Isnin, 15 Disember 2014

ICT SHAH ALAM


Hujun bulan November, aku n family BIL berkunjung ke Shah Alam kerana anak dia nak konvo.
Memandangkan dia tak biasa area Shah Alam dan kebetulan kami pula dah lama tinggal di sana dulu, maka dia ajak family aku join sekali.

Aku booking homestay kat Seksyen 19.


Ini lah rumahnya. Semua kelengkapan cukup cuma rumahnya agak lama. Kalau diberi pilihan sama ada aku nak booking lagi atau tak...jawapanya memang tak la sebab tuan rumahnya terlalu berkira dan tak profesional.

Lepas kami check out, boleh dia mesage aku yang meja makan basah ada kesan air, ada habuk rokok terjatuh kat lantai, dan satu hanger baju patah...padahal kami tak guna pun hanger. Pasal meja makan basah tu aku nak tergelak terguling-guling rasanya. Memang la basah sikit sebab aku lap nak bagi bersih...takut2 ada kotoran yang tertinggal.

Aku cakap sebelum keluar, aku dah sapu bersih rumah tu...habuk rokok tu mungkin terlepas pandang dan pasal hanger lak aku cakap aku akan hantar baru satu dozen petang nanti...ambik kau.
Trus terkedu cakap....tak apa la..... benda kecil. Yang dia duk meroyan mesage aku tu apa cerita.

Kalau orang lain aku rasa usahkan nak sapu rumah bagai....silap hari bulan pinggang mangkuk pun tinggal tak berbasuh. Dia patut bersyukur dapat costomer macam akak ni tau....rajin. Satu rumah aku sapu. Lagi pun kami tinggal satu malam je kat situ...mana sempat nak kotor bagai. Datang just untuk tidur je. yang selebihnya merayap, esoknya majlis konvo dah berlangsung.

Aku rasa dia ni nak belasah duit deposit aku la tu. Tapi memandangkan aku balas mesage dia secara berhemah...dengan secara tak langsung dia malu la tuu.

Ok...tersasar jauh pula ceritanya. Bukan apa, nak lepas geram. Berbalik kepada cerita ICT, anak2 BIL aku nak ke sana sebab mereka tak pernah sampai. Walaupun kami dah kerap berkunjung ke sana, tapi kami layankan lah juga. Lagi pun anak3 aku tu, pergi lah berbelas kali pun diorang tak menolak...suka lagi adalah.

Entri kat bawah kita layan gambar je lah. Malas nak menaip rasanya.




Ambil mood dulu sebelum masuk.


Tengah tunggu mak saudaranya beli tiket.


Aku, suami, dan BIL tak masuk. Biras aku dan anak2 dia + anak2 aku je yang masuk.
Aku dah malas nak masuk sebab selalu dah masuk. Anak2 aku boleh la.... Mana dia reti istilah boring....40 x masuk dalam rumah salji tu pun dia tak kisah...happy je memanjang.


Aku dan hubby layan perasaan kat luar. Hahhahak tuiii. Layan perasaan la sangat kannnn.


My loving


Anak buah aku yang tolong ambil gambar mereka. 


Muka happy je masing2.




Antara yang masuk kedalam malam tu. Anak2 aku biras yang tolong jagakan.


Kakak dan cousinnya...Kak Fatin


Kemain lagi korang yee.



Asal sejuk je...mereka keluar kejap...lepas tu masuk balik.



Ok, sekian dulu kisah ICT, esok akak upkan entry konvo lak yee.





Tulus Kasih,
Qasih Mama






Tiada ulasan:

Catat Ulasan