Wah....ayat terjebak tu yang tak menahan. Padahal beli bukan banyak pun.
Ini kisah Hari Sabtu. Hubby nak gi repair handfon kakak yang rosak tiba2. Tak boleh nak on.
Oleh kerana masih dalam waranti, maka kami pun pergi la ke Maydin Ayer Keroh sebab kami beli telefon tu dalam shop lot yang ada kat bangunan Mydin tu.
Suami ke kedai telefon manakala aku pula meninjau kain baju kat situ. Rambang mata kejap aku tengok. Dah la cantik2, harga pula munasabah dan mampu milik. Duk aku asyik2 memilih baju kerja, suami aku cakap ada butik Adijuma kat situ...tapi kena ambil nombor giliran nak masuk dalam tu. Dia tanya aku nak ke tak...aku of course la cakap nak....tapi abang gi ambil nombor dulu, bagi saya pilih baju jap.
Aku minta laki aku yang belanja. Dia bagi duit kat aku, katanya pandai2 la pilih nak yang mana. Horeee...mari kita tepuk bintang.
Dah setle beli baju...maka gigihla aku beratur sebab nak masuk kat Adijuma Boutiq tu. Aku beli tak banyak pun....just 3 helai je. Kat rumah dah ada dua helai...itu pun laki yang beli buat hadiah. Hahahha.....lau harapkan aku memang aku tak beli la. Dia yang perkenalkan kat aku tudung Adijuma ni. Dah aku terjebak nak beli lagi sebab best bila pakai...terletak je rasa.
Ini adalah hasil tangkapan pada hari tu. Suami aku cakap, duit dia nak belanja beg Bonia untuk aku, dia kena kurangkan sebab dah belanja aku beli kain baju.....huwaaaa....ini sungguh tak adil.
Nak juga beg dan kasut Bonia. Please...please...please....sayang. Tunaikan lah hasrat dan keinginan isterimu ini.
Ikhlas, Dari isterimu yang bajet comel. Hahahaha.
Tulus Kasih,
Qasih Mama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan