Jumaat, 4 April 2014

POKOK LAGI

Semenjak dua tiga hari ni Akak asyik post pasal pokok bunga je kan? Hari ni pun akak nak post pasal pokok lagi. Nasib la kalau korang nak nyampah ke apa. 

Ok hari ni akak kongsi pokok idaman hubby. Last month akak belikan lah pokok ni untuk dia. Pokok ni agak mahal sebenarnya...boleh cecah ratusan ringgit. Buat permulaan akak beli yang sederhana besar dulu....kalau yg besar mahal sangat.



Akak ada beli dua. Ini lah rupa pokok tu. Tak tahu tang mana yang mahal pun aku tak tahu. Kalau yang besar cecah ribuan ringgit ....tengok macamana bentuk pokok tu la . Lagi unik lagi mahal. Yang aku tanya hari tu 500 ratus....tapi mak sayang duit, so beli yang sederhana besar je la.


Ini ialah pokok yang kedua. Pasu hitam tu harganya kalau tak silap RM25 sebiji. Pokok dan pasu harga berasingan. Pokok ni kalau yang kecil pun harga dalam lingkungan RM50. Kat rumah ni ada 4 pokok kecil. Tapi aku dapat harga murah sebab masa aku jalan2 ke Seremban, ada satu nurseri tu nak tutup so dia buat jualan lelong. Masa beli tu aku tak tahu yang pokok ni mahal. Masa pergi kat pasar tani kat rumah aku, aku tanya la berapa harga satu pokok, dia kata dalam RM50. Tanjat mak gegirl....aku cakap kat dia aku dapat dengan harga RM10. Dia kata kenapa aku tak borong banyak, sebab tu harga yang teramat lah rendah. Dia kata dia beli pun dah RM25, sebab tu dia jual RM50. 


Hubby target, kalau ada duait lebih suatu hari nanti, dia nak juga beli pokok yang besar tu. Amin, moga dimurahkan rezeki.





Tulus Kasih,
Qasih Mama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan