Selasa, 23 Julai 2013

BILIK ANAK PEREMPUAN

Malas nak cerita pungpang pungpang...marilah kita tengok gambar je yee...1 keping gambar lebih bermakna daripada 1000 patah perkataan...tak gitu?



Ini adalah bilik kakak (Aufa). Seperti permintaanya agar bilik bertemakan pink dan purple...perabut pula nak berwarna putih....jadi mama pun tunaikanlah apa yang dihajati...asalkan mereka selesa.
Dia memang fanatik dgn pink n purple....sampaikan ke cadar pun terpaksa layan kehendak dia...nak match katanya.....Anak dara aku sorang ni punya citarasa tinggi...kuat berangan pun ya....ikut perangai sape la tu?


Bilik aku warnakan dengan warna pink manakala di kepala katil pula aku warnakan dengan warna purple.


Sebelahnya katil ada side table dan rak buku...tak lupa juga aku belikan alas kaki ...juga berwarna pink!!!!


Meja belajar....gabungan warna putih pink. Tengoklah atas meja dia....semuanya berasaskan warna kesukaanyan tu...


Lampu bunga beli kat ikea yang berharga RM 29.90 sahaja...cantikkan....bila on lampu pada waktu malam...bilik si kakak ni dah macam bilik dalam cerita fairytale....pencahayaan memang memaikan peranan.


Almari kain baju dia...warna putih bercerminkan hitam


 Langsir aku tempah kat jakel....warna yang dipilih ialah yang bertepatan dengan tema bilik ni.


Meja solek aku letakkan di kaki katil


Inilah langsir itu....aku suka sangat warna dia...ceria.


Aku cantumkan langsir ni dengan warna purple...supaya warna dia naik sikit


Tempat beradu puteri hamba.....Bila fikir2 balik....kenapa aku cuba sempurnakan impian anak aku adalah sebab....aku juga mempunyai impian yang sama seperti beliau...tapi impian aku tak tertunai kerana faktor ekonomi keluarga...tambahan aku duduk kat kampung...kalau aku dapat bilik cam ni masa waktu tu....konpem...menangis 40 hri 40 malam kengkawan aku. Jadi, hajat yang tak tertunai itu...aku tunaikan lah untuk anak aku. Sweet kan aku.....(mati kena kutuk kat laki ni...dapat isteri spesis perasan)


Sekian, terima kasih kerana anda sudi membaca! Jumpa lagi. Bye....


1 ulasan: