Jumaat, 10 April 2015

MENGEMAS RUANG MENONTON

Hari minggu yang lepas, kami tak kemana-mana...jadi misi mengemas rumah pun bermula la.....boring punya pasal.

Bulan Feb ari tu ajak suami gi beli karpet kat Mydin. Nak gantikan karpet tebal yang aku letak kat ruang menonton. Tak larat nak vakum weehh....Kat situ kan tempat kami melepak dan menonton. Sah-sah la akan merangkap tempat mengunyah. Dah la karpet tu berat nak mam. Lau aku nak angkat sorang memang tak la...kena berdua dengan Hubby baru boleh angkat.

Dari menyeksa diri, aku decide nak beli karpet yang senang nak dikebas2...tak payah nak vakum bagai. Nak angkat seorang diri pun senang. Tak payah berperang dengan hubby nak minta tolong dia.

Mula2 misi memujuk encik somi,....setelah persetujuan dibuat,....misi carpet hunter pun bermula. Hahahaha. Kojo nak habiskan duit jo kan.???


Kedudukan masih tak berubah....cuma akak letakkan bean bag kat situ seketul.....buat tambahan kerusi untuk menonton. (Sila abaikan model yang tengah tengok tv tu)


Akak juga tambahkan meja bulat putih tu kat sebelah kabinet tv. Tempat asal adalah diruang tamu.



Oleh kerana kat ruang tamu dah letak meja comel dari ikea...maka meja bulat ni pun terpaksa la dialihkan ke sini pula.  Actually meja ni akak dah beli lama dulu dlm RM 60 lau tak silap. Tapi tetap kukuh sampai sekarang. Sayang ...dah lama dia berbakti....dah 10 tahun.


Ok berbalik kepada ceri karpet tu.....inilah pilihan ku setelah dibuat perbincangan bersama.
Karpet ni lembut sangat bulunya....karpet ni ialah 3D style. Corak stone yang timbul. Asal akak nak pilih light grey....tapi bincang punya bincang, kami putuskan warna hitam je la. Bukan apa...lau warna cerah2 ni...takut tak sampai satu hari dah ada tompok2 tahi unta. Almaklumlah tempat menonton dan mengunyah. Hitam pun hitam lah...janji mata akak tak jadi julung tengok kesan kotoran kat karpet. Tak pasal2 nanti stress pula asyik nak kena basuh karpet.

Dan kalau perasan.....kusyen tempat duduk juga telah berubah corak. Akak dah balut dengan kain.
1. Nak tutup kesan terkopek setelah dua tahun digunakan.
2. Nak alas bagi badan selesa bila baring....sejuk dan tak panas.


Ok....ini gambar lama....masa pakai tikar evamatik...sebelum tukar karpet bulu panjang, tebal dan berat.

Sekarang tukar sekali lagi....kepada yang bulu pendek, lembut, dan tak tebal sangat. Akak suka.

Akhirnya misi mencari karpet tercapai.

Ok. Itu je cerita untuk hari ni...

Lau ada kerajinan yang lebih, kita jumpa lagi yee.




Tulus Kasih,
Qasih Mama




Tiada ulasan:

Catat Ulasan