Rabu, 25 Mac 2015

BANYAK BENDA YANG NAK DI BUAT


Cerita ni masa first week school holiday. Hari Jumaat lau tak silap.

Kami semua ke Aeon Bandaraya.....tujuan utama ialah nak check mata Aniq...dia cakap cikgu dia suruh check mata...sebab macam nampak dia susah nak baca bila duduk bahagian belakang. Di samping tu, kami nak beli buku untuk anak3 dan nak dinner ikan bakar di Alai.

Petang lepas balik kerja, kami pun pergi la kat Aeon.


Jom kita servay kedai dulu....


Akak yang perasan retis



Teman anak3 beli buku.


Adam tengah servey buku yang nak dibeli


Akhirnya budak ni dah jumpa buku yang dia nak.




Ini lah buku yang kami dah belikan untuk anak2. 
Moga mereka manfaatkan semasa cuti sekolah.



Setle beli buku...pergi pula check mata Aniq. Dan alhamdulillah...hasil ujiannya...mata Aniq tak rabun.

Mungkin kat kelas Aniq duduk bahagian belakang dan kawan dia yang bahagian depan pula agak tinggi...itu yang menyebabkan dia akgak sukar nak tengok huruf dengan jelas. Now Aniq dah pindah duduk bahagian tengah. Masalah selesai.




Selesai je urusan di Aeon, kami pun bergerak pula ke Medan Selera Ikan Bakar di Alai.


Suami tengah pilih lauk untuk dimasak mengikut selera kami. Semuanya segar2.


Ketam masak bercili


Udang celup tepung


Lala masak kantonis stail


Ikan caru masak berlada


Ikan pari berempah


Nasi lemak


Dessert: Kelapa jelly


Teh 'O' Ais satu jag


Pencicah kicap


Nasi lemak anak3 yang makan...suami ambil nasi putih...akak tak ambil nasi...just ratah lauk pauk je.


Kemain semua makan...


Terima kasih sayang kerana belanja kami makan. Moga murah rezeki sayang...dan boleh belanja kami makan lagi.


Adam makan apa tu...sampai termoncong-moncong mulut.



Sesiapa yang teringin makan kat sini memang kami rekemen la...sebab makanan dia segar, sedap dan murah. Ini ialah total makanan yang kami makan tadi. Berbaloi-baloi....sebab setiap jenis makanan yang akak tunjuk tadi semuanya ada dua pinggang setiap satu kecuali ketam dan ikan jaket tu je...just satu pinggang.



Dah setle makan2, anak3 tak nak balik lagi. Mereka ajak pula jalan2 kat uptown bandar hilir.
Layan je la...lagipun esok cuti.


Dah puas jalan2 dan pusing2, kami pun gerak balik rumah. Penat tapi seronok....dapat luangkan masa with kiddos n hubby.





Ok, nanti kita sembang esok pula yeee.




Tulus Kasih,
Qasih Mama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan