Rabu, 24 Julai 2013

BILIK ANAK LELAKI

Halllloooooooooooooo semua teman2. Ayat klise sangat kan? Tapi tak apa lah....janji kita happy. Wokeyyyy ari ni kita cerita pula pasal bilik anak lelaki (Aniq dan Adam). Oleh itu marilah kita menjamu mata dengan gambar2 nya.




Kepala langsir warna hjau, dicampurkan dengan polkadot dan berlatar belakangkan putih


Aku letakkan rak buku kat bahagian ni....tapi lain pula yang diletakkannya atas rak tu...dah buku sikit katanya......Perabut aku yang pilih warna coklat coklat gelap....mana boleh bagi warna putih kat depa ni...mahu satu hari guna dah jadi kelabu asap....kalau kakak lain la sikit, budak pompuan...........


Set meja solek kat sebelahnya...lelaki pun tetap nak berhias kan?


Kotak mainan Aniq dan Adam...beli sorang satu. Mainan lama diaorang yang berkotak2 tu aku dah sedekahkan kat jiran tetangga sebelum pindah hari tuu. Yang mereka betul2 sayang je yang tinggal +  yang beli baru. aku dah cakap awal2 kat diaorang...bilik ni aku tak nak jadi gudang simpanan mainan...jadi terpaksa la mereka turuti perentah mamanya.


Dibahagian kepala katil aku letakkan sedikit wallpaper sebagai penyeri. Bilik ni bertemakan hijau...tengoklah dinding tuuuu.


Cadar pilihan hati diaorang....sebenarnya dia nak cadar ben10 tapi masa tu x ofer..mahal nak mam...jadi kita beli yang ofer je lah nak yeee. Kita harus jadi pengguna yang bijak.


Kotak mainan ni aku letak kat bahagian kaki katil....sementara tak letak meja study abang Aniq lagi, kita letaklah dulu kat sini...lau dah ada meja study, bolehlah kita letak bawah meja lak.... hahaha.


Lampu ladybird dari ikea.....RM 29.90


Alas kaki juga warna hijau...mengikut tema bilik


Pandangan dari hujung katil. Bilik anak2 ni sebenarnya kecil jeee. Jadi kena pandai susun atur supaya nampak kemas.

Si Aniq ni cukup sayang akan bilik dia ni....hanya dia ngan adik dia je yang boleh masuk...kalau kakak dia yang masuk...mahu dia menjerit sebab kakak suka nyakat dia dengan buat2 sepahkan barang dia....mulalah dia melalak dan halau kakak dia keluar. Dia memang jenis pantang tengok bilik dia bersepah...dia jaga sesangat.

Sekian cerita bilik anak lelaki ku...kalau ada masa, nanti aku cerikan pula tentang bilik tetamu yeee......tunggguuuuuuuuuu



2 ulasan:

  1. Oh! My.. tak sabaq nyer nak tunggu,, cepatlah update..

    btw.. memang cantik yang amat langsir tu u.. berkenan sungguh ai..

    BalasPadam
  2. Tq....bilik ni so..so je sebenarnya....buat apa yang mereka minta dan inginkan. Biar mereka rasa gembira dan selesa duduk dalam bilik sendiri.

    BalasPadam