Isnin, 23 Mac 2015

HUJUNG MINGGU KAMI...FUTSAL



Bismillahirrahmanirrahimmmmmm...........

Rindu serindu rindunya nak menaip...rindu nak tengok blog.....akhirnya rindu terurai sudah.
Mood rajin telah kembali (rajin pun tak berapa nak rajin sangat lah...)

Oleh kerana hari ni ada sedikit kerajinan, marilah akak cerita tentang aktiviti kami dihujung minggu.
Kalau tak tulis....konpem sampai kesudah la akak simpan buat jeruk.

Hari Rabu hingga hari Sabtu suami akak outstation ke Perak....so memang tak kemana-mana la walaupun cuti sekolah. Lagi pun Kakak Aufa ada kelas tambahan....dia kan akan duduki UPSR tahun ni. Cuti pun macam tak cuti la....tetap kena ke sekolah juga.

Malam Sabtu baru Hubby balik. Pagi Ahad tu macam biasa akak buat sarapan untuk my family...dan selesaikan apa2 kerja rumah yang patut. Pukul 2.00 petang Hubby ajak teman dia lawan Futsal. Tempat dia lawan futsal ialah di Klebang. Dah alang2 ke sana...apa lagi kita pekena coconut shake Klebang la dulu...nyummm.....nyummmm.




My anak dara berselfie atas kereta


Menunggu dengan penuh setia
Bagi sokongan padu kat laki....kalau tak menang juga tak tahu la niii.


Laki duk main futsal kat court, aku pula sibuk posing kat jaring...nasib baik tak lekat kaki kat jaring tuuu.


Laki ku dah nak mula main
Kena tepuk tangan kuat2 ni.


Laki akak yang pakai jersi no.6...yang cekak pinggang tu tengah bagi taklimat. Dia sebenarnya selaku pengurus pasukan bagi team UiTM Jasin...tapi dengan dia sekali main.

Lebih kurang pukul 5 ptg acara pun berakhir....team laki akak dapat no.3 daripada 6. Bolehla...
Yang pasti, team dari kampus akak iaitu UiTM Alor Gajah dapat no.1. Hehehe...lompat bintang akak.

Itu pun nak lompat sambil tepuk tangan takut laki kecil hati...hahhaa....aku kerja kat Kampus Alor Gajah...harus la sokong kan.

Laki pula kerja kat Kampus Jasin....takkkan tak sokong pula laki sendiri main. Last sekali akak duk layan anak2 lagi best...main zombi-zombi. Hahahha....Hebat tak akak.


Setle dia main futsal....kami pun terus menuju ke restoran berhampiran rumah kami...nak isi perut dulu...coz lepas maghrib nak teman Hubby training bowling lak. Nak masak dah malas...sebab lauk semua tak keluarkan. Nak tunggu cair, baru nak masak.....berdangdut la nampaknya perut kami. Penyelesainya....jom kita makan kedai je la.

Oh lupa pula nak cerita, ....sebelum dia pergi Perak, aku ada teman dia lawan bola sepak...pun dapat tempat ketiga (gambar lupa pula nak ambil). Sebenarnya....ada banyak juga acara yang dipertandingkan sempena Sukan Muhinbbah UiTM Melaka (lawan 3 penjuru iaitu Alor Gajah, Jasin dan Bandaraya).Laki akak masuk dalam 3 acara iaitu bola sepak, futsal dan bowling....akak????? Hahahha...satu pun tak. Sila tepuk tangan semua...hebat tak akak?


Ok , itu dulu untuk hari ni...nanti esok aku update pasal teman laki training bowling pula.




Tulus Kasih,
Qasih Mama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan