dan ini lah hasilnya. Aku beli gambar makanan.


Gambar pertama ialah aneka jenis roti


Gambar kedua ialah buah strawbery.


Tapi semua ni aku tak gantung malam tu juga tau. Aku....eh aku pula. Laki aku gantungkan keesokan harinya. Tak berani aku nak suruh dia gantungkan malam tu juga sebab sebelum pergi dia dah warning aku awal2 yang dia tak akan gantungkan gambar tu kecuali esok. Baiklah Tuanku,  Adinda bersetuju dengan syarat itu....asalkan Tuanku sanggup menemani patik ke Romantika. Romantik kan laki aku. Hahahaha.



Ha...amacam ceritaku itu. Adakah aku Psyco????





Tulus Kasih,
Qasih Mama






















Isnin, 20 Januari 2014

SHOPPING BARANG RUMAH DI KAISON


Hallloooo semua. Hujung minggu baru2 ni pegi mana, mesti gi jalan gak kan? Ahkak ajak hubby gi Kaison kat Mahkota Prade. Laki den tanya nak buat apa...den jawab la nak poi Kaison. Dia tanya ada apa? Akak cakap la ada barang rumah tapi tak tahu barang apa sebab first time nak pegi. Nak tengok la apa yang orang duk gila sangat pi Kaison tu. Sekali bila sampai sana, akak memang jadi gila. Akak kalau dah gila...memang tahap teruk la....terus meroyan. Ini kena jangkita kawan Deko kat fb la ni.


Meh la ramai2 meriahkan Kaison yang baru di buka kat Melaka ni.


Taukeh yang bayar.


Hasil tangkapan. Pegang sorang satu...mama nak jalan berlenggang je....kata mem besar. Beli lukisan untuk letak kat dining satu, kat dapur satu dan kat family hall 2.


Aik bang...tak habis lagi pandang kat dompet. Nape...nyesal ke datang sini? Abang yang nak kan...bukan ayang pun yang nak. *________*.

Sampai je rumah, aku paksa lakiku gantungkan. Malam2 buta kami laki bini duk mengetuk dinding. Nasib baik umah semi-d dan jiran sebelah lak balik kampung. Lau tak mampuih kena maki.


Kami sepakat pilih gambar ni yang biasa di gantung di kopitiam. Kami gantung kat dining menuju ke dapur

 

 Ini laki gua yang promote kat gua suruh beli. Tapi memang gua suka sebab very significan...ada value n art yang tersendiri


 Ini pula lukisan abstrak atau conteng2


Kami letakkan kat ruang yang kosong ni. Haaa baru nampak ada seri sikit ruang ni. sebelum ni Family area ni nampak suram je sebab kami letak perabut n wallpaper gelap. Maklumlah tempat menonton.


Ini ialah lukisan pertama


Dia ada tekstur kat permukaannya.


Ini pula lukisan yang kedua. Pun sama, kami pilih corak abstrak yang bertektur


Inilah tekksturnya. 


Akhirnya siap digantung


Laki aku cakap, dia dah aim lukisan abstrak yang besar tu. Lain kali dia nak datang beli. Sekarang aku pun tengan konpius siapa yang gila sebenarnya. Aku atau Dia. Kalau aku gila meroyan...dia gila sawan. Hahahhaha

Tapi aku pun ada target gak. Banyak benda yang dah dalam list ni...tapi kita beli la satu2.






Tulus Kasih,
Qasih Mama


Jumaat, 17 Januari 2014

KEBUN KAMI


Semalam janji nak upkan entry kebun kan? So ari ni akak tunaikan janji. Akak kongsikan kebun sekangkang kera kami. Tapi ok la kan dari tak ada. Sekurang2nya boleh la kami kuarkan peluh dan penuhkan aktiviti cuti hujung minggu dengan melepak kat sini.


Ini ialah kebun saya. Maaf gambar agak kekuningan sedikit sebab ambil waktu senja. Tinggi kan kebun akak.


Tak apa, ada tangga nak naik. Jom daki.


Daki je tangga, pokok ni dulu yang kita hadap bahagian atas sebelah tepi. Pokok delima yang diapit oleh pokok nenas


Ini pula pokok limau purut


Naik tingkat atas ialah pokok jambu batu. Dahan pokok ni laki den dah cantas bagi pendek.


Sebelahnya pula ialah pokok nangka madu. Di antara pokok jambu batu dan pokok nangka madu ni akak tak tanam apa2 sebab bercadang nak buat pondok tempat lepak petang2. Sebab tu kami tanam 2 jenis pokok ni dikiri dan kanan agar bila besar nanti poleh buat teduhan.


Ini pandangan tingkat kedua dan ketiga


Ni ialah view pokok nangka madu yang akak duk sibuk cerita panjang lebar tadi. Dah makin segar.


Hahaha...ini ialah mangga epal...mangga orang mengandung.


Kat atas sebelah kanan tebing tinggi, akak tanam pokok limau kasturi. Dah berbuah dah pun. Comel je kan?


Ada pokok lada juga.


 Ini ialah pokok mangga king.


Oleh kerana akak ni memang orang kampung, maka ubi kayu pun akak belasah tanam.


Pokong pisang tidak dilupa. Pisang tanduk kalau tak salah. Ada 2 pokok kesemuanya. Ingat nak tambah 2 pokok lagi.


Ada pokok rambutan juga. Kami tanam 2 jenis, yang masak merah dan masak kuning tu. Nama memang akak fail sikit bab nak ingat ni. Yang penting ia memang pokok rambutan.


Ini buah peberat akak, maka haruslah ditanam. Pokok ni agak lambat sedikit tumbesarannya...sampaikan kami risau dan tanya orang nursery kenapa pokok ni tak besar2. Orang nurseri cakap pokok ni tak poleh duduk bawah panas yang terik. . Tapi dia cakap jangan risau sebab tumbesaran memang lambat sikit pokok ni. Lega dengar.


Ini pula pokok Longan.


Pokok longan dah berbuah buat pertama kalinya. Terasa macam pekebun yang hebat pula bila tanaman mula keluarkan hasil. Hahaha...riak sudah datang. Astaghfirullahal'azim.


Akak memang penggemar air kelapa. Jasdi pokok ni wajib tanam juga. Tanam kat tebing paling atas sekali sebanyak 2 pokok. Kelapa pandan namanya.


 Mangga lagi...tapi yang ni lain jenis. Namanya mangga delight


Pandangan dari atas fous sebelah kanan. Haaa...nenas pun akak tanam juga.


Pandangan dari atas juga tapi fokus sebelah kiri lak. Kalau perasan la...kat tempat ada akak sidai baju tu ialah dapur basah akak...more to open kitchen. Memang open pun...dan ahkak memang suka main masak2 kat situ sebab udara yang segar serta ada angin sepoi2 bahasa. Nak tahu cerita lebih, akak review pasal tu lain kali la. Hari ni pasal kebun dulu.


Perasan tak yang tanah akak ni bertingkek-tingkek. Ada sebabnya tu. Masa rumah ni belum siap dan masih dalam pembinaan, akak ada buat lawatan tapak. Kebetulan projek manager ada kat situ...so akak minta la dia tereskan sikit kawasan berbukit ni untuk buat pondok. Kalau tak teres, tinggi nau nak manjatnya. Agak bahaya sebab curam. Anak2 pun bahaya nak naik sini kalau tak di tereskan....lagi pun kami fikir bila dah usia 40-an esok2...takut tak larat nak manjat.....Tak pasal2 kuar surat khabar "Pasangan warga emas koma kerana terjatuh dari tebing tinggi". Maka atas faktor tersebut maka terhasil la begini. Nanti lau ada bajet, kawasan tanah yang rendah tu nak buat pondok. Tempat pekena kopi dan makan ubi kayu rebus petang2. Oh nikmatnya.


Ini pula tempat nak bakar sisa2 rumput dan sebagainya


Pemandangan tepi rumah akak. Ni ambil gambar dari bukit kat atas tu. Bila la nak tanam rumput kat situ.


Kat sebelah kiri tangga ni akak ada menanam gak


Akak tanam serai


Tanam juga pokok halia. Kalau tak kenal tak tahu la nak cakap apa.


Ini pula pokok kunyit. Hidup segan mati tak mahu. Ini semua kerja laki den la ni....tgh syok mesin rumput, dia termesin pokok ni sekali. Sadis sungguh.


Kita view pokok delima dekat2 sikit. Hari tu dah kuar buah sebiji, tapi gugur dipertengahan jalan. Tak sempat besar pun lagi. Tak apa, tuan mu ini tetap setia menunggu.


Itu je lah kut cerita tentang kebun kami sekeluarga. Tak sabar nak tunggu semua pokok2 ni besar. Selalu je berangan ngan hubby ...... bila semua pokok ni dah besar dan tinggi, kami nak sangat bawah pokok2 ni semua bersih je tanpa rumput yang panjang dan sampah sarap. Nanti petang2, sambil teman hubby berkebun aku masak la kat open kitchen ku itu dan bawa minum petang kat pondok sambil borak2 dan dikelilingi anak cucu. Pasti cucuku akan rasa seakan2 suasana kampung.


Berangan mesti mau lebih.




Tulus Kasih,
Qasih Mama