Rabu, 4 Mac 2015

IKAN PELIHARAAN


Dah lama kan akak tak jengok laman ni......
nak cakap busy tak juga tapi lebih kepada mood yang tak berapa rajin. Bila dah berusia ni....maca ni lah jadinya.....huhuhu tetiba lak salahkan usia.

Alang-alang dah jenguk kat laman ni...meh la akak story sikit....bukan pasal orang lain...tp anak2 akak ni la.

 Seperti yang diketahui...Aniq ni pets lovers sikit. Kat rumah aku ni ada sebiji akuarium.....dalam tu ada la lebih kurang 8 ekor ikan kut. Aniq bising kat bapanya suruh bapanya cuci akuarium....dah berkeladak hijau. Dia kata kesian kat ikan, hidup dalam dunia kotor. Oleh kerana bapa dia sedikit busy...maka asyik bertangguh je la nak cuci akuarium tu. 

Hujung minggu bulan lepas, bapanya pun cuci la akuarium. Setle je cuci.....ikan2 tu pun dengan gumbiranya berenang kehulu ke hilir....tetiba 2 ekor ikan macam pening dan tak boleh berenang...
Husband pun masukkan tangan ke dalam akuarium untuk betulkan oksigen...sekali rasa tangan macam kena karen. Rupa2nya motor oksigen tu rosak....bagi menyelamatkan ikan yang ada kat rumah tu, maka suami ambil keputusan untuk lepaskan kat parit besar di kawasasan perumahan aku tu. Apa lagi....terus la Aniq sentap..... sedih la dia sebab bapanya nak lepaskan ikan dia. Terus nangis dan masuk mandi hampir sejam kat dalam bilik air. Konon lepas perasaan la tu.

Sedih pula aku tengok gelagat si Aniq. Hari minggu berikutnya terus bawa Aniq cari ikan yang tak guna oksigen. Bukan main happy lagi dia dapat ikan baru.


Taraaaa....inilah ikannya...comelkan. Ada la lebih kurang 15 ekor anak ikan


Siap beli perhiasan dalam mini akuarium ni lagi. Ehhh...ini mak yang over.


Muka budak happy. Mama pun tumpang happy bila kamu happy sayang.


Sekian kisah kami.



Tulus Kasih,
Qasih Mama





2 ulasan: